Thursday, April 9, 2015

Masalah Jatuh Cinta Dengan "Abang"

Assalamualaikum semua

Kadang-kadang tu Nanie ada lah jugak dapat email daripada para pembaca Blog Coklateyes mengenai permasalahan mereka. Nanie bukanlah kata Nanie suka nak ambil tahu masalah orang, tapi mana yang kenal Nanie, memang akan tahu Nanie jenis pendengar dan pemberi respon yang baik. Especially bila orang ada masalah. Sebab pada Nanie, dengar mendengar permasalahan orang, ia juga menjadi pengalaman beharga buat kita. 

Baru-baru ni *tak baru jugaklah* Nanie terima satu email dari pembaca untuk mintak bantuan berkaitan perasaan dan hati. 

Macam yang Nanie selalu ingatkan diri Nanie dan juga para pembaca Blog Coklateyes, perempuan itu penuh dengan perasaan dan kasih sayang. Kadang benda kecik, benda sikit yang nampak macam takde apa-apa pun, perempuan boleh jadikan ia sesuatu yang besar.  Macam tu jugak apa yang terjadi pada pembaca Nanie sorang ni. Nanie panggil dia as Y (bukan nama sebenar) ye. 

Sekarang ni Y dalam dilemma. Dalam usia yang muda, Nanie lihat Y tak sure apa perasaan sebenar dia pada lelaki tersebut. Walaupun Y cuba kawal perasaan dia sebelum ni, dan menganggap lelaki itu sebagai abang, namun akhirnya Y tewas dan jatuh cinta padanya. Cuma sekarang ni, Nanie tak pasti adakah Y dah luahkan perasaan Y atau belum pada lelaki tersebut. 

Pertama sekali, nasihat Nanie pada Y, Y kena yakinkan diri Y dulu untuk letakkan dia sebagai apa? Sekiranya Y nak terus anggap dia sebagai abang, Y kena buang jauh-jauh perasaan cinta tu dan Y juga tak boleh cemburu jika lelaki tersebut jatuh cinta pada orang lain. Sebab sebagai 'adik', Y kena jadi seorang yang supportive dan saling membantu. Y tak boleh masukkan perasaan peribadi Y pada dia untuk jadiakan dia milik Y seorang. Dia juga perlu ada kebebasan dan life di sendiri. 
Namun sekiranya, Y rasa dia yang terbaik untuk Y dan boleh menjadi pembimbing Y di masa hadapan, Y perlu berterus terang padanya. Y perlu tahu juga bagaimana perasaan dia pada Y. Sekiranya perasaan dia juga sekadar caring sebagai seorang abang, Y perlu tahu batasan agar tak dilihat sebagai perempuan yang terhegeh-hegeh padanya. Sekiranya dia juga berperasaan sama dengan Y atau ada hati dengan Y, itu adalah perkara yang baik. Dan mungkin Y boleh teruskan hubungan tersebut. 


Nanie tahu, sebagai perempuan bukan senang kita nak open-up perasaan kita pada orang lain kerana kita takut dengan rejection. Tapi ingatlah selagi kita tidak berterus terang, selagi tu lah kita makan hati dan sampai bila-bila ia boleh timbulkan isu kerana berkaitan soal hati. Nanie sendiri sentiasa ambil langkah berhati-hati bila melibatkan soal hati dan perasaan. 

Bohonglah kalau kita perempuan tak terasa sekiranya lelaki caring lebih pada kita kan? Mesti dalam kepala terfikir "Eh, dia suka aku ke?", "Eh kenapa dia layan aku macam ni? Special ke aku pada dia?". Benda-benda macam ni semua perempuan akan fikir woi. 

Dan sekali lagi, diingat. Memang ada manusia yang bijak memberi harapan. Harapan yang tanpa sedar menyakitkan. Macam yang Nanie pernah cerita dalam entry ni----- KLIK SINI----- jadi pada Y, ada baiknya kita ambil pre-caution untuk jaga hati kita terlebih dulu. 

Last but not least, perasaan cinta tu satu anugerah sebenarnya. Kalau semua urusan dipermudah, Insya Allah dialah jodoh yang terbaik. Namun jika sebaliknya yang berlaku, jangan risau. Allah akan memberikan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kamu minta sekarang. Insya Allah! :) 

Semoga Y mendapat jawapan dan menyelesaikan sebahagian kebuntuannya. 


*kalau sapa-sapa ada pengalaman macam ni, mungkin boleh share dengan Nanie dan dengan Y juga.*

2 comments:

  1. Sebab tu lelaki kalau boleh jgn terlalu ambil berat hal rakan rakan wanita mereka, sebab wanita sukakan lelaki yg memberi perhatian kepada mereka. Nnt ada yg menaruh harapan pulak :-)

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang bukan setakat caring, tapi gurauan rakan sekelas, usik-mengusik pun boleh jadi munculnya perasaan hati ni secara tiba-tiba padahal bagi dorang, benda tu biasa-biasa aje. sebab tu lah perempuan ni hati dia lembut, secara tak sengaja, hati dia terusik juga dengan gurauan dan usik-mengusik lelaki tu. nak kekang perasaan tu rasa susah lak bila dah jenis suka sampai mati ni.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork