Monday, March 23, 2015

Gunakan Kemahiran Diri Untuk Tampung Beban GST

Assalamualaikum semua

Last few days bila Nanie post entry mengenai GST, rata-rata memang tak berkenan dan tak sokong pemakaian GST di Malaysia ni. Walaupun ramai yang propa kata GST tu bagus untuk rakyat, hakikatnya mereka itu sekadar ikut skrip. Dan mereka itu juga mencari job lebih untuk menanggung beban hidup yang saban hari saban meningkat. 

Sekarang ni, kakak Nanie tengah ada masalah untuk career beliau. Institusi gah yang dia kerja sekarang mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sehinggakan menjelang akhir tahun ni semua pekerja kontrak diberhentikan. Bayangkan, sebuah institusi ulung negara juga berdepan masalah yang sama. Apatah lagi kita ni, rakyat marhaen yang picisan sumber pendapatannya. Natijahnya, beribu kakitangan universiti ulung tersebut bakal berdepan "pengangguran". Kakak Nanie sendiri buntu dan muram kebelakangan ni. 


Jadi, Nanie terfikir... daripada kita ni yang timun bising sana-sini, apa kata kita gunakan kelebihan yang ada pada kita semua untuk dapatkan tambahan sumber pendapatan. Nanie rasa, dengan keadaan ekonomi hari ni, rakyat Malaysia tak boleh lagi berharap pada satu sumber pendapatan sahaja setiap bulan. Nanie sarankan kita cuba cungkil seberapa banyak kemahiran dan kelebihan serta peluang yang ada di sekeliling kita untuk diketengahkan. 

Mana-mana kawan-kawan Nanie yang pandai meniaga, masing-masing dah mula kumpul modal untuk memulakan bisnes sendiri. Macam-macam bisnes yang mereka teroka. Dari segi kemahiran, servis, makanan dan ada tu satu bidang yang mereka sendiri tak pernah tahu atau belajar. Yang penting mereka mencuba. Semangat mereka yang yakin bahawa 9/10 rezeki adalah dari bidang berniaga membuktikan anak muda hari ni bukan jenis suka goyang kaki. Golongan muda termasuk Nanie dan ramai pembaca blog ni adalah di kalangan mereka yang sentiasa ingin mencari ruang dan peluang. 

Untuk Nanie sendiri, Alhamdulillah Nanie boleh katakan Nanie berbangga dengan pendapatan Blog Coklateyes yang saban bulan memberikan hasil kepada Nanie. Walaupun taklah banyak, tapi kata orang setakat membantu back-up dan memudahkan perbelanjaan bulanan itu pun sudah cukup Nanie bersyukur. Masih Nanie ingat, masa Nanie di kampus... dari tahun 2 Nanie bayar sendiri duit pembelajaran Nanie menggunakan duit blog. Sehingga hari ni, sikit-sikit tak pernah putus rezeki melalui blog buruk ni. Nanie bersyukur sangat Allah kurniakan kepandaian menulis kepada Nanie dan Insya Allah Nanie akan gunakan sebaik mungkin dan pada jalan yang betul. 

Memang, ada je yang memperlekeh usaha Nanie dalam menulis entry ataupun berkempen untuk jenama-jenama besar. Tapi Nanie tak fikir sangat. Anggap je lah mereka tak faham dunia blog. heheheh. Nanie selalu fikir positif. Korang kutuk-kutuk kempen aku, korang mengata entry-entry aku, last-last aku jugak yang dapat payment. Aku jugak yang senangkan mak ayah aku tak perlu bagi duit belanja kat aku. Korang dapat apa? Kan? heheheh.



Menulis blog tidak mudah. Memerlukan daya kreativiti dan kemahiran menulis yang tinggi agar mudah menyampaikan apa yang kita mahukan. Melalui penulisan blog juga tanpa diduga sebenarnya memberikan sumber pendapatan kepada ramai orang. Lihatlah, ramai blogger hari ni yang memang buat duit menggunakan blog-blog mereka. Bukan sahaja mampu membuat duit, malahan memberikan influence kepada orang lain untuk sentiasa positif dan bersemangat. 

Namun Nanie nak pesan pada blogger-blogger baru khususnya. Walaupun tak dinafikan blog menjana kewangan, jangan pula korang branding kan blog korang cincai bancai. Bina dan kukuhkan branding blog anda. Jangan mudah mengharapkan client untuk membayar jika hasilnya tidak seperti yang diinginkan. Di luar sana, ada banyak pihak yang memerlukan Advertiser Media Social seperti blogger ini. Ada banyak peluang dan ada banyak sumber rezeki kewangan.


Jangan mudah putus asa, istiqamah dan kukuhkan nama anda dalam dunia blog.
Bila anda dah mencapai satu hala tuju yang jitu, jangan terkejut jika Nanie katakan bahawa anda boleh tersenyum bangga dengan blog anda! :) 


Sekadar perkongsian sepanjang menjadi blogger. Insya Allah Nanie akan kembalikan momentum berblog Nanie lepas ni :) 




14 comments:

  1. thanks for the inspiration kak nanie, i love you ^_^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nanie, betulllll.. berblogging ni boleh jana pendapatan walau tak banyak. sikit pun tetap berjasa. hehehhee

    ReplyDelete
  3. thank you akak.. rasa lebih smgt lps ni ;)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah,onie pun happy dengan pendapatan blog onie yg sekarang ni... hi,rindu ahhhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. waarrgghhh, malasnye nk tulis blog entry! -_- dlu sebab minat tulis pasal mekap, sekarang mcm slowww je. huhu. I really like your writings and you could easily, i don't know, be a guess writer in some magazines maybe? (maybe you already are, only I don't know kan.. hehe)

    ReplyDelete
  6. U did very well Nanie! Very inspiring! :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki dr blog mmg byk membantu..;)

    ReplyDelete
  8. Suka datang blog Nanie baca entry yang sentiasa memberikan kesan positif kepada pembaca :) Tak berkesempatan lagi nak jumpa blogger hebat Innanie Arifin ni..

    ReplyDelete
  9. Wahh terbaiklah. Bagus nasihat yang dibeirkan tu. :)
    Blogger pula kena buka mata ttg peluang yang ada. Skarang iklan kena GST .. :) pengiklanan dengan blogger tak kena ..

    ReplyDelete
  10. drop here ! jom singgah blog shahril plk !

    ReplyDelete
  11. betull.. kita bising pasal GST pun, ada orang kesah? xde pun. baik duduk diam diam fikir macam mane nk tambah pendapatan............. usaha usaha usaha ! ;)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork