Sunday, July 19, 2015

Adab-Adab Beraya Di Rumah Orang

Assalamualaikum semua 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin! 



Ikhlas, 
Innanie Ariffin 
Blog Coklateyes 

•••••••••••••

Disebalik gembira sambut Syawal ni, of courselah memang rumah Nanie antara yang berduyun-duyun orang datang. Dari raya pertama bermula jam 10 pagi sampaikan hari ni raya ketiga, paling last tetamu pulang jam 1 pagi. Dan memang non-stop datang group by group sekali datang sampai 5-7 buah kereta. 

Alhamdulillah, syukur sangat dengan kehadiran semua tetamu yang datang menziarah ayah dan keluarga Nanie. Secara tak langsung dapat mengeratkan sillaturahmi kan? 

Namun, ada beberapa penekanan yang Nanie yakin bukan Nanie sorang je yang nak luahkan, tapi ada ramai yang nak bercerita perihal adab-adab beraya. Ini bukan bercerita yang tak elok, tapi sekadar ingatan dan pesanan sesama kita agar Aidilfitri ni takde yang sakit hati mahupun terasa hati. 

ADAB-ADAB BERAYA 

1. Bila datang rumah orang, dalam group yang ramai, jangan terus menyerang kuih raya orang. Sabar. Duduk dulu, bertanya khabar dulu, bagi tuan rumah jemput makan kuih muih barulah mula makan. 

2. Sekiranya kita ada anak kecil, yang masih tak tahu makan sendiri, emak-emak tu janganlah asyik syok tengok tv sahaja. Dijaga anak tu. Orang dah hias rumah cantik-cantik. Memang adat budak kecik tak reti diam, tapi anak-anak perlu dikawal. Janganlah biarkan anak melonjak-lonjak atas sofa orang. Kan tak molek gitu. Biarpun budak kecik. 

3. Inikan beraya, agak-agak dah nampak ada tetamu lain yang sampai, awak yang dah sudah tu paham-paham bahasalah gerak. Makan dah sudah, minum dah sudah, bagilah ruang orang lain pulak nak beraya. Serba salah tuan rumah. Nak suruh gerak macam mana, nak dihalau rasa biadap pulak. Agak-agak dah 1-2 jam beransur lah gerak. 

4. Macam adat keluarga Nanie, kalau orang beraya memang kita sediakan makanan. Tak banyak sikit, memang ada. Kadang goreng mee, kadang makan nasi putih, ikutlah rezeki hari tu. Tuan rumah dah sedia makanan, sekali lagi yang anak kecik, disuap anak tu. Jangan dibiar anak makan berterabur macam kat rumah sendiri. Inikan raya, kesian tuan rumah nak menyental dan mengemas nanti. Peranan mak ayah kena dilakukan. 

5. Dah makan kan tadi? Apalah salah bawak pinggan masing-masing ke sinki. Ringankan tangan sikit cuci pinggan. Bukan suruh cuci periuk dan kuali pun. At least, tuan rumah rasa senang sikit hati bila sinki tak menimbun dengan pinggan kotor. 

6. Beraya ni mulut pun kena dijaga. Gurau-gurau juga tapi ada patut-patutnya. Jangan pukul rata semua sama. Lagi-lagi kalau anak muda dengan orang tua.

7. Kalau ada orang tua, orang sakit mahupun anak yatim, janganlah lokek. Cuba jadikan Syawal ini bulan memberi. Jadikan hari raya bulan untuk kita bersedekah. Campak-campaklah barang 5-10 ringgit pada mereka. Bukan apa, kita mahukan doa dan restu mereka. Doa kita belum tentu makbul. Doa orang - oramg ini yang kita perlukan. Jangan balik tu terima kasih ajeeeee.... 

8. Sebelum pergi beraya tu, apalah salah korang pergi sarapan dulu ke, makan tengahari dulu ke, jangan mengharapkan tuan rumah sediakan makanan. Jangan masuk-masuk je rumah anak-anak merengek kelaparan. Orang tua boleh lah tahan, budak? Bukannya orang lain juga yang makan, kaum keluarga kau jugak. Tu yang jadi kes, bila sediakan makanan macam orang kebuluran. Sebab apa? Sebab memang pergi beraya dan harap ada rumah yang sediakan makanan. 

9. Jangan pulak time kita pergi beraya tu kita jadikan peluang untuk jual produk, MLM mahupun sebarang tok-nenek skim. Sakitnya hati kena "paksa-dengar" penerangan. Nak beraya-raya jelah. Jangan sibuk-sibuk nak jual MLM. Orang tak suka lah! 

10. Haaa kalau raya pertama tu dah mula beraya rumah orang, bawak-bawaklah buah tangan. Tak kan raya satu hari tak masak? Tak kan raya satu hari tak buat apa-apa juadah? Tak perlu banyak, tapi sebagai ingatan, apalah salah kan... Tak mintak, tapi bahasa tu cantiknya bila Syawal ni kita tahu memberi dan bersedekah. 

11. Yang makan kuih pulak, beragaklah. Balang tu bukan awak punya sorang. Ye tahu kuih sedap, makan sebiji dua cukuplah. Haihh mentang-mentang sedap, dia pulun sorang! Abis orang belakang nak makan apa? Tuan rumah pun kuih  bukan banyak sangat! Beringat... 

12. Sekali lagi yang ada anak kecik, jangan dibiar makan kuih sedirian. Habis kuih dihancur-hancurkan, tak dimakan tapi penuh hancur satu karpet. Tak ke menyirap tuan rumah nak vacuumkan semua. Lagi kalau coklat ke apa ke.. Menangis kau! 

13. Yang pakai handphone mahal pulak, janganlah asyik mintak password orang. Maaflah, rumah orang bukan mcdonald mahupun perpustakaan awam. Harap pahamlah, orang tak suka share wifi! 


Pesanan ni takde tuju pada siapa. Sekadar ingat mengingatkan. Bukan apa, kadang disebabkan tiada adab ni yang buatkan oran terasa hati. Syawal memang bulan untuk kemaafan. Moga-moga kita jadi lebih baik dari hari ni, dan mudah-mudahan ingatan ini untuk diri Nanie sendiri. 






12 comments:

  1. lebarnya senyum :) hmmmmm . selamat hari raya kak innanie . shahril singgah kejap . sbb nk ucap selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin . minal aidil wal faizin

    ReplyDelete
  2. wah wah.. yang nak promote MLM tu tak leh blah... hehehe..

    ReplyDelete
  3. Hahaha..ade gak mlm..memg lari la.

    ReplyDelete
  4. Haha...ada lak yg sblm dtg siap mengorder bagai dtg beraya x nk mkn kuih nk mkn nasi je...ni lg x boleh blaaa...klau tuan umah tu warga emas x ke jd serba salah...dr iklas nk sambut tetamu terus jd lain...mkn aje apa yg terhidang bkn kah kamu dtg sbgai tetamu?

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya aidilfitri kak nanie :) semoga aidilfitri kali ni membawa seribu makna kepada kak nanie sekeluarga :))

    ReplyDelete
  6. adooiii.. yg mintak password internet tuan rumah pun ada ke??

    boleh bagi, tapi tolak duit raya lahhh :--)))

    ReplyDelete
  7. Hahahaha. Betul tu Nanie . yang mintak wifi tu kemain diorang.

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Innanie. Beraya pun ada adab jugak kita ni. Masyarakat melayu penuh dengan budaya ketimuran :)

    ReplyDelete
  9. pentingnya menjaga adab beraya ni..kena beringat!

    ReplyDelete
  10. Hai nanie selamat hari raya.
    kita pun ada nak buat entry adab2 pegi rumah orang.
    kalau amek sikit2 isi dari entry awak ni boleh kan?
    mintak izin.. hihi selamat hari raye.. ;'p

    http://hmy-pages.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Setuju sangat t'utama yg ada nak kecil tu. Tahu la budak kecil tp mak/bapa budak tu kena la pandai jaga. Kdg ada yg buang pampers merata. Bkn nak buang ke dlm tong sampah. Huhu. Lps tu ada juga orang tua yg x jaga mulut. Org tua pun kena la jaga tutur kata agar org muda x sakit hati. Selamat Hari Raya, Nanie. ;)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork