Thursday, March 19, 2015

GST TIDAK BEBANKAN RAKYAT : REALITI @ FANTASI?

Assalamualaikum semua

Ramai yang countdown sekarang ni. Countdown menunggu GST. Jujur Nanie katakan, belum pernah lagi Nanie jumpa rakyat yang bersetuju dengan GST. Ramai yang setuju semuanya di kalangan menteri. Walaupun mereka war-warkan, GST tidak membebankan rakyat, tapi rakyat tak sebodoh itu untuk menerima bulat-bulat apa yang dihebahkan. 

Nanie melihat GST terlalu banyak percanggahan dan terlalu banyak kecelaruan. Kecelaruan sebegini membuatkan rakyat marah dan hampa dengan pimpinan. Suara rakyat seolah tak didengar langsung. Rintihan rakyat bawah macam Nanie ni takde siapa yang pedulikan.


Kalau korang tengok iklan, eh... sana sini artis Malaysia cakap GST bagus lah. GST tak dikenakan pada bahan-bahan keperluan asas lah, GST bantu ekonomi lah... tapi setelah Nanie teliti, Nanie baca sana-sini... SUMPAH... Nanie tak jumpa lagi mana-mana KEBAIKAN GST yang katanya TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT tu!!!

Celah bedah mana tak bebankan rakyat woi??? Nanie tengok semua barang harganya naik. Bukan kata itu je, belum pun bulan April, semua dah naik harga. Nanie beli barang kat kedai, eh naik sampai 2 hingga 5 ringgit. Apa citer tu? Tambah lagi... pagi ni kawan aku share, katanya tambang teksi dan bas pun naik! Aduhai!!!! Gila lah.....


Korang tengok lah berapa banyak perbezaan kenaikan tambang bas. Dan mesti korang tahu, orang yang gunakan perkhidmatan bas dan pengangkutan awam, majoritinya adalah pelajar mahupun mereka yang kurang kemampuan. Sama macam Nanie dulu, sana-sini aku naik bas, naik LRT. Tapi kalau dah naik pengangkutan awam pun mahal, sekali keluar sampai banyak duit habis... macam mana kau nak survive?



Nanie sampai sekarang masih mencari, di mana yang dikatakan GST TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT itu. Nak je rasa Nanie tanya dekat Nabil, dekat Pekin, dekat Usop Wilcha tu, yang korang confident sangat beriklan dan berkempen tu, korang faham tak intipatinya? Jangan main sedap cakap je pum-pang-pum-pang kata itu ini, tapi kosong! Tak tahu apa -apa pun.

Ye Nanie ini rakyat biasa. Budak bawahan yang tak tahu pasal ekonomi negara. Tapi, sebagai rakyat, Nanie ada hak untuk bersuara. Nanie ada hak nak tahu bagaimana duit Nanie dan duit kita semua ini digunakan. Jika ia diguna dengan baik, dengan bijak, dan memberi pulangan yang baik untuk Nanie dan anak cucu Nanie... takpe... Nanie tak kisah. Tapi kalau hanya mementingkan tembolok sesetengah pihak... Nanie kecewa. Nanie sedih dan Nanie juga punya hak untuk tidak menghalalkannya!

*menangis sambil pecah tabung ayam tepi katil*







15 comments:

  1. ramai yang mengambil kesempatan bila dengar GST naik terutamanya peniaga.memang kurang bersetuju dengan adanya GST..tapi apa pun kita nantikan jugaklah bila GST ni dah dilancarkan

    ReplyDelete
  2. mana ade org naik bus sgt skarang
    bus penuh indon =.=

    ReplyDelete
  3. saya naik bas dengan LRT tiap2 hari pergi kerja. mungkin lepas ni saya kena menabung beli basikal foldable supaya boleh rempit ke stesen LRT, takyah naik bas dah. nak naik motor, mak bapak tak izinkan dgn alasan bahaya anak perempuan bawak motor kat KL. nak bawak kereta, lesen belum ada lagi dan jalan pun jem teruk. naik basikal jelah, ke arah gaya hidup sihat XD *ketawa dalam tangis

    ReplyDelete
  4. Nak pecah tabung jugak..tapi dah habis pecah sblm bln april lg ni mcm mana..T.T

    ReplyDelete
  5. tersalah comment bab bas tadi, sebab ikut gambar kat atas katanya bas awam tak kena gst ye? tapi sampai bila mereka akan kekalkan harga tambang tu, entah2 esok lusa pun naik harga guna alasan teksi, kos operasi semakin meningkat dan provider perlu absorb cost repair dan alat ganti kenderaan. fine, sama jugak, naik harga jugak..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. sedih tengok Malaysia sekarang. makin ditindas rakyat jelata ni. sungguh kejam pengutip cukai ni T__________T"

    ReplyDelete
  7. Entahlah. Nampakanya pelaksanaan GST aka tetap diteruskan walaupun rakyat sendiri pun belum faham sepenuhnya apa kebaikan GST ni. Kita ni dah macam bayar cukai extra. Sedihnya kena kerja kuat lagi pasni nak tampung keperluan hidup.

    ReplyDelete
  8. memang membebankan adalah. Kononnya membantu ekonomi negara tapi macam mane nk kawal klu ekonomi tu dimanipulasi sesetengah pihak. Pulangannya belum tentu nampak. Poket yang terasa ringan.

    ReplyDelete
  9. april yg sadis taon ni.. GST pnye pasal..
    ='(

    ReplyDelete
  10. pecah tabung ayam tu pun kalau duitnya banyak. sobs sobs

    kejamnyaaa depaaaa!!!!

    ReplyDelete
  11. memang membebankn gst ni..semua golongan terbeban kecuali menteri2 yg kaya raya semua dpt free..

    ReplyDelete
  12. Memnag sedihh gst ni..artis tu baca ikut skrip tak tau ape mksud disebaliknya,,

    ReplyDelete
  13. tu baru org nampak keperluan hidup..hidup student kena bergelumang dgn mcm2 cabaran..nk bergerak pun kena pakai duit..habislah hidup student mcm saya nie T_T

    ReplyDelete
  14. barangan yg tak kena GST kebanyakkan sudah dinaikkan harganya... sama je.

    ReplyDelete
  15. Bagaimanalah perbelanjaan lepas GST mula berkuatkuasa..semua menghitung hari GST je ni..Semua pakat membeli keperluan yang lebih sebelum GST di laksanakan..stress pulak dengar GST ni.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork