Monday, April 20, 2015

Tips Mudah Hilangkan Lesu Pada Wajah

Assalamualaikum semua



Bila Nanie mula sibuk dengan kerjaya ni, tak dinafikan memang aturan penjagaan wajah kadang-kadang terganggu. Ada masa tu bila penat sangat, balik je rumah terus terlelap. Make up pun lambat cuci. Ada masa, kalau rajin mula lah buat home facial bagai. Tapi tu lah kekangan masa memang jadi faktor utama Nanie. Bukan Nanie sorang, tanya lah dengan mana-mana wanita bekerjaya memang sama. Walaupun sibuk, tapi kecantikan perlu dijaga. Sebab dah namanya perempuan. Sibuk mana pun, tetap suka untuk nampak cantik dan yakin. 

Disebabkan jadual Nanie sibuk dan macam tak tentu hala sikit nak uruskan diri sendiri, jadi Nanie mula cari pendekatan mudah untuk kekal segar, cantik dan bermaya. Nanie tahu, ramai antara kita memang suka dengan pemakaian mask kan. Nanie pun suka.



Jadi, Nanie sendiri cuba sedaya upaya untuk gunakan mask 2-3 kali seminggu. Biasanya Nanie letak kat muka bila Nanie dah nak tidur lah. Lebih mudah dan lebih menenangkan. Setiap kali pakai mask mesti kulit muka serta merta jadi sejuk. Memang best sangat feel dia time tu kan. Kadang tu bila ada lebihan essence dalam peket, Nanie terus sapu pada leher, pada tangan. 

Nanie nak share beberapa TIPS PENTING yang perlu korang ambil tahu sebelum menggunakan mask. Perkara ni boleh membantu korang untuk dapatkan hasil yang optimum. 

1. Pastikan Jenis Mask Yang Hendak Digunakan
- Di pasaran terdapat banyak jenis mask yang ditawarkan. Ada yang untuk whitening, untuk rejuvenating dan pelbagai lagi. Ia juga berperanan pada jenis kulit yang berbeza.  Bukan semua sama! 

2. Stimkan Muka Dahulu!
-  Ramai di antara kita yang memandang remeh langkah ni. Even Nanie sendiri pun jarang buat. Namun para beauty advisor selalu ingatkan kita untuk stimkan dahulu wajah sebelum memakai mask. Perkara ni dapat membantu untuk membuka liang pori kulit kita dan membantu memudahkan penyerapan essence mask. 

3. Jangan Lupakan Leher! 
- Bahagian leher ni memang selalu kita skip kan. Especially buat yang bertudung. Mesti rasa bahagian leher tak penting. Nanie pulak, kalau ada lebihan essence tu terus letak kan di bahagian leher. Sejuk kan sapa yang tak suka. 

4. Kulit Kita Berbeza
-  Kulit setiap manusia adalah berbeza, keperluan kulit kita juga berbeza. Jadi Nanie sarankan, sebelum menggunakan mask kita kena pastikan dulu kesesuaian mask dengan jenis kulit. Jangan tengok kawan sesuai pakai satu mask, terus kita pun pakai. 

5. Elakkan Lebihan Lembap/ Kering
-  Jangan terlalu lama memakai mask, cukup sekadar 15-20 minit sahaja. Ini kerana, jika terlebih lembap atau kering, pori muka akan tersumbat dan menyebabkan lebih banyak masalah kulit. 


DIMANA NAK BELI MASK YANG BAGUS? 

Baru-baru ni Nanie ada borong mask dari Maystar.com.my. Mask ni kan mudah. Koyak peket, terus tebar atas muka dan relaks! Ha kau, Nanie ni pulak, kalau beli suka terus banyak. Senang, kalau nak pakai terus ada. Dekat Maystar.com.my ada macam-macam jenis mask yang dijual. Maystar adalah Online Beauty Shop yang menjual pelbagai jenis produk kecantikan. Ada mask, ada makeup, skincare semua ada lah.
































Macam malam tadi Nanie pakai Pomegranate Mask. Wangi dan memang menyegarkan betul bau dia. Lepas mandi pakai mask... tuptup terlelap terus. Punyalah nyaman dan selesa kan bila pakai mask. Bangun pagi tu, cuci muka memang confirm rasa bersih dan lembut je kulit muka. Kalau di amalkan at least 2-3 kali seminggu, Insya Allah kulit lesu pada wajah dapat dihilangkan.

Selepas tanggalkan mask



































Nanie memang recommended sangat untuk korang beli produk kecantikan dari Maystar.com.my ni. Bukan sekadar banyak pilihan, servis mereka juga bagus. Nanie order hari ni, esok dah sampai. Memang pantas. Bukan tu je, Maystar pun ada buat banyak promotion : 

1. Setiap Rabu ada Ladies Nite Promo bermula 6pm sehingga 12am - diskaun sehingga 30%
2. Promo mingguan (bermula Bulan Mei)
3. Sekiranya buat pembelian melebihi RM 50, akan  menerima banyak FREE GIFT. 

Seronok kan??? Dahlah harga murah, ada promo price lagi. Mana tak gembira online shopping ni. Haih, dengan Nanie sekali terpengaruh. Tau-tau je barang sampai depan pintu. Jimat masa, jimat minyak kereta, jimat duit jugak! 


Eh, lupa nak bagitau ni... kalau sekarang ni korang tengah plan nak beli mask, Nanie ada promo code tau. Korang boleh gunakan code :

CODE : innanieariffin
Dapat 10% diskaun 

daripada pembelian. Untung jugak tu kan? 

Jadi sekarang ni, kekangan masa bukanlah alasan untuk tidak mencantik dan menjaga diri kita. Ada banyak je alternatif dan produk di luar sana yang boleh membantu kita untuk kekal segar, cantik dan paling penting nampak yakin. Alhamdulillah, hingga hari ni dah 3 kali Nanie gunakan mask dari Maystar.com.my ni memang puas hati dan segar je rasa bila ke office tu! Oh, selain tu kan, bila kita rajin pakai mask, make up pun tahan lebih lama. Tak caya, cubalah! :)


Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link-link berikut -

Website : 

Facebook :

Instagram : 




4 comments:

  1. hahahah baca kulit lesu je terus dtg usha hahahhaha kulit sy ni bkn takat lesu dah lemau karat sume ada LOL paghok!

    ReplyDelete
  2. thanks for the tips..suka pakai mask sebab rasa lembap je kulit muka :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork