Monday, June 8, 2015

Kena Bagi Motivasi Pulak!

Assalamualaikum semua

Dekat kawasan perumahan Nanie di Johor, ada ramai sangat ibu bapa muda. Kiranya, masing-masing anak masih lagi sekolah dan kecik-kecik. Keluarga Nanie adalah antara keluarga yang takde lagi anak sekolah. Semua dah jauh-jauh. Ayah Nanie rapat dengan Ketua KRT taman tu. Jadi disebabkan tu, ketua tersebut mintak bantuan ayah, kakak dan Nanie sendiri untuk adakan satu sesi motivasi untuk anak-anak mereka yang bakal hadapi exam tahun ni. Alasannya anak-anak ayah Nanie semua berjaya ke universiti. Haih malu haih!!! 

Mulanya of course lah Nanie segan bila diminta macam tu kan. Ye lah kita ni bukan hebat mana pun. Ada je cikgu-cikgu kat kawasan tu. Tapi memandangkan ketua tu mintak sangat-sangat perkongsian dari keluarga Nanie sendiri, yang mungkin boleh bantu naikkan semangat belajar anak-anak mereka... Nanie dan keluarga bersetuju untuk adakan sesi motivasi tu. Dan ia lebih kepada aktiviti KRT untuk kawasan taman perumahan Nanie lah kiranya. 

Budak lelaki kuat main je kan.. bila belajar banyak alasan! Hehehe. 
Nanie segan gila lah sebenarnya. Kalau korang nak tahu, Nanie ada satu perangai tau... kalau bercakap di khalayak ramai ni... biar depan orang lain, orang yang kita tak kenal. Tapi kalau nak cakap depan mak, ayah atau mana-mana ahli keluarga...uiiii memang Nanie segan. Nanie malu dan rasa nak menyorok je muka. Hahahaha. 


Ayah minta semua ambil nota. Nanie dah pesan kat ayah, jangan garang sangat. Tu anak orang. Kalau ank sendiri lain! 

Lepas Maghrib tu, anak-anak jiran tetangga yang dah beri nama pada Ketua Taman mula datang rumah Nanie. Lokasi kat rumah Nanie lebih mudah. Sebab ayah Nanie kan susah nak gerak akibat strok, jadi mintak budak-budak tu datang ke rumah. Asalnya hanya 8 orang je yang beri nama untuk join sesi ni. Tapi Alhamdulillah, sampai nak dekat Isyak tu... dari 8 orang bertambah sampai dekat 15 orang. Penuh jugaklah rumah. Pandai-pandai korang lah susun duduk ye!

Khusyuk adik ni kan? Dia baru darjah 4. Tapi tekun dia dengar. 

Pendekatan untuk anak perempuan lain. Dorang lebih mudah faham, dengar dan ingat.
Tapi perlu sentiasa didorong. 

Yang datang tu memang difokuskan untuk mereka yang nak duduki peperiksaan macam SPM, PT3 dan UPSR. Tapi kalau ada yang tak exam dan nak datang pun memang dialukan sangat. Sebagai persediaan kan.

See. Dah cakap, ayah garang! Hahahaha. Nanie gelak je tengok ayah garang.
Teringat zaman kena rotan sebab malas belajar dulu! Hahaha

Disebabkan ayah Nanie tak dapat nak berdiri lama, jadi dia terpaksa bercakap sambil duduk dan kaki melunjur di atas. Memanglah kadang nampak macam tak manis kan bila ada orang, cuma bengkak kaki ayah yang tak surut tu bila lama-lama buatkan dia sakit. Tapi takpelah, nak pandai kan semua... cikgu kena duduk atas ye! Hehehe.

AYAH GARANG & STRICT

Ayah Nanie bukanlah bekas cikgu. Cuma pegawai kerajaan biasa je. Tapi, kelebihan ayah Nanie ni dia suka berkongsi ilmu dengan ayah-ayah budak-budak ni macam mana nak didik atau encourage anak-anak belajar. 

Nanie tak nafikan lah, masa Nanie dulu ayah memang agak strict dan garang bila soal pelajaran. Nanie dulu pernah je simpan report card seminggu dalam beg semata-mata exam dapat B. Time tu, trick kami adik beradik kalau exam tak dapat A, time pagi van sekolah dah nak sampai tu baru tunjuk report card dan cakap cikgu suruh pulangkan hari ni. So, nak tak nak ayah akan sign cepat dan tak bebel lama-lama! Hahaha. Tapi, balik tetap kena lah! Apasal dapat B, apasal markah tak naik, apasal itu, apasal ini. 

Dalam setiap bulan, ayah mesti bawak Nanie dan adik beradik ke kedai buku. Kalau ayah kerja out station macam ke JB atau KL, hadiah souvenir ayah takde lain. Mesti buku. So memang dari kecik, banyak sangat buku kat rumah kami. Ayah marah kalau kami beli benda bukan-bukan tapi, setiap kali kami nak beli buku ayah tak pernah marah. Tak kisahlah buku tu buku bacaan ringan atau buku ilmiah. 

Nanie harap mereka semua berjaya! 











Nanie ingat lagi, masa tu Nanie tingkatan 2. Nanie beli novel Pilot Cafe dari Ahadiat Akashah di Mahkota Parade, Melaka. Jauh kan? Sebab masa tu Nanie suka sangat baca novel Ahadiat dan kumpul novel dia. Tiba-tiba dah sampai Johor, ada beberapa muka surat yang missing. Tak bercetak. Nanie menangis. Sebab susah nak cari novel tu. Sekali beli, ada missing chapter pulak. Tanpa Nanie tahu, ayah bawak semula novel tu ke Melaka dan tukarkan yang baru. Ayah hadiahkan yang elok untuk Nanie dan belikan lagi 2-3 buah novel Ahadiat. Memang happy gila sangat tu. Sampai sekarang ada lagi semua koleksi novel Ahadiat. Dekat 20-30 buah jugaklah. Semangat ayah nak encourage anak baca buku kan! Sampai sekarang, memang Nanie rasa skill penulisan Nanie jadi bagus antaranya sebab encouragement dari ayah yang pupuk minat membaca dari kecik.

PERKONGSIAN CERITA, ILMU & MOTIVASI 

Semasa sesi motivasi mini tu, Nanie - ayah dan akak bahagikan 3 skop perkongsian. Macam ayah, ayah bercerita lebih kepada spiritual, semangat belajar dan ciri-ciri pelajar yang berjaya. Akak Nanie pulak, persediaan kepada belajar di peringkat Universiti dan Nanie, Nanie cerita dan kongsi cara belajar yang bagus dan berkesan iaitu Study Group.

Hahaha. Nanie dah rasa sendiri masa STPM, study group memang banyak sangat membantu. Ya Allah, seronoknya study group bila kita dapat partner yang bijak, membantu dan bersemangat sama macam kita. So, Nanie bercerita lah pasal study group, pasal suasana belajar di universiti dan banyak lagi.

Bermula dalam pkul 8.30 malam macam tu, dan sesi tamat lebih kurang 10.30 malam. Lepas habis tu, ada jamuan makan-makan sikit. Suka lah budak-budak ni. Makan, sambil tu ayah suruh bukak cerita kat HBO. Tudiaaaa, sampai pukul 11 lebih kat rumah Nanie. Nasib baik hari tak sekolah.

Secara overall, Nanie tengok ada potensi-potensi dalam diri budak-budak ni. Cuma ye lah, kadang macam kita masa kecik. Leka, demotivated sikit dan mungkin kurang encouragement. Nanie jugak cadangkan pada ketua taman yang anjurkan program ni supaya kita buat susulan motivasi mini untuk ibu bapa pula. Nanie rasa, suasana belajar perlu dipupuk bermula dari rumah dan dari ibu bapa. Dalam keadaan ekonomi hari ni, ibu bapa perlu bijak untuk balancekan perbelanjaan untuk anak-anak belajar. Ada banyak cara sebenarnya.

Walau apa pun, Nanie rasa perkongsian macam ni buatkan Nanie seronok. Selain boleh share pengalaman dan ilmu dengan adik-adik yang baru nak hidup ni, Nanie jugak dapatlah sumbangan sesuatu buat komuniti dan masyarakat setempat kan. Ayah pesan kat Nanie dan akak, kalau ada diantara mereka ini yang besarnya berjaya, masuk universiti...kita bukan sekadar tumpang gembira, tapi tumpang share pahala!

Insya Allah :)




1 comment:

  1. Alhamdulillah..bagusnya berkongsi pengalaman tu. Moga dapat memotivasi mereka yang ingin berjaya :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork