Tuesday, April 28, 2015

L'oreal Paris Menghargai Wanita Melalui Lipstick!

Assalamualaikum semua 

Rata-rata wanita Malaysia memang suka produk-produk dari L'Oreal Paris. Baru-baru ni, L'oreal Paris meraikan dan menghargai wanita di Kempen Women of Worth bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place. 



Mengambil tiga nama besar dalam bidang tersendiri, Nana Mahazan (Selebriti & Pengacara), Nurita Harith (Pereka Fesyen) dan Tracy Cheong (Model & Jurucakap L'Oreal Paris), tiga nama besar ini berkongsi siapakah Woman of Worth dalam hidup mereka. Selain menguruskan keluarga dan kareer mereka, sememangnya wanita-wanita ini memerlukan seseorang untuk dijadikan tempat meluahkan segalanya juga menjadi inspirasi dalam hidup mereka. 

Photo 6


Ketika diberikan penghargaan untuk memperkenalkan Woman of Worth, Nana membawa Ira Mohd Amin (Hos & Selebriti), Nurita Harith pula membawa ibu saudaranya yang telah dianggap umpama ibunya sendiri manakala Tracy membawa Karena yang juga menjadi sahabat baiknya.


Nanie pernah bekerjasama dengan Nana & Ira sebelum ni, mujur kedua-duanya masih kenal dan ingat :) 

Apa yang Nanie lihat, mereka ini semua punya 'chemistry' yang baik antara satu sama lain. Mereka faham dan menghormati prioriti masing-masing dan paling utama, mereka boleh berkongsi apa sahaja dan menjadi pembakar semangat untuk sama-sama berjaya. Sememangnya sebagai wanita, kita perlukan pelbagai sokongan moral, inspirasi dan motivasi dalam meneruskan apa sahaja yang kita lakukan. Selari dengan peranan yang kita bawa setiap hari kan, sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai pekerja dan macam-macam lagi dalam pengurusan kehidupan.

Bukan itu sahaja, semasa majlis tersebut, L'Oreal Paris juga meraikan ulangtahun ke-30 Color Richie yang menjadi lipstick paling ikonik di dunia. Menampilkan kesemua 22 warna dalam range Color Richie, Nanie sendiri suka dengan semua koleksi warnanya. Ada merah, fushcia, merah jambu, beige dan banyak lagi yang memang sesuai dengan tona kulit setiap wanita.






Sebagai simbolik Nanie menyokong campaign Woman of Worth, Nanie telah memilih satu warna sebagai warna kesayangan Nanie. Warna yang menjadi kegemaran Nanie adalah Glamor Fuschia. Terus terang Nanie pada mulanya memang agak takut jugaklah nak guna. Sebab macam tak berapa in sangat dengan tona kulit Nanie kan. Tapi sekali dah cuba, ehhhh nampak cantik pulak. Terus suka dan selalu jugak Nanie guna. :) 



Pada Nanie, lipstick sememangnya satu ikon buat wanita. Ia merupakan lambang kepada keberanian, keyakinan dan elegant. Namun menerusi kempen ini, L'Oreal mengajak semua wanita untuk menghargai diri, menghargai orang disekeliling dan tetap mengejar impian dan kejayaan. 

Untuk Nanie, Woman of Worth Nanie semestinyalah emak Nanie sendiri. Insan yang paling banyak berjasa dalam hidup Nanie. Insan yang memanja dan menyayangi Nanie dengan sepenuhnya dan mendidik Nanie menjadi anak yang baik dan berjaya selamanya. Insya Allah.

Terima kasih L'Oreal Paris sebab beri Nanie lipstick banyak-banyak. Nanie memang suka lipstick! :)

Untuk info lebih lanjut boleh klik link-link dibawah :


Facebook :

Instagram : 




3 comments:

  1. wah byknya lipstik kena bg..bestnya..sha ni mls nak pakai lipstik..haha..mls nak apply..:D

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat lipstick banyak tu..boleh bertukar² pakai setiap hari

    ReplyDelete
  3. itu tanda tangannya pake lipstik juga yah mba

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork