Friday, June 12, 2015

Review Movie : Jurassic World Buat Penonton Tahan Nafas, Cemas!

Assalamualaikum semua

Nanie memang dah target movie ni since Nanie tahu ia akan dilancarkan 2015. Memang favourite and targeted movie Nanie. Dari zaman kecik, memang Jurassic Park menjadi antara movie kegemaran Nanie. Dan malam tadi, walaupun penat bekerja...gigih tengok movie Jurassic World pukul 11.55 malam ye. Nak kejar, first day launch punya pasal kan. 

Melihat kepada review dari Rawlins Glam yang beri rating 4.9/5.0 membuatkan keterujaan Nanie lagi bertambah. Nasihat Rawlins jangan tengok movie ni kalau ada kanak-kanak ramai. Takut hilang fokus. Dan sebab tu lah Nanie ambil pukul 11.55 malam. 


Berbalik pada review movie Jurassic World ni. Keseluruhan movie ni, memang buatkan Nanie rasa teruja, eksaited, sampaikan ada beberapa babak yang Nanie tekup mulut tahan nafas konon-konon tak nak bagi dinosour dengar nafas Nanie. 

Seriously memang best!!! Jurassic World merupakan antara movie yang terbaik di tahun 2015 ni pada Nanie. Garapan cerita dia best, CGI dia tak nampak tipu sangat. Masih relevan dan yang best, ada babak-babak yang mengimbas kembali babak-babak dari Jurassic Park sebelum-sebelum ni. 


Dalam movie Jurassic World ni, menceritakan bagaimana satu spesies dinosour baru ciptaan para saintis akhirnya memakan diri mereka sendiri. Pada mulanya, dinosour yang diberi nama Indominous Rex itu dicipta sebagai tarikan pelancong ke Taman Tema Jurassic Park yang berwajah baru tu. Tapi akhirnya, spesies ciptaan ini lebih bijak untuk melepaskan diri, lebih bijak menyamar dari persekitarannya dan lebih susah untuk dikawal dan dijangka. 


Hasil kecelaruan pengubahan genetik Indominous Rex itu mengundang malang bila ia bijak mengumpan manusia untuk melepaskannya. Sama lah macam binatang-binatang lain, akibat terlalu lama dikurung, diseksa secara psikologi menyebabkan dinosour ini memusuhi manusia dan menganggap semua dihadapannya adalah mangsa! 


Jadi macam mana nak kawal semula Indominous Rex yang besarnya sahaja lebih 50 kaki? Giginya sahaja ada 88 batang. Berkeupayaan untuk mengubah warna badannya kepada persekitarannya, mampu mengesan haba badan manusia dan paling kejam, ia terlepas dari kawasannya dan menuju ke theme park yang sedang beroperasi dan ada 20 ribu pengunjung! 


Walaupun Nanie amik movie lewat malam, tapi sepanjang movie... takde satu minit pun Nanie rasa boring, terlelap atau ngantuk. Scene-scene kejutan yang diberikan cukup best. Malahan, ia menjadikan kita seolah-olah sebahagian dari pemburuan itu. Cukup berbaloi untuk ditonton! 

Daripada apa yang Nanie tonton, senang je mesej yang nak disampaikan. Jangan sesekali mengubah sifat semulajadi dan fitrah alam sesuatu hidupan. Manusia yang tamak mengejar keuntungan dan kekayaan sehingga sanggup melakukan apa sahaja yang dilarang, akhirnya membinasakan! 

Rate Jurassic World : 5 Bintang! 

Kalau ada kelapangan, korang pergilah tengok jugak! Kalau korang tak pernah tengok Jurassic Park yang sebelum-sebelum ni pun takpe. Cuma ada babak-babak yang kalau kroang tengok sebelum ni, korang tau lah tu untuk apa! :) 



13 comments:

  1. nampak menarik cerita ni, jurrasic park pernah layan yang ini belum lagi... he he he...

    ReplyDelete
  2. tengok traile je pun dh best giler..konfem nak kena gi tengok nih

    ReplyDelete
  3. wahhh nak tgk...nak tgk... xpernah miss citer jurassic park.. mmg duk tggu yg terbaru!!

    ReplyDelete
  4. Yeay!
    Nani bagi 5*.... I Like You la Nani!

    ReplyDelete
  5. Kita x tengok lagi....Tak sabar nak tgk dengan anak2....

    ReplyDelete
  6. nani pon bagi 5bintang..kena pergi tengok nih..kejam giler kot..boleh ubah warna badan..boleh kesan haba badan manusia lagi..takleh bayanglah cmne dorang settle kan indominous Rex nih..

    ReplyDelete
  7. Nanie, akak dh tggu dari mula2 kuar trailer.... dh bace review nanie nih, lagi laaaa tak sabar......

    ReplyDelete
  8. tak sabar malam nie nak menjerit puas-puas dalam wayang wakaka.. tp kita tgk around 9.30 pm macam tu. confirm ramai budak dalam hall wakaka

    ReplyDelete
  9. Kita pon da tengok.. husband beli tiket pkl 9 pnya.. igt nak tido dlm wayang sebab sblm tu ngantok sgt. hahahaha skali tak tertido pon, jalan cerita terbaik la.. nampak sangat ketamakkan manusia2 ni terhadap dunia.. hihi.. singgah blog saya nanie!

    http://hmy-pages.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Belum berkesempatan lagi nak tengok, nampak best je :)

    ReplyDelete
  11. Dah tengok...mcam x patut je zara tu mati,yang paling kesian..patut yang buncit jahat tu kena mcam tu

    ReplyDelete
  12. MACAM BEST GILER JER... NK TENGOK JUGAK...

    ReplyDelete
  13. Kita tak tengok lagi la citer ni..nak kena tengok jugak ni sebab macam menarik je kan

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork