Wednesday, May 20, 2015

Dior Beauty Boutique @ Mid Valley Kini Dibuka!

Assalamualaikum semua 

Seingat Nanie, seawal pertengahan April lagi Nanie dah perasan yang butik kecantikan jenama terkenal Dior telah mula beroperasi di Mid Valley. Waktu Nanie lalu tu, Nanie pandang je. Tak berani lagi nak masuk. Dalam hati penuh berharap, moga-moga ada rezeki nak dapatkan koleksi make up Dior.

Alhamdulillah, dengan gembiranya minggu lepas Nanie berkesempatan dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Butik Dior di Mid Valley. Butik yang penuh dengan suasana elegan, kemasan yang cantik dan dah semestinyalah koleksi Dior yang menggiurkan!

First time Nanie buat Kurung Moden. ehhh tapi Nanie selamba je pakai baju kurung pergi event kan.
Tak salah kan? Ok kan. hehehehe. 



Majlis yang meriah dan eksklusif ni turut dihadiri selebriti terkenal seperti Dynas Moktar, Anzalna Nasir, Ning Baizura dan Carey Ng serta beberapa make up artist terkenal seperti Tiar Zainal, Najeeb Azami dan ramai lagi.

IMG_9731
Sumber gambar :Glam.my


Semasa perasmian, Pengarah Urusan Serantau Christian Dior Parfums, Oliver Dubos turut hadir dan merasmikan pembukaan butik Dior ni.





Bila masuk Butik Dior tu, Nanie sendiri rambang mata. Aduh, memang banyak betul koleksi makeup dan beauty care Dior ni. Dari lipstick, blusher, foundation, brushes, lip gloss semuanya adalah. Dan dalam banyak-banyak yang sangat-sangat mencuri perhatian Nanie dah semestinya perfume!!!












Dalam banyak-banyak perfume, Nanie memang dah lama sangat target nak dapatkan perfume J'adore dari Dior ni. Memang Nanie tahu, perfume ni bau sangat wangi, sangat lembut dan match my personality! Gitu... heheheh.


Dekat Sephora pun Nanie tengok perfume ni menduduki tempat pertama untuk Top Selling Perfume tahun 2014-2015. Huiiish, kalau dah di Sephora pun menang carta memang sah lah perfume J'adore ni sedap baunya kan. Jadi bila Nanie di Butik Dior ni, Nanie tak lepaskan peluang nak cuba satu-satu perfume J'adore ni!

How I wish, kat rumah ada perfume banyak macam ni! Heaven!!!

Koleksi yang menjadikan Nanie tak keruan sekejap! :)



Miss Dior ni pun sedap baunya! Lembut & Floral

Bagi penggemar skincare pula, di Boutique Dior ni turut menawarkan servis perkhidmatan Beauty Expert yang mana di sana anda boleh berjumpa dengan Beauty Expert mereka dan menyesuaikan skincare yang bertepatan dengan jenis kulit anda. 



AMBIL PELUANG


Sebagai blogger, Nanie rasa ini satu peluang yang sangat bermakna buat Nanie. Bukan mudah untuk dijemput bekerjasama dengan jenama-jenama terkenal antarabangsa ni. Pada Nanie yang memang mula dari bawah, I am really happy for this. Bila dah dapat peluang macam ni, seharusnyalah Nanie cuba semua produk mereka. Nanie cuba perfume, skincare, lipstick... rasa nak beli je satu-satu! Heheheh!


MEET THE GIRLS 

Bila pergi event, benda paling seronok of course lah jumpa kawan-kawan kan. Lagi-lagi jumpa my beloved kakak ni. Aduhaaaiiiii "makin berseri" kan kak Sabby sekarang. Nanie tak nak pecah rahsia, tunggu Kak Sabby bagitau sendiri. Tapi Nanie happy tengok 'perkembangan' Kak Sabby sekarang. Comel. Hehehehe.




Dan Akhirnyaa..... Yeaaaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyy!!!! 



Melonjak gembira lah Nanie bila impian menjadi kenyataan. Thank you so much Dior for this gift. I am super duper happy! Balik tu, dua tiga kali belek. Punyalah sayang nak pakai. Dua-dua colour memang cun. Nanie memang tunggu masa sesuai je ni bila nak guna. Nanie sambar Diorific - Diorama 001 dan Rouge Dior 775. Nanti Nanie dah guna Nanie reveal and review ye. Boleh? Mesti korang tak sabar kan. Muahahahah....

So, buat korang yang nak tengok-tengok atau maybe nak beli sendiri koleksi makeup, perfume mahupun skincare Dior, boleh terus ke boutique mereka : 


Dior Beauty Boutique @ Mid Valley 

G-007, Mid Valley Megamall
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur 
(berhadapan Superdry & Kiehl's) 



12 comments:

  1. Bestnya,... tapi kita tak pandai makeup..ahaha xD

    ReplyDelete
  2. Lama tak jumpa kakak kakak di atas ni. Rinduuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom lepak hahaha :) rindu gakkkkkkkkkkk <3

      Delete
  3. Wah best nye.... kak illy pun ada... bila lah dapt join even cm gini... ada offer hello2 kite ek sis heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki tu insya Allah... yakin bole.. chaiyok!

      Delete
  4. Bau perfume Dior tu memang best , i do have one.
    Cantik color lipstic...aummm!

    ReplyDelete
  5. Bestny bestnya bestnya dapat gift tu Nanie..kalau dah macam ni mana boleh lepaskan peluang kan. Seronok dapat explore Dior gitu..

    ReplyDelete
  6. Alaa jangan lah sayang nak pakai! nk tgk swatches.
    Cannot tahan most high-end perfumes.. kuat sangat. Kalau hidu orang lain pakai mmg best, kalau pakai sendiri rasa pening je. Suke bau ala2 marc marc Daisy Dream a.k.a bau yang ala2 ade takde je.. hehe
    Lama xnampak Dynaz. She looks goooooodd.

    ps: hish, bahaya ni pegi midvalley... ade banyak sgt kedai kosmetik best -_-

    ashchroniclesletsfly.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. lame tak jumpa innanie in person, dulu first time jumpa ingat lagi masa project acpuris skincare.. cepat nya masa belalu :)

    ReplyDelete
  8. bestnya nanie :) bila lah boleh dapa bt koleksi kan hehee :)

    ReplyDelete
  9. cepat pakai innanie, k lily nak tengok warnanya.. hahhaha

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork