Tuesday, April 21, 2015

5 Sebab Kenapa Perempuan Malaysia Mahu Berkulit Cerah

Assalamualaikum semua

Nanie ada terbaca dalam satu tabloid membincangkan satu survey kenapa WANITA MALAYSIA MAHU BERKULIT CERAH? Jawapan dari survey tersebut ada betulnya pada Nanie... Nak tahu apa jawapan survey tu? 

1. Berkulit cerah itu mudah untuk match dengan apa sahaja warna pakaian
2. Wanita yang berkulit cerah kelihatan lebih comel dan lebih seksi 
3. Terpengaruh dengan gaya artis-artis Hollywood & Korea
4. Bila berkulit cerah, akan memperoleh anak-anak yang berkulit cerah juga
5. Lelaki lebih suka wanita berkulit cerah

See? Mesti ada yang membenarkan hasil survey tu kan? Secara personal, pandangan Nanie mengatakan bukan wanita Malaysia je mahu berkulit cerah malahan kebanyakan Orang Asia memang suka untuk nampak putih dan cerah. Bila putih dan cerah, senang nak bergaya katanya. Semua colour boleh masuk. Warna terang, warna pastel semua boleh in lah. Takde yang nampak too striking. 


Pasrah lah kita tak cerah! :) 
Tapi bagi yang kurang cerah, atau warna yang too-asian macam Nanie ni... jangan risau. Sebab ada juga alternatif untuk kasi korang terang atau cerah sikit. Heheheh :)


Mujur NIVEA keluarkan NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum. Ada peluang lah orang macam Nanie ni nak dapat kulit cerah sikit. Walaupun tahu ia tidaklah secerah kulit anak-anak mat salleh tu, tapi at least fair and bright lah kan. 


NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum ni merupakan serum badan yang pertama dengan formulasi "Broad Spectrum". Broad Spectrum ni merupakan satu perlindungan menyuluruh buat kulit kita yang mana ia membantu memperbaiki sel kulit dari dalam. Dengan SPF 33 PA+++, NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum memberikan perlindugan UVA & UVB kepada kulit. Mesti ada yang confuse, apa pulak UVA & UVB ni kan? 


APA ITU UVA & UVB ?

Sinar matahari yang datang kepada kita terbahagi kepada 2 iaitu UV A dan UV B. Secara amnya, UV A boleh menyebabkan kulit menjadi tua manakala UV B menyebabkan kulit kita terbakar. Ada satu lagi sinar iaitu UV C, namun Alhamdulillah ia tidak menembusi lapisan ozon. UV C ini adalah berkali ganda bahaya kepada kulit. 

UV A akan masuk sehingga ke lapisan dermis dan menyebabkan struktur kulit menjadi kedut, tua dan tidak bermaya. Malahan ia juga boleh mengganggu sistem imunisasi badan kita. Manakala UV B membakar lapisan kulit kita dan boleh menyebabkan 'sun burn'. Sun burn ini sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan lebih banyak UV A menyerap ke dalam lapisan kulit dan memusnahkan pigmen kulit kita. 


10x PERLINDUNGAN 
NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum


Disebabkan perkara inilah, NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum diperkaya dengan 95% sumber Vitamin C asli yang menjadi anti-oksida dan memberikan kuasa 10x pemutihan dan perlindungan. Rata-rata wanita di Asia ni memiliki struktur kulit yang rosak akibat daripada pendedahan cahaya matahari yang terlalu banyak. Apatah lagi Malaysia yang beriklim tropika dan hampir setiap hari menerima cahaya matahari. Dah sah-sah kulit kita semua terjejas kan? 



Sepanjang Nanie gunakan NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum ni, Nanie boleh rasakan yang kulit Nanie semakin lembut dan semakin lembap. Nanie cuba jadikan ia rutin harian. Dekat office pun Nanie letak satu supaya senang untuk Nanie gunakan. Ye lah duduk dalam air-cond lama-lama memang boleh jadikan kulit kering kan.

Kulit yang lembap amat penting terutama dalam musim panas ni. Kalau dulu maybe Nanie agak takut-takut jugak nak berpanas tapi bila ada NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum, tak payah lah risau lagi. Boleh redah je panas tu. Sebab Nanie yakin NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum boleh berikan perlindungan yang terbaik!

To be honest, memang dari dulu lagi NIVEA telah dipercayai ramai dalam memberikan perlindungan kepada kulit. Jangan tak tahu, kulit merupakan organ terbesar pada tubuh badan kita. Jadi, sama pentingnya seperti organ lain... kulit juga harus dijaga dan dilindungi. Siapa lagi nak lindungi kulit kita kalau bukan NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum.

Untuk maklumat lanjut boleh klik link-link di bawah :

Facebook :

Harga : 
RM19.90 untuk 180ml



6 comments:

  1. Holla innanie..... serius lama gile tak baca blog. Blog sendiri pin ditinggalkan sepi. Hihi. btw, maria punya kulit skrg kusam gila. Balik shooting bertambah gelap, then takda masa nak pulihkan balik. Balik keje membuta. Waaaaaaa.

    ReplyDelete
  2. saya takut tengok sesetengah perempuan malaysia ni. bukan nak cerah, tapi terlalu obses nak cerah..

    ReplyDelete
  3. To Be Honest!!!
    Mama julia yg mula2 dulu perkenalkan Nivea ni pada sis masa sekolah lagi...memang sejuk sangat bila apply kt satu badan krim dia, until now ada je Nivea jenis travel kit dalam drawer sis...sukaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. Patut cerah... hihihi..

    Dulu akak dari sekolah pakai nivea. Sampailah umur 20thun. Tup2 time tu nivea knlkn nivea 20+. Dan2 tu akak tukar ke nivea 20+. Tp mgkin terlalu awal utk akak, kulit xdpt nk terima. sobsobsob. Nivea mmg best.

    ReplyDelete
  5. memang guna lotion nivea ni..best dan berkesan juga

    ReplyDelete
  6. betul! asian je nak whitening whitening ni. anyway kite rasa kulit sawo matang lagi sexy huhu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork