Tuesday, June 23, 2015

Hukum Penggunaan Alkohol Dalam Alat Kosmetik & Minyak Wangi

Assalamualaikum semua

Nanie dapat soalan ni dalam komen-komen pembaca Nanie melalui entry "Review Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel" yang mana ramai bertanya kepada Nanie status Alkohol dalam produk tersebut. Nanie balik rumah dan Nanie baca satu per satu ingredient dalamnya, ye memang betul tertulis perkataan "Alkohol" sebagai bahan utama produk ini. 




Sebagai beauty blogger dan sebagai seorang Islam khususnya, adalah menjadi peranan serta tanggungjawab Nanie untuk memberi pencerahan dan penerangan mengenai perkara ini. Malahan disebabkan persoalan ini timbul, Nanie telah menjalankan sedikit kajian sendiri dan bertanya pada orang yang lebih arif.


Pertama sekali, sebagai muslim of course lah bila kita dengar perkataan Alkohol, kita terus terbayang arak, minuman yang memabukkan. Dan sudah semestinya ia adalah najis pada kita dan haram untuk menggunakan, memakai, menyentuh dan apa sahaja yang berkaitan dengan 'body touch'. Jadi jika alkohol adalah najis, sebarang alatan kosmetik yang mengandungi alkohol juga adalah haram? 

Baiklah... ini adalah jawapan yang Nanie ambil dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Nanie copy paste disini. Nanti Nanie akan summarize kan ye ...


Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
     
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
     
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
     
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum
     
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkoholuntuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dankadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
     
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Baiklah kat sini Nanie nak summarize kan. Melalui pemahaman Nanie dan setelah merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan serta beberapa kajian dan artikel terbitan beberapa sumber yang boleh dipercayai, penggunaan ALKOHOL DALAM ALAT KOSMETIK & MINYAK WANGI ADALAH TIDAK NAJIS & DIHARUSKAN PENGGUNAANNYA. Alkohol dan arak adalah dua perkara yang berbeza. 

Formula yang Nanie gunakan adalah senang : 

"TIDAK SEMUA ALKOHOL ITU ADALAH ARAK, TETAPI SEMUA ARAK ITU BERALKOHOL"

Kita selalu terbayang, dalam pembuatan alat solek mesti dorang tuang arak kan. Arak yang dorang minum sampai mabuk tu kan? Salah... sebenarnya dalam pembuatan alat solek dan minyak wangi, mereka menggunakan Alkohol yang mana alkohol boleh terhasil melalui pelbagai proses. Contohnya alkohol yang terhasil melalui proses penapaian bukan proses pembuatan arak. 


Jadi, mana-mana alkohol yang terhasil TIDAK MELALUI PROSES PEMBUATAN ARAK adalah diharuskan penggunaannya. Selain itu, penggunaan alkohol dalam kosmetik dan minyak wangi juga adalah TIDAK MEMABUKKAN sama sekali. Manakala arak yang diharamkan adalah kerana ia boleh menyebabkan mabuk dan hilang ingatan atau akal. 

Secara mudah, alat kosmetik dan minyak wangi yang mengandungi ALKOHOL adalah TIDAK NAJIS dan HARUS DIGUNAKAN oleh umat Islam. Asalkan menepati dua ciri  iaitu: 

1.    ALKOHOL TERSEBUT TIDAK MELALUI PROSES PEMBUATAN ARAK
2. PERATUSAN ALKOHOL TIDAK MEMABUKKAN / MENGHILANGKAN AKAL 

Sebab tu, Nanie suka bila pembaca blog Nanie bertanya soalan, komen semua. Sebab pada Nanie salah satu tugas atau fungsi blogger adalah menjadi medium perbincangan dan hebahan. Bila ada soalan macam ni, Nanie cepat-cepat buat rujukan, bertanya pada yang arif dan merujuk kepada artikel serta sumber yang boleh dipercayai. 

Namun sekiranya korang ada syak dan was was mengenai hal ini, Islam sentiasa menganjurkan cara terbaik iaitu dengan meninggalkan terus dari menggunakannya atau mencari inisiatif yang kukuh untuk menggantikannya. Insya Allah dalam pasaran kosmetik, ada banyak produk yang 100% bebas alkohol dan muslim-friendly. Contohnya face brush dari Breena Beauty, 100% Muslim Friendly. 

Moga-moga perkongsian Nanie dalam bab Penggunaan Alkohol dalam kosmetik dan minyak wangi ni membantu korang semua untuk lebih memahami dan mempraktis Islam dengan sempurna. Sekiranya ada pendapat atau mana-mana kekurangan yang boleh Nanie improve lagi, korang bagitau ye :) 

Wallahualam.

Sumber rujukan




17 comments:

  1. good info kak nanie, thanks :)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang membuka mata kak julia...bagus ni...kajian mendalam isu soal alkohol ramai tak tau

    ReplyDelete
  3. mmm.. good info... baru tahu.. thanks sharing

    ReplyDelete
  4. Info yang bagus ni, kalau tak Azwar pun tak tahu sangat pasal alkohol ni. xD

    ReplyDelete
  5. tengok aloevera ni teringat sorang member kat FB yg berlagak sesangat mcm dia sorang je engineer ahaks! termengumpat lak behehehe

    ReplyDelete
  6. ada certain percentage kandungan alkohol dalam sesuatu bahan yang boleh membawa kepada si pemakai tidak sah solatnya... normally perfume percentage alkohol nya sangat rendah...should be no problem.

    tetapi jika ragu ragu, elakkanlah.

    ReplyDelete
  7. Good job Nanie..suka dengan kata kata student lawyer ni..fakta :)

    ReplyDelete
  8. good info dear.. InshaAllah boleh share dgn yg lain

    ReplyDelete
  9. oh baru tau..baru je teridam nak gune SK II..xleh gune ~

    ReplyDelete
  10. Klau wine as exfoliator mcm mna ye?

    ReplyDelete
  11. alhamdulilah terima kasih atas penjelasan

    ReplyDelete
  12. alhamdulilah terima kasih atas penjelasan

    ReplyDelete
  13. Kak, kalau akak ade tahu pasal product korea yg halal boleh share tak? Tak tahu mcm mane nak pastikan yg halal. Thankss ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum sis.saya nak tny produk korea missha time revolution essence tu haram or halal sis? saya nak pastikan jgk. terima kasih

      Delete
  14. Mcm mana dgn cosmetic product yg ada fermented rice dan wine? Halal ke haram?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork