Monday, July 27, 2015

Merancang Beli Rumah Sendiri

Assalamualaikum semua

Bila bersembang ramai-ramai dengan sepupu sepapat yang muda-muda mahupun kawan-kawan masa beraya, salah satu hot topic yang menjadi bualan adalah berkaitan "RUMAH". Ye lah zaman sekarang ni, payah betul budak muda nak beli rumah dan kumpul harta. Nak beli kereta sebijik pun terpisat-pisat membayar bulanannya. Dengan nak menyimpan untuk masa depan lagi, nak senangkan mak ayah lagi. Pucuk pangkalnya, kalau gaji tak cecah enam tujuh ribu, agak perit lah kau nak survive seorang diri di Kuala Lumpur tu kan. 

TARGET LANDED HOUSE
Target Nanie nak yang landed house and kalau boleh biarlah dekat dan mudah nak jenguk mak ayah. Jadi waktu raya hari tu Nanie saje jalan-jalan dengan Akim sekitar bandar Kluang dan kawasan yang berhampiran dengan rumah Nanie. Nak tengok-tengok taman-taman baru dan design rumah-rumah yang ada. 

Antara rumah yang menarik minat Nanie & Akim. Single storey, landed house, design cantik, security pun ada! 

Mana yang pernah sampai Kluang, kalau tahu area kawasan hospital Kluang tu ada satu kawasan perumahan baru. Kawasan tu sebelum ni memang tanah kelapa sawit, tapi sejak 5 tahun kebelakangan ni dah dibangunkan jadi kawasan perumahan. 

Salah sorang cousin Nanie ada beli rumah kat area situ. Not bad jugak harganya sekitar RM 420k. Murah bila dibandingkan dengan dapat tanah, dapat kawasan yang luas dan design rumah yang cantik. Cousin Nanie kerja kat KL, tapi beli rumah kat Kluang. Supaya senang dia balik sini jenguk keluarga. 

Ni kalau kat KL ni, takde nak dapat harga segitu dengan landed housenya lagi. Sepupu Akim ada beli rumah kat area Nilai pun dah jejak RM 600-700k. Bayangkan kalau area KL. Memang menangis tepi bucu katil je lah pecah tabung ayam. Cemburu jugak dengan kawan-kawan yang kerja di Kluang dan dah beli rumah di umur muda. Kita ni kerja di KL, duit habis macam tu je. 

Nanie ada baca tips dari beberapa sifu hartanah berkaitan pembelian rumah di usia muda ni. Katanya, first property kita biarlah rumah second hand dan berada di kawasan hot spot. Jadikan ia modal untuk pelaburan akan datang. Sewakan pada orang. Selepas 5 tahun, harga dah tinggi baru let go dan boleh beli rumah yang baru. Time tu pun mesti gaji kita dah naik dan stabil. Tu serba sedikit yang Nanie ingat lah. 

Gaji graduan hari ni. Tak seberapa kan? 
PERANCANGAN KEWANGAN & FAKTOR USIA
Sebenarnya perancangan usia dan kewangan kita kena bijak. Nanie cemburu dengan zaman mak-mak ayah kita dulu. Umur 20-an, boleh kahwin, boleh beli rumah, boleh beli kereta, boleh sara anak-anak. Zaman sekarang, macam kena fikir mana satu lebih penting. Tak boleh nak buat semua serentak. Mungkin zaman tu, mata wang tengah stabil kan. Lepas fikir-fikir, Nanie & Akim rasa the best decision is, kerja di KL tapi beli rumah di Kluang. Menepati matlamat untuk dapat landed house dan mudah nak balik kampung.

Nanie pulak jenis rajin bertanya dan berbual. Selalu jugak Nanie tanya pada ayah dan orang-orang yang dah ada pengalaman beli aset atau rumah ni. Pengalaman mereka yang banyak memberi manfaat dan tunjuk ajar pada Nanie in terms of procedure, savings, monthly payment, loan dan banyak lagi.

RUMAH LELONG
Bila Nanie share di FB berkaitan beli rumah ni, ada sorang kawan Nanie masa di Law Fac dulu cadangkan kalau nak beli rumah di KL dan dengan harga yang reasonable adalah dengan membeli rumah lelong. Nanie pun tak terfikir sebelum ni... ye lah mesti banyak rumah yang bank lelong sekitar KL ni. Namun, risikonya tetap ada. Menurut Ello, yang juga seorang peguam... kalau nak beli rumah lelong ni kena banyak buat research agar tak mudah tertipu. Apatah lagi dalam urusan tukar milik nama, kaveat, pembayaran dan urusan perbankan. Semua tu nak kena tahu. Jangan beli buta-buta je. Insya Allah nanti Nanie buat research on this matter. Tanya mereka yang lebih arif dalam soal hartanah ni. 


NIAT ADA RUMAH SENDIRI 
Takpe, sepatah pesanan ayah Nanie...mulakan tanam niat nak beli rumah dari sekarang. Nampak rumah orang cantik-cantik, takpe niat dalam hati nak dapat rumah sebijik. Nak beli rumah cantik. Allah tu kan Maha Mendengar. Yakin pada law of attraction. Kita niat hari ni, tak semestinya hari ni dapat. Esok, lusa kalau ditambah dengan usaha mesti apa yang kita impikan kita akan dapatkan! Insya Allah!

Pada anak muda yang lebih kurang usia Nanie, kita sama-sama buktikan yang kita juga bijak dalam kewangan. Walaupun zaman ekonomi meruncing sekarang, jangan bimbang. Perancangan kewangan yang bijak dan semangat serta usaha yang berterusan pasti akan memberikan kejayaan! :) 

Moga-moga urusan dipermudahkan! 



12 comments:

  1. Sekarang sewa rumah pun mahal elok kumpul duit beli rumah sendiri :)

    ReplyDelete
  2. ye, memang nak sgt rumah sendiri, tah bila dapat, sadisnyer, ahhahaa~

    ReplyDelete
  3. salam singgah jengah innanie...
    Waaa bagusnya dah plan beli rumah...

    ReplyDelete
  4. Bagus nanie, salah satu pelaburan aset tetap yang tak rugi di salurkan dengan membeli sebuah rumah, mana tahu lepas satu jejak langkah ini nanie boleh generate another house utk disewakan...dari situ nanie boleh dpt income juga :)

    ReplyDelete
  5. Rumah pertama kecil pun tak pe. Lagipun banyak rumah yg dbkl buat dan yang terbaru offer dr bsn 100% loan + mrtt/meta. Tp x check lg dgn bsn. Bolehla tnya bsn klau ada rumah yang dah berkenan

    ReplyDelete
  6. masih menyewa lagi.. umo nak masuk 30 sudah :(
    tapi still berangan nak ada rumah 3-4 biji untuk disewakan. buat aset dah tua2 nanti katanya.. hehehe
    doakan smg termakbul 1 hari nanti :)

    ReplyDelete
  7. Mira belum kerja lagi tapi berangan angan nak beli rumah. Even mira tinggal dekat luar bandar pun rumah mak aih mahalnya, tak tahulah bila tahun mampu nak beli rumah nanti

    ReplyDelete
  8. nak cari rumah memang kene survey betul-betul..takut kene tipu

    ReplyDelete
  9. teringin juga rumah single storey dan tanah luas tu..tapi kalau ada tanah sendiri dapat design rumah sendiri mesti lagi home sweet home gitu..moga ada rezeki kita..yang penting impian tu kena ada :)

    ReplyDelete
  10. Aminnnn.kak rara doakan semuanya dipermudahkan ye.kak rara dh dpt.now pk cara nk cr duit lebih nk byr rumah.hehehe.

    ReplyDelete
  11. Kne tekad kuat smgt nak beli rumah tu dear hihi. Alhamdulillah, sy sudah. skrg tgah ikat perut smntara proses nk sewakan rmh hihi. jgn takut, Allah ada :D

    ReplyDelete
  12. Tips beli umah 2nd hand kat kawasan hot spot - suka tips ni 😊

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork