Thursday, June 25, 2015

Dugaan Bulan Ramadhan Agaknya!

Assalamualaikum semua

Bulan Ramadhan kali ni merupakan kali pertama Nanie berpuasa jauh dari family. Cewahhh kalau tahun-tahun sebelum ni, setiap kali puasa mesti Nanie ada kat rumah. Cuti semester panjang kan. Dari puasa sampai ke raya, tapi sekarang selepas masuk bekerjaya...oh no!!! jauh dari mak ayah. 

Gila tak terasa? Mestilah terasa. Kalau dulu, senang lenang dan senang hati je... bangun sahur ada hidangan atas meja. Setakat tolong sikit-sikitlah... panaskan lauk ke, jerang air panas ke. Tapi sekarang tidak lagi ye. Kau sendiri kena bangun pukul 4.45 pagi. Jerang air sendiri, panaskan lauk sendiri, basuh pinggan sendiri. Heheheh. Kalau kau off alarm yang dah berbunyik... sorry... memang kelaut lah sahur kau hari tu! 

Nanie balik dari kerja untuk bulan Ramadhan ni pukul 5 petang. Lepas tu berdesup dari Setapak ke Bangsar untuk masuk UM dan ambil akak Nanie. Kena speed jugaklah. Kalau lambat sikit, area Bangsar-Damansara tu memang jammed kaw-kaw punya. So biasanya dalam 5.30 Nanie dah boleh sampai UM. 


Memang betul lah, dugaan Ramadhan ni memang kuat. Kadang mulut tu laju je nak keluar perkataan-perkataan rare! Dalam kereta kadang, Nanie fed-up sensorang. Geram ketap-ketap bibir lagi. Memang perangai driver Malaysia kan. Ada sesetengah yang selfish. Nanie tak nak lah cakap orang apa, tapi kalau korang drive korang tahu lah! Time orang nak cepat nak berbuka puasa tu lah, dia bawak kereta berdondang sayang. Sambil-sambil main phone. Sambil-sambil berangan. Sampaikan jarak kereta dia dengan kereta depan boleh masuk bas 3 bijik! Woi... jalan lah depan! Nak tunggu apa? 

Tu belum lagi kes-kes pakcik teksi yang memandu secara merbahaya. Suka hati berhenti nak ambil passenger. Kadang tu, bukan tempat ambik penumpang pun kau selamba je berhenti. Yang salahnya orang yang tahan teksi. Kau tak tahu ke mana tempat tunggu teksi? Apa kau ingat sepanjang jalan boleh tahan? Haihhhh lahhh perangai manusia! Dah tahan teksi tu, haaa masuk cepat sikit. Tak payah nak flip hair kiri kanan. Hehehehe


Bulan Ramadhan ni semua orang nak pantas. Di samping nak pantas tu, memang kena banyak-banyak bersabar. Lagi-lagi hidup kat KL ni. Dia punya tahap kesabaran kena maximised habis! Kalau tak sabar, silap hari bulan boleh mengundang kecelakaan. Nauzubillah! Namun walau apapun, Nanie bersyukur sangat-sangat. At least jalan yang Nanie gunakan untuk pergi-balik kerja tak jammed. Kiranya dia macam menentang arus lah. So, jammed yang Nanie harungi takdelah terlalu jammed sampai tak gerak. 

Pada semua yang memandu, banyakkan bersabar dan sentiasalah berhati-hati. Macam Nanie cakaplah tadi, semua nak cepat. Tapi cepat-cepat kalau tak jaga keselamatan diri kita memang bahaya lah kan. Jangan terburu-buru kalau akhirnya mengundang celaka! 


p/s: Mana nak dapat ayam percik & bubur lambuk sedap-sedap ye? 


10 comments:

  1. Nanie, syukur jalan nanie gunakan untuk ulang alik kerja tak sesak sgt, kak ju dari parlimen ke selayang masyaAllah, kalau cerita kt nanie mcm2 perangai manusia yang kurang sabar, tarik nafas...nanie, kerja area setapak kan, tau bazar danau kota? Kat situ ada mcm2 gerai jual, sedap juga bagi kak ju sebab selalu terjah sana juga.

    ReplyDelete
  2. Tau bazar ramadhan Danau Kota tu depan office kita lah kak jue. Kita kat Platinum Walk depan tu je... ooo ada makanan sedap2 ye.... ok boleh terjah.

    Tu la kan... kadang bila sakit hati dengan pemandu Malaysia... kita stress beli makanan banyak2 hahahaha

    ReplyDelete
  3. akak hari hari ngadap federal highway atau nkve...tak larat nak layan jalan yang sangat congested itu...

    ReplyDelete
  4. Mieza dari LRT Asia Jaya tu drive nak balik ke Pantai Hillpark pun azab sikit kak Nanie. Area kat Vista sampai AEON Big tu, laju je mulut tapi tahan. Driver taxi dgn motorist paling banyak cari nahas memandu/menunggang macam jalan tu ayah dia punya. Sabar jelah (T_T)

    ReplyDelete
  5. Banyak dugaan berpuasa..yang penting kena banyak bersabar..kuatkan iman :)

    ReplyDelete
  6. alamak..sabar aje la..nasib la KG tak berdepan dengan jammed begini...

    Hai…Kak Gojes nak ajak korang join GA ni…manalah tau menang duit raya…
    MENANGI DUIT RAYA BERJUMLAH RM3100 SEKARANG!!!

    ReplyDelete
  7. Sedap pulakkkk tgk ayam percik tu :p Kita teringin berbuka mcd la nanie. jom..

    ReplyDelete
  8. my place, dari parking keluar nak gi kerja pun da start jem hahaha.. hadoi sabar jer la anyway Selamat Berpuasa Nannie :)

    ReplyDelete
  9. Jalan dekat depan UM tu memang sokmo lah jammed ya. Kalau lambat sikit memang sangkut lah dekat situ. Selamat berpuasa Nanie :D

    ReplyDelete
  10. Assalamualikum...

    waaa after 3 years tak datang sini(^_^)
    sihat ka?

    Wat eva pun, selamat raya ....

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork