Thursday, March 12, 2015

Kunjungan Ustaz Badli Syah Menziarah Ayah

Assalamualaikum semua

Ayah dan Nanie sekeluarga adalah peminat Ustaz Badli Syah. Perceramah dan pendakwah yang tersohor. Even Nanie sendiri pun peminat beliau. Minat dengan cara beliau memberikan ceramah, menasihati dan mengajak kepada kebaikan. Sebagai orang muda, Nanie melihat pendekatan beliau dalam menyampaikan dakwah dan ceramah sangat kena dengan jiwa. Setiap nasihatnya diselitkan dengan pelbagai fakta yang relevan. Jadi secara tak langsung, kita dapat ilmu agama dan dapat juga pelbagai fakta menarik. 






Ayah Nanie memang sentiasa mengikuti beliau di Rancangan Cinta Ilmu di TV Al Hijrah. Setiap kali ada slot Ustaz Bad, memang dia akan tunggu. Malahan semua buku yang Ustaz Bad suggest ayah akan minta Nanie, atau kakak atau adik belikan. Ayah kata, dengan ada buku lebih mudah beliau ingat dan faham ilmu yang disampaikan.


Entah macam mana, rezeki yang Allah berikan, pada akhir Januari yang lepas,  Ustaz Bad menziarah ayah di rumah. Kebetulan, kariah Masjid Taman Kasih buat Majlis Maulidur Rasul, ayah Nanie bekas Bilal disitu. Dan akibat serangan strok, ayah tak dapat teruskan kerjayanya lagi.



Jadi bila dengar Ustaz Bad adalah penceramah jemputan majlis Maulid disitu, ayah Nanie nak sangat pergi ke majlis Maulid tu. Tapi tak dapat pergi sebab kesihatannya kan.  Rupanya, kariah dan Imam masjid beritahu pada Ustaz Bad mengenai ayah. Tak semena-mena selepas majlis Maulid, kariah masjid beritahu kami yang Ustaz Bad sudi menziarah ayah. 


Allahuakbar!!! Bukan main gembira lah ayah Nanie. Nanie sekeluarga pun gembira dengan kunjungan beliau. Bayangkanlah seorang yang banyak memberi inspirasi, ilmu dan motivasi, seorang yang kami sekeluarga suka dan hormati datang ke rumah kecil kami. Syukur Ya Allah. Ini adalah sebahagian rezeki dari Allah. Malahan, rombongan tersebut turut disertai ADUN Mahkota Kluang yang juga EXCO Penerangan Negeri Johor, Jais Sarday dan beberapa kariah masjid.


Ustaz Bad meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama ayah. Macam-macam yang ayah ceritakan. Malahan, ayah siap cerita semula segala ilmu dan buku yang dia peroleh dari Ustaz Bad. Sebagai orang yang dihormati, Ustaz Bad tetap merendah diri walaupun ayah memuji beliau. 


Bagi kami sekeluarga, moment sebegini mustahil dapat kami lupakan. Kami anggap ini adalah rezeki ayah. Rezeki orang sakit! Dalam sakit, ayah masih tetap bersemangat menuntut ilmu, mendalami ilmu agama yang memang tiada penghujungnya. Kami juga bersyukur Allah beri peluang kami berjumpa dengan Ustaz Bad secara personal. 

Segala ilmu yang beliau berikan, Insya Allah kami sekeluarga amalkan. 

Buat kariah masjid, terima kasih banyak-banyak kerana menggembirakan hati ayah saya! :) 




2 comments:

  1. Wah, cemburu la...walaubagaimanapun...semoga ayah nanie cepat sembuh...insyallah ada jalannyer (peminat blog)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..rezeki kan. Moga Ayah Nanie diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat hendaknya..Aminnn

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork