Tuesday, March 10, 2015

Masih Kerja Di Usia Emas?

Assalamualaikum semua

Disebabkan sekarang ni Nanie dah mula memasuki bidang kerjaya secara serius, Nanie terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai perkara ini. Memanglah kata orang tu, pengalaman Nanie dalam bidang kerjaya ni baru je lagi, tapi suara dan pandangan orang muda perlu jugak diambil kira.


Bila CUEPACS menyuarakan cadangan untuk kakitangan awam bersara pada usia 62 tahun daripada sebelumnya 60 tahun, secara terus terang Nanie tidak bersetuju sama sekali. Yes, Nanie bukan penjawat awam tapi Nanie menolak atas dasar peluang kerjaya pada warga muda. 

Mungkin di pihak CUEPACS sudah pastilah ada alasan tertentu kenapa mereka mencadangkan begitu, bagi Nanie pula...Nanie melihat dari segi produktiviti dan keberkesanan cara kerja penjawat awam berusia. Ayah Nanie bekas penjawat awam, pakcik dan makcik, sepupu sepapat Nanie juga ramai yang penjawat awam. Makanya, lumrah kerja dan cerita-cerita kerja kakitangan awam ni dah biasa Nanie tahu dan dengar. Bukanlah Nanie kata mereka tidak boleh perform dengan baik, tetapi relevannya rakyat Malaysia di usia sebegitu masing-masing dah mula kurang produktif. 

Jangan compare kan negara-negara maju seperti Jepun semua tu. Mereka memang dari dulu dah amalkan gaya hidup sihat. Di Malaysia, seawal usia 40 tahun lagi rakyat kita dah mula mengeluh pelbagai kelesuan hidup. Sakit sana-sini. Makanya, bagaimana mereka mahu bekerja dengan baik jika faktor kesihatan menghalang. Kesihatan mereka juga terganggu adalah atas sebab tekanan kerja dan hidup yang serba serbi menginginkan kepantasan.

Seperkara lagi, maaf cakaplah... sesetengah penjawat awam ada satu perasaan secure dalam diri mereka. Pengalaman Nanie sendiri sahaja,  bila ke pejabat-pejabat kerajaan. Mana yang staffnya sudah jejak 4 series, masing-masing kelihatan sudah mula 'besar kepala'. Padahal tugasnya adalah melayan customer tu. Belum lagi campur perangai-perangai lain yang kadang buat sakit hati. Disebabkan mereka rasa 'secure', jadi mereka tidak bimbang kiranya dibuang kerja. Mereka tidak risau lah sebab memang jawatan tu dia yang punya. Tak kan lah kerajaan nak buang dia. Maaf, Nanie terpaksa cerita hakikat sebenarnya. Penjawat awam yang baca blog Nanie...Nanie harap anda bukan orang sebegitu ye! ;)




Perkara seterusnya, Nanie nak bawak pembaca Blog Coklateyes membayangkan, ibu bapa kita seusia itu masih lagi menyusun fail, masih lagi menaip keyboard mengisi borang, masih lagi memandu kereta rasmi di tengah jalan raya. Sebagai anak, tak ke kita kasihan? Bukan ke di usia emas itu mereka sewajarnya berehat di rumah. Mengisi masa terluang untuk diri mereka sendiri. Memanjakan diri mereka dengan hobi dan kegemaran sendiri. Dan yang penting beribadah untuk bekalan seterusnya. Sekiranya di usia emas itu masih lagi terus ke pejabat, bila masanya mereka luangkan masa untuk diri dan keluarga mereka? Adakah sampai ke akhir hayat sibuk mengurus urusan dunia? 

Bersara pada usia 62 tahun juga secara tidak langsung menutup peluang kerjaya buat orang muda. Nanie tidak merasakan orang muda terlalu cerewet dalam memilih kerjaya, kerana ramai saja orang muda yang sanggup keluar bidang belajar mereka semata-mata 'asalkan ada kerja'. Nanie melihat peluang yang ditutup ini menyebabkan ramai orang muda mengganggur. Bagaimana mereka boleh menimba pengalaman sedangkan peluangnya tiada? Bagaimana mereka boleh mencurah kepakaran, jika orang muda tidak turut serta?

Selain tu, orang muda juga sering dipersalahkan jika tiada kerja dengan alasan tiada pengalaman dan tiada kepakaran. Alah... orang-orang kerajaan dulu pun masuk kerja semua zero. Mana ada orang yang terus pandai? Mana ada orang yang masuk kerja hari ni terus boleh buat semua? Tapi kenapa hari ni mereka jadi pakar, mereka jadi tahu serba serbi? Sebab di beri peluang. Diberi ruang untuk belajar dan diasah kepakaran mereka. Perkara sebegini semua memerlukan masa, ruang dan peluang. Tanpa tiga elemen tersebut, takde satu pun manusia yang terus jadi cekap. Jadi, berilah kami peluang, ruang dan masa untuk jadi hebat seperti para senior semua! 

Melihat kepada prospek ini, Nanie memang tak setuju sama sekali sekiranya penjawat awam bersara di usia 62 tahun. Melainkan.... mereka itu diperlukan bagi kepakaran tertentu dan kebijaksanaan yang khusus diperlukan oleh negara. Jadi, warga sebegitu mungkin boleh dipanjangkan usia persaraan mereka. Tapi tetap memerlukan warga muda untuk sama membantu supaya orang muda tahu bagaimana pengalaman orang tua memacu kehidupan.

Hakikatnya, dua-dua golongan ini sama penting dalam pembangunan negara dan pembangunan kerjaya diri. Dua-dua perlu diseimbangkan agar tidak ada keciciran dan berat sebelah. Apalah guna ilmu di dada jika tidak diguna? Apalah guna pengalaman menggunung jika tidak dikongsi sama. ;)






7 comments:

  1. Dari 55 ke 60 sekarang ke 62. Kesian bila bayangkan umur 60 masih lagi terpaksa berkerja, dimarahi pelanggan, dan boss yang lebih muda. Memang tak relevan, terutama bila masuk bab kesihatan.

    ReplyDelete
  2. sy penjawat awam dan sy sendiri x setuju... rata2 bila dah usia 50 mmg produktiviti sgt sgt sgt sedeyyy... kite yg mude2 ni nak kena buat semue kejer... alasan diorang dh x larat... hmmm

    ReplyDelete
  3. kesian tgk kat opis2 kerajaan..terutama bahagian kaunter..warga tua ni lambat sikit bab teknologi..jadi kadang2 service pun jadi slow la...org pulak ramai..kadang2 kesian tgk org awam marah2 depa ni...

    ReplyDelete
  4. saye penjawat awam.. 100% saye bangkang.. umo 60 pon dh xlarat nak kerja.. ni kan pulak umo 62..
    kalo blh nk bersara umo 55.. biar blh berehat je..

    ReplyDelete
  5. nasib umur 60 dikekalkan kalau tak umur 62 la baru dapat pencen. Kesian kat mereka yang semakin berusia juga kepada yang pelajar fresh yang masih menanti kerja. Saya rasa umur 55 tu flexible untuk pencen.

    ReplyDelete
  6. dalam hal ni, lebih baik seimbang dari kedua² golongan.. Pengalaman dari yang mereka yang lebih berpengalaman kenalah diturunkan juga kepada yang baru nak belajar :)

    ReplyDelete
  7. Salam singgah semula. Terima kasih sudi baca dan komen di blog kak ayu.

    Penulisan Innanie sangat baik. Kali pertama baca dah jatuh cinta.

    Berkenaan isu ini, kak ayu sangat setuju. Pada usia sedemikian, itulah masa untuk ibadah, bersama anak cucu dan menikmati hidup tanpa tekanan kerja. Itulah nikmat yang patut dikecapi sebelum dijemput ke alam seterusnya.

    Tapi apakan daya jika itu yang diputuskan. *eh! macam la kak ayu ni penjawat awam, isi borang SPA pun tak pernah hehhhhe...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork