Tuesday, May 12, 2015

Mother's Day Miracle Night : Tak Sabar Nak Dengar Nyanyian Live Dato' Siti Nurhaliza!

Assalamualaikum semua

Salah satu impian Nanie lah kalau boleh seumur hidup tu sekali nak tengok konsert Live dari artis-artis terkenal macam Jamal Abdillah, Celine Dion & Siti Nurhaliza. Mereka-mereka ni bukan sekadar punya suara yang bagus tapi bila buat konsert selalu ketengahkan kelainan dan boleh bawak macam-macam lagu.


Alhamdulillah, baru-baru ni Nanie telah terpilih antara 10 blogger yang akan menyertai Persembahan Mother's Day Miracle Night with Dato' Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung 15 Mei ni di Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM Bangsar. 



Aduhai memang rasa bertuah sangat sebab diberi peluang macam ni. Ye lah kalau nak pergi konsert atau persembahan Datuk Siti ni, tiketnya mesti mahal. Persembahan Mother's Day Miracle Night ni adalah anjuran OMGFest Ventures dan mendapat tajaan dari syarikat kosmetik Nouvelles Visages.

Dengarnya, dalam persembahan tersebut Dato' Siti juga akan berkongsi kepakaran memasak beliau bersama dengan peminat bertuah. Kalau nak tahu, Datuk Siti memang suka masak & makan. Heheheh. Dan Nanie sendiri pernah tengok video Dato K mengakuinya sempena birthday Dato' Siti Januari lepas. Hehehe.



Bila ke persembahan Dato' Siti nanti, Nanie harap beliau menyanyikan lagu-lagu forever favourite beliau. Kalau yang sekarang ni, Nanie paling suka lagu dute Datuk Siti bersama Cakra Khan - Seluruh Cinta dan lagu Terbaik Bagimu. Nanie juga tak dapat bayangkan macam mana lah lunak suara Datuk Siti secara live nanti. Dalam radio dengar pun dah naik bulu roma apatah lagi kalau dengar live kan. Mesti lunak - lemak habis! 

Serious, memang Nanie tak sabar nak tunggu persembahan malam tu. Selain Dato' Siti, antara yang buat persembahan adalah Nabil & Angah Raja Lawak. Lagi pecah perut tu! Hehehee. Ohh, sebelum terlupa ni ada sedikit update mengenai table yang dijual malam tu. Mana tahu korang nak raikan Hari Ibu bersama mak korang kan.



Charity Dinner Mother's Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza

Date : Friday, 15th May 2015
Venue : Kristal Hall TM Convention
             Centre,Menara TM Bangsar
Time : 8PM - 10PM

SPECIAL PRICE ONLY NOW!!
Tier 1: RM8990/table or RM899/person
           (Normal price : RM 9990/table)
ONLY LEFT 2 TABLES
Tier 2 : RM7200/table or RM720/person
           (Normal price : RM 7990/table)
ONLY LEFT 3 TABLES
Tier 3 : RM5400/table or RM540/person
            (Normal price RM 5990/table)
ONLY LEFT 8 TABLES

**FULL TAX DEDUCTION FOR PERSONAL/COMPANY TAX)**


Kalau ada yang berminat nak beli tiket boleh hubungi :



Telefon : 
01126261656 / 0192796275
Email :
booking@omgfest.my

Tempahan onlline :
www.redtix.airasia.com

Instagram:
 @omgfest2014



Nanti Nanie update lepas event tu ye. Mesti ramai peminat Dato' Siti kan? Hehehe  :)


2 comments:

  1. Bestla dapat tengok secara live..meremang bulu roma dengar suara merdu Dato' Siti ni

    ReplyDelete
  2. Mak aih, terbeliak biji mata tengok harga dia.... O_O

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork