Saturday, June 20, 2015

Majlis Perkahwinan Blogger Terkenal Dr. Fatin Liyana & Dr.Anwar Fazal


Assalamualaikum semua

Ni kalau lah... kalau korang rajin belek-belek Blog Coklateyes ni ada entry 2-3 tahun lepas pasal MSMW 2012. Kat dalam entry tu menjadi titik permulaan macam mana Nanie jumpa pertama kalinya dengan Fatin Liyana. Since that, Nanie memang takde lagi peluang jumpa dia. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri cuma sekali sekala ada lah bertegur sapa dan berbalas komen di FB. 

Walaupun macam tu, tapi sentiasalah kami tahu perkembangan masing-masing. Nanie makin kembang ke, dia makin kuncup ke. And yes, dia tetap menjadi blogger nombor 1 pilihan Nanie atas beberapa sebab musabab yang Nanie rasa kalau Nanie cerita, for sure semua yang kenal FL ni akan bersetuju. Basically because of her attitude and her humbleness. Alhamdulillah, FL memang seorang yang sopan, baik, bijak, cantik dan segalanya lah! :)


Sebelum Ramadhan lepas, Alhamdulillah FL dah tamatkan zaman bujangnya. Syukur sangat, jodohnya juga di kalangan orang baik-baik. Walaupun Nanie tak kenal Dr. Anwar Fazal secara personal, tapi Nanie yakin he is the one. Since FL pun baik orangnya...kan Allah dah janji, orang yang baik akan berpasangan dengan orang yang baik-baik juga.


Majlis berlangsung di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya. Nanie ajak kawan Nanie, si Faiz temankan. Nasib baik dia tak busy hari tu. Selalu, nak kena book dulu baru ada masa. Memang hari tu dah target nak lepak lama-lama sikit kat majlis FL. Dalam hati, doa-doa dapat jumpa rakan blogger yang lain supaya tak lah kekok sangat. Disebabkan Nanie sampai agak awal, Alhamdulillah dapat duduk meja depan. Tak jauh dari meja makan beradab pengantin, juga pelamin.

merasa jugak Nasi Minyak Fatin Liyana :) 


Tak lama sampai, sorang kawan baik Nanie masa di UM dulu, Yaya datang ke meja. Dulu masa Nanie ke MSMW dengan si Yaya ni jugak lah. Dari situ lah Yaya dan Nanie kenal FL ni. Alhamdulillah sangat, hubungan masih kekal sama. Yaya pun dah jadi isteri orang bulan Disember lepas. Dah jumpa geng, apa lagi. Duduk semeja lah kami. Habis semua cerita keluar. Lama kot tak borak & lepak dengan si Yaya ni. Sama kepochi jugak kami ni.

With mommy-to-be, Yaya. 


Sekitar jam 12.45pm macam tu, arakan pengantin masuk ke dewan dengan alunan selawat dari Hafiz Hamidun yang juga teman kepada Dr. Anwar Fazal. Masa tu, Nanie memang tak kelip-kelip pandang si FL. Allahuakbar, cantik sangat lah awak Aten. Dress moden warna teal grey penuh dengan kerlipan beads menyarung tubuh FL dengan sangat cantik, elegan dan mempesona. Suaminya pula memakai coat kelabu dan memang nampak gaya pasangan doktor dua-dua ni. Kata orang memang sama cantik, sama padan.



Bagai pinang di belah dua.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Dr. Anwar sendiri. Memang merdu dan Nanie rasa, ini adalah majlis pertama yang Nanie lihat sebegini. Penuh syahdu. Dari jauh, Nanie tengok FL memerhati suaminya. Nampak riak syukur kerana diberikan seorang imam yang cukup serba serbi, ilmu dan peribadi. 



Selesai majlis makan beradab, cake cutting semua... yeay... masa yang ditunggu-tunggu. Apa lagi kalau bukan ambil gambar dengan pengantin. Walaupun kena que dalam 10-15 minit macam tu, tapi disebabkan ada kawan-kawan tak lah rasa sangat lamanya. Memang ramai yang nak ambil gambar dengan pengantin. Masing-masing tak lepas peluang kan. Sambil-sambil que tu... tak sangka jumpa abang Jamar Bahar & Dayyan Harith yang comel macam Aaron Aziz. Apa lagi, selfie dulu! :)


Dapat peluang naik pelamin, Allah... tak sangka si FL ni masih macam dulu. Masih kepochi sama je dia. Habis pelok cium semua atas pelamin. Memang lama kan tak jumpa. Sempat lagi dia kata... "Hey Nanie... aku stalk blog kau hari-hari!" hahahahaha.... dah tak peduli dah yang dia bini orang sekarang.





Dalam kesuntukan masa dan kegembiraan tu, kami sempat-sempatkanlah selfie wajib atas pelamin. Alahai comel naw semua time tu. Tak kisahlah muka Nanie paling besar sekali ke hape, yang penting semua happy! 


Alhamdulillah, setinggi - tinggi syukur dan tahniah Nanie ucapkan pada Dr. Fatin Liyana dan Dr. Anwar Fazal. Melihat pada majlis mereka yang serba serbi humble tapi tetap meriah membuatkan Nanie rasa teramat gembira. Ye lah, kalau melihat pada kedudukan dan jawatan mereka, tak de masalah kalau nak buat majlis gila grand punya. Tapi apa yang mereka tonjolkan adalah kesederhanaan. Paling penting sekali dalam membina rumah tangga bukannya majlis yang bernilai juta-juta mahupun ratusan ribu, tapi cukuplah dengan kiriman doa dan restu dari semua pihak agar keduanya dilimpahkan barakah sampai ke syurga kan? 

Sekali lagi sekalung tahniah buat Dr. Fatin Liyana dan Dr. Anwar Fazal. Mudah-mudahan jodoh berpanjangan, dapat khalifah comel banyak-banyak dan moga menjadi pasangan suami isteri yang diberkati Allah sentiasa. Selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri. :) 



Lepas majlis di Putrajaya, Nanie dan Faiz ke IOI Mall, Putrajaya. Melantak chocolate souffle di Franco. Sambil-sambil membincangkan hal ehwal semasa dan masa depan. Hehehe.






Oh ye, terima kasih Faiz ye atas kesudian menjadi peneman! 




7 comments:

  1. Tahniah FL dan pasangan..seronoknya dapat attend wedding kengkawan kan. Bestnya kalau Nanie dapat attend wedding Fiza dulu, leh jumpa..hihi

    ReplyDelete
  2. Memang cantik kan FL ni.. pasangan sama cantik sama padan.. sejuk je mata memandang..

    ReplyDelete
  3. She is very humble person.
    hope dapat jumpa nanie juga one day (^_^)

    ReplyDelete
  4. syok kan tengok pasangan ni..majlis yg simple tapi terasa aura bila berada dalam situasi tu..rasa cam nak naik pelamin lagi je..eh?

    hahaha

    ReplyDelete
  5. mjlis yg simple tpi pnuh barakah..
    sib baik ayyan xpndai bca blog lgi.. kalo xmsti die prsan mcm aaron aziz tu.. hehe..

    P/S: amboi komen JMR tu.. huhu..

    ReplyDelete
  6. tahniah fatin liyana..seronok dapat attend wedding blogger ni

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork