Monday, May 11, 2015

TIPS ELAK TERTIPU JUAL BELI ONLINE

Assalamualaikum semua

Allahuakbar. Memang kesian habis bila Nanie baca berita ni. Bayangkanlah duit yang dikumpul, senang-senang je orang bawak lari macam tu. Kalau Nanie pun Nanie menangis air mata darah. Tapi tu lah benda dah jadi kan... tak boleh buat apa pun.



Itulah yang Nanie paling takut dalam berurusan secara online ni. Macam-macam jenis manusia di luar sana. Macam-macam kepala dan tipu muslihat. Ada je yang nak dibuatnya untuk dapat duit cara mudah. 


PENGALAMAN DEPAN MATA

Pengalaman Nanie sendiri, kawan Nanie pernah kena tipu beli online. Masa tu tengah sibuk dengan Blackberry. Dia pun beli lah satu, guna Mudah.my. Si penjual beritahu dirinya seorang cikgu di sebuah sekolah di Kuantan. Siap offer lagi, kalau nak COD pun boleh.  Time tu harga yang ditawarkan agak murah berbanding harga pasaran. Ada diskaun lagi. Pada mulanya kawan Nanie ragu-ragu jugak, tapi bila si "Cikgu" ni kata, kalau tak percaya boleh jumpa dia di sekolahnya. Memandangkan KL-Kuantan makan 2 jam jugak,  kawan Nanie yang excited dan tak sabar ni, terus menerus bank-in pada dia petang tu. Time tu tak rasa lagi kena tipu ke apa. Sebab hari minggu kan. Dia janji akan post pada Isnin pagi. Sabar kawan Nanie tunggu. Lepas dicongak, kalau pos Isnin... paling-paling Rabu atau Khamis mesti dah sampai. 

Tup-tup.... sampai Jumaat tak dapat lagi. Hati kawan Nanie mula rasa tak sedap. Dia mesej cikgu tu mulalah sesi alasan-alasan bodoh. Battery kong lah... Handphone masuk air lah... macam-macam. 

Last-last sampai 2 minggu tak sampai. Cuba call, dah tak berjawab. Mesej tak balas. Last-last teringat yang dia cakap, dia cikgu di sebuah sekolah. Google nombor telefon sekolah dan call untuk tanya kebenaran. Sebagaimana yang dijangka.... sahlah CIKGU tu menipu!!! Takde pun cikgu nama sekian di sekolah itu! Auccch menangislah kawan Nanie di bucu katil mengenang duitnya RM 800 melayang! 

FOBIA 

Sejak dari tu lah Nanie sendiri fobia berurusan secara online. Risiko tinggi. Kadang, orang tak tipu... pihak pengeposan pulak bermasalah. Kadang semua ok, barang tak ok, rosak, barang tiruan dan macam-macam lagi. Semua serba serbi tak betul dan tak seperti dalam gambar. 

Gambar tu kan orang boleh google. Entah gambar sapa je yang diambilnya dan cakap, barang yang dijual seperti ini. Tipu! 

Antara beberapa tips yang Nanie boleh kongsi kalau nak berurusniaga secara online : 

1. Jangan mudah terpedaya dengan HARGA MURAH/DISKAUN/OFFER yang ditawarkan. Apatah lagi jika beza harga dengan harga pasaran sangat tinggi. Its like, crazy lah jual harga murah macam ni. Makin crazy murah harga yang ditawarkan, makin tinggi risikonya ye! 

2. Sekiranya melibatkan barangan gadjet, ada baiknya COD. Sebab dengan gunakan MATA KEPALA sendiri, SENTUH, PEGANG, LIHAT, BELEK dapat tentukan keaslian sesuatu gadjet dan sejauh mana condition gadget tersebut. Jangan mudah tertipu dengan "TIP TOP CONDITION", "CONDITION COMEL MACAM EMMA MAEMBONG". Ahhhh tipu!

3. JANGAN CEPAT SANGAT NAK BANK-IN. Perhatikan sikap dan gaya penjual. Cuba main tarik tali dulu. Contoh, "Sis saya bank-in pukul 2 ni ye!" Tapi korang jangan bank-in pukul 2 tu. Korang tengok, adakah selepas pukul 2 tu dia terus push korang... "Dik dah bank-in?" "Awak janji pukul 2, bila nak bank-in ye? Kalau tak saya jual pada orang lain. Ramai yang nak ni!". Berwaspada. Dari situ kita tahu yang dia sangat memerlukan duit sampai push orang dan cuba buat ugutan. Potensi penipuan besar! 

4. CUBA SELIDIK LATAR BELAKANG. Dapatkan seberapa banyak maklumat diri @ perniagaan penjual. Google, facebook, dan cuba call atau email ke. Tengok bagaimana ia beraksi. Sebab orang menipu ni mesti ada benda yang dia kantoi!

5. CARI @ TANYA DIRECT TESTIMONI. Kalau online shop yang tulen, dia akan post customer-customer yang happy dengan servisnya. Mesti ada yang dia tag kan. So cuba korang DM sendiri customer dia yang dahulu dan tanya macam mana servis & produk yang dibeli. Feedback previous customer sangat penting. Rajin sikit buat research ye! 

6. Sekiranya COD, sila pergi dengan kawan atau yang expert. Kadang dah COD pun masih nak menipu. Takut kena pukau ke apa ke... Jangan pergi sorang. Jangan jumpa di tempat sunyi. Dan jangan bawak duit lebih dari harga. Bawak cukup-cukup. Elak jumpa waktu malam. 

7. Kalau gadjet, Nanie cadangkan korang beli melalui Official Retailer brand tu. Contoh nak beli iphone, beli di Mac Store. Kadang sebab nak murah sikit, kita rugi banyak. Lebih baik berurusan dengan yang legal dan dilindungi! Lebih selamat.


Nanie harap tips ni dapat bantu. Nanie takde lah selalu beli online tapi setiap lali Nanie beli, memang Nanie cukup hati-hati. Sakit woh hati kalau duit kita kena tipu hidup-hidup! 



11 comments:

  1. ngeri nak beli barang² yang mahal harganya melalui online..isk..ni kena jadikan satu iktibar untuk pengguna supaya lebih berhati² apabila membeli online.

    ReplyDelete
  2. kak rara pon sama.kalau nk beli brg mahal.nk tanya dia.COD boleh x, kita g amik.kalau laju je dia ckp x boleh.so dia mmg tipu.

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas perkongsian ini....

    ReplyDelete
  4. WELL, saya agen dropship.kdg2 risau gak org x prcye, tp setakat ni, ape2 berlaku, sy la tanggung, keluar duit gaji sikit, ahhaaha

    ig : senyum2 , jemput dtg ye..ade GA sdg brlgsunggg gteww... hehehe

    ReplyDelete
  5. Memang perkara mcm ni sangat sukar untuk dijangka. Kadang2 rasa mcm gamble je beli barang online ni.

    ReplyDelete
  6. Saya jual barang online jugak, tapi cara nombor 3 tu pun bahaya untuk kitaorg peniaga ahaha. Bukan pelanggan je ada pernah kena tipu, peniaga pun ada jugak yg kena tipu. Apapun, semua sikap x tanggungjawab kita tu nnt pepandailah jawab kat mahkamah akhir besar tu ye ahaha.

    ReplyDelete
  7. tu lah.. sy pun sua shopping on9 ni, alhamdulillah, stakat ni, xde pulak kena dgn penipu2 ni.. huhu

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lg beli barang mahal2 kt internet..apatah lg gajet huhhh takut kak ju...better beli direct face to face kalau melibatkan sejumlah wang yang besar...kena hati2...ramai sekarang bertopeng tak jujur dalam perniagaan

    ReplyDelete
  9. Info yang sangat bermanfaat & semua orang wajib tahu.
    Thanks for sharing nanie (",)

    ReplyDelete
  10. memang takut nak beli online kalau kena tipu..biasanya kalau ada yang official memang beli kat situ je senang..sebelum membeli kena survey dan siasat dulu..lebih baik beli dari kawan kawan yang kenal.

    ReplyDelete
  11. k lily, tak pernah beli online yang gadget ni, setakat barang2 cam personal use je ade lah..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork