Tuesday, July 28, 2015

"Anak Ketiga" Dr.Fatin Liyana & Dr.Anwar Fazal

Assalamualaikum semua

Nanie suka baca dan beli buku. Semalam perasan yang Fatin Liyana update blog dia pasal 365. Nanie yang pembaca setia ni terus je bergegas *punyalah laju* ke blog Honeykoyuki tu (KLIK SINI). Ewah-ewah makin cemburu kita tengok pasangan Dr.AFL ni. Ye lah, dah lah sama cantik sama padan dua-dua doktor ni kan, part paling best dua-dua berkongsi minat yang sama iaitu menulis & membaca. So sweet ah awak Aten!


Disebabkan dua-dua suka menulis, maka pasangan doktor ni menghasilkan "anak" ketiga mereka iaitu 365 selepas kejayaan Diagnosis & Diagnosis2. Buku-buku tulisan para doktor ni lain macam syok dia. Korang kalau baca macam boleh makin dekat dengan Sang Pencipta. Sebab apa? Sebab tugas mereka sebenarnya lebih banyak deal dengan kerohanian dan kebesaran tuhan.


Kalau di Indonesia, Diana Rikasari famous dengan buku pink #88 Love& Life, kini giliran anak Malaysia pula untuk terbit dengan 365 by Dr.Anwar Fazal. Yang 365 ini Nanie yakin dan Nanie percaya lebih membawa kita kepada pengisian yang lebih berharga dalam menghargai setiap saat dan detik kehidupan untuk mencari redha Allah.


Lepas je baca entry kat blog FL, Nanie terus beli buku 365 ni. Nanie memang suka dengan setiap sentuhan dan buah fikiran Dr.Anwar Fazal. Since dari tumblr lagi Nanie memang respect beliau untuk setiap ingatan, pesanan dan nasihat beliau. Apatah lagi bila menghadiri Majlis Resepsi mereka sebulan dua yang lepas (KLIK SINI) lagilah Nanie tambah-tambah salute pasangan ni. 


Nanie yakin penulisan yang menyentuh hati sebegini sebenarnya menjadi "dakwah halus" untuk anak muda zaman sekarang. Berkonsepkan tarbiah dan masih lagi kekal *hipster*, sedikit sebanyak dapat menarik minat muda mudi untuk membaca, beringat dan menjadi lebih baik hari demi hari. Sebab tu dinamakan tajuknya 365 supaya saban hari kita mampu berubah untuk menjadi insan terbaik. 

Nanie memang tak sabar nak tunggu buku 365 ni. So far, buku ni tak lagi dijual di mana-mana kedai buku. Hanya dijual melalui website. Kalau korang nak beli, boleh dapatkan di sini : 

Get your 365 now at www.whitecoat.com.my
(Only available online at the moment)
Price : rm30

Insya Allah, tak pernah rugi kalau membeli sebuah buku. Ilmu dalamnya tu... priceless! 

Last but not least, Tahniah Dr. Anwar Fazal atas kelahiran buku 365 ini. Moga setiap satu huruf itu punya dakwahnya yang tersendiri.



9 comments:

  1. Nani pun dah ordder tak sabar nak tunggu parcel sampai :D

    ReplyDelete
  2. Sepadan dan sama berbahagia..Tahniah

    ReplyDelete
  3. saya pon plan nak beli buku nih.. menarik nampak..:)

    ReplyDelete
  4. sweetnya diaorang ade minat yang sama..

    ReplyDelete
  5. Buku #88 dah ada..nak jugaklah dapat 365 ni :)

    ReplyDelete
  6. Alaaaaa #88 x sempat beli. Lepas nanie suggest diagnosis.kak rara trus g beli.mmg best. 2 2 terus beli.ok next nak beli buku ni pulak.walaupun diagnosis x habis baca lg.hehe

    ReplyDelete
  7. Saya pun dah baca buku ni.. Memang best and x rigu langsung habis duit ..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork