Sunday, August 30, 2015

Althea Korea Blogging Challenge : I am The Beauty Ambassador

Assalamualaikum & Hello semua!


Perempuan memang suka shopping! Lagi pulak kalau shopping melibatkan barangan kecantikan seperti makeup & skincare. Tapi, kekangan harga selalu menjadi masalah utama wanita Malaysia untuk berbelanja kepada kecantikan. Mungkin ada sesetengah daripada kita sanggup berhabis ratusan ringgit sebulan hanya untuk membeli barangan kecantikan, dan ada pula yang tidak sanggup dan hadkan perbelanjaan tersebut. Namun kenapa perlu letakkan had kalau kita boleh beli sesuatu yang original, berkualiti tinggi dan dengan harga yang berpatutan??? See, Nanie tahu semua pembaca Blog Coklateyes nak tahu kan macam mana caranya? Mudah.... hanya di Althea!!!

Ok, malam ni Nanie nak jadi Beauty Ambassador untuk Althea. Nanie nak share dengan korang, KENAPA ALTHEA JADI PILIHAN NO.1 Nanie bila nak shopping makeup & skincare! 


Apa tu???


Althea merupakan satu website shopping bagi peminat barangan kecantikan terus daripada Korea. Sapa yang tak tahu, Korea kan memang famous dengan pelbagai barangan kecantikan yang berkualiti tinggi. Di bawah satu label Althea, beribu-ribu barangan kecantikan Korea disediakan kepada para pelanggan. Sebut sahaja brand-brand terkemuka Korea seperti Laneige, Innisfree, Sulwhasoo, IOPE dan banyak lagi semuanya ada di Althea.


Dengan membawa nama Althea, yang juga merupakan bunga kebangsaan Korea, Althea sendiri merupakan simbol kepada kecantikan, ketulenan dan keunikan yang cuba dipersembahkan oleh Althea Korea. Pengalaman membeli belah yang tiada tandingan, pilihan yang tulen, menarik dan semestinya dengan harga dan servis yang terbaik!

Setiap pembelian dari Althea semestinya memberikan kegembiraan. Althea akan berikan satu kotak pink yang sangat comel dan penuh dengan barangan kecantikan yang kita beli. Fuh masa tu memang gembira lompat sampai bintang lah kan?

Surprise box yang akan anda dapat dari Althea

Pengalaman Shopping @ Althea




Nanie nampak ramai Butterfly Members yang dah shopping di Althea. Wah-wah bukan main lagi masing-masing mempamer keseronokan bershopping. Semua orang macam tak percaya yang Althea menawarkan harga yang murah, berbaloi dan servis yang baik. Ramai yang kata, order hari ni, tak sampai dua tiga minggu barang dah muncul depan rumah. Walaupun nun jauh beribu batu asalnya, iaitu Korea.

Sebagai beauty blogger Nanie tak mudah percaya dengan feedback orang lain. Mesti kena try dulu, ada pengalaman baru boleh bercerita kan? Jadi Nanie dapatkan maklumat, apa yang Althea janjikan pada pelanggan mereka. Kalau Nanie puas hati dengan servis yang ditawarkan barulah Nanie boleh suggest pada kawan-kawan untuk shopping di Althea kan???

ALTHEA'S PROMISES #1

Macam yang Nanie beritahu tadi. Ada beberapa perkara yang memang buatkan Nanie puas hati sangat dengan servis yang ditawarkan. Pertamanya, Althea memberikan Free Shipping dari Korea sekiranya kita dah shopping lebih RM 150. Tak ke berbaloi tu. Kalau nak dikira shopping fee tu, lagi mahal dari harga asal produk. Ni, percuma je kos penghantaran. Takde kos tambahan ke apa ke. Tahu-tahu sampai depan rumah.

MY EXPERIENCE

Tengok tu... RM 0 for shipping!

ALTHEA'S PROMISES #2
Walaupun base mereka di Korea, ketulenan produk perlu dikenalpasti. Kadang ada website yang berikan harga murah tetapi barangnya tidak tulen. Di Althea, segalanya original! Mereka sememangnya memberikan barangan tulen dan bukannya barangan tiruan. Malahan, informasi setiap produk juga diberikan dengan sangat terperinci. Ini lagi mudahkan pelanggan nak beli dan buat keputusan yang mana sesuai untuk mereka.


MY EXPERIENCE


ALTHEA'S PROMISES #3

Part ini paling hebat! Walaupun sekarang Nanie dah kerja semua, tapi tetap juga kena berjimat cermat. Mana yang ada tawaran harga menarik dan murah, itulah yang akan buat ramai pelanggan suka. Begitu juga di Althea. Perbezaan harga di Althea kalau nak dibandingkan dengan di luar sana, aduhaiiii cukup banyak bezanya. Kadang-kadang Nanie sampai tak percaya harga yang diberikan tu! Memang harga yang sungguh berpatutan dan mampu milik lah. Sangat-sangat menjimatkan dan buat orang happy! Kadang-kadang tu ada offer sampai lebih 50%! Ada juga produk yang serendah RM 20 tau! Berbaloi habis!!!

MY EXPERIENCE


ALTHEA'S PROMISES #4

Tak puas hati dengan barang yang diterima? Tak perlu risau. Sebagai sebuah shopping website yang berwibawa, Althea sentiasa terbuka dalam menerima sebarang feedback. Tak kiralah sama ada yang positif mahupun yang negatif. Althea akan perbaiki sekiranya terdapat sebarang ketidakpuasan hati pelanggan agar servis mereka dapat dipertingkat. Malahan, Althea juga memberikan button HELP di hujung website mereka agar mudah dihubungi. 

MY EXPERIENCE




ALTHEA'S PROMISES #5


Apalah gunanya shopping website kalau tak dapat hantar barang yang dipesan dengan cepat dan selamat? Althea memberikan jaminan untuk ini tau! Memang Korea tu jauh beribu batu. Malahan kalau nak flight pun makan berbelas jam. Tapi Althea tak rasakan itu satu masalah buat mereka. Althea memberikan jaminan barangan yang dihantar tidak memakan masa yang lama, selamat dan tidak ada sebarang kerosakan. Memang betul!!! Nanie sendiri ada pengalaman untuk ini. Nanie order pada 10 Julai 2015, selang sebelas hari, 21 haribulan dah sampai parcel Althea di rumah Nanie di Johor. Power kan?


MY EXPERIENCE

EST Delivery mereka adalah 10-15 hari. Tapi sampai pada Nanie sebelas hari je! 
Tracking Parcel Nanie dari Korea


Nanie dah cerita semuanya pasal Althea kan? Nak tengok apa yang Nanie shopping dari Korea? Walaupun tak pernah jejak kaki lagi ke Korea tapi nak shopping di Korea bukan masalah lagi! Petik jari je... semua dapat! 

MY ALTHEA SHOPPING HAUL!



Nampak kotak pink hujung tu.... klik play kat bawah ni untuk tengok lagi! 




RECOMMENDED TO MY FRIENDS

Nanie rasa puas hati sangatlah dapat shopping di Althea ni. Berbaloi!!! Memang terbaik. Kata orang Korea tu apa? Daebak!!! Dengan harga yang murah, servis yang terbaik dan produk yang high quality. Sekarang ni kalau ada kawan-kawan Nanie tanya suggestion kat Nanie mana nak beli produk skincare atau makeup, cepat-cepat Nanie suggest pergi ke Althea.kr. Tak payah risau-risau dengan harga. Memang mampu milik senang cerita! 

Nanie suggest pada kawan-kawan di Whatsapp & FB

Di twitter Nanie pun sama!! Nanie memang suruh dorang shopping di Althea


ALTHEA'S SURPRISES!!!

Dan sebelum Nanie terlupa... selain daripada yang atas ni Nanie dah cerita, ada satu lagi yang memang Nanie terus jatuh hati nak bershopping di Althea ni. Nak tahu apa??? Althea ni full of suprises!!! Sapa yang tak suka surprise kan? Dan surprise ada banyak jenis. Ada diskaun potongan harga, ada Daebal Deal, ada happy hour. Macam-macam lah! Dahlah murah, dapat diskaun lagi tu! Tidak ke pelanggan gembira? 







Nanie rasa selepas Nanie jumpa Althea.kr ni, Nanie memang betul-betul jatuh cinta lah dan Nanie akan setia untuk shopping bersama Althea. Setiap hari ada je deals dan promotion yang bagus-bagus dari Althea. Dan yang paling penting trusted website untuk bershopping. Nanie memang suggest 100% untuk korang semua shopping di Althea. Bukan Nanie sorang je yang suka tau... ramai yang puas hati, memuji dan happy bila shopping di Althea. 


EDITOR'S PICK 

Ada lagi, tak cukup dengan tu... Althea juga ada Editor's Pick! Apa fungsinya? Alaaa senang sangat, dia macam Beauty Advisor lah. Bila product dikategorikan dalam Editor's Pick, semestinya ia HOT ITEM dan sangat-sangat disukai pelanggan. Bila ada editor's pick ni, secara tak langsung dapat membantu pelanggan memilih dengan bijak dan sesuai dengan keperluan mereka kan? 


LOVED BY ALL - FOR SURE!

Tengok sahaja lah review-review di bawah ni. Semuanya memang puas hati dan gembira dengan Althea. Daripada Althea mula sampailah hari ni, pelbagai pujian diberikan. Bila pelanggan gembira, dah semestinya lah mereka akan jadi loyal customer kan? Nanie sendiri dah setia dengan Althea! 





Jadi apa tunggu lagi? Tak nak ke jadi sebahagian daripada Althea's Madness!!! #AltheaKorea tengah trending habis ni. Sekali lagi Nanie kata, bukan Nanie sorang tau... tengok bawah ni... berapa ramai yang tengah happy dengan shopping haul masing-masing!!! 


So, jom jom jom join Nanie shopping di Althea Korea!!!! Ingat Korea, ingat Althea!!! Untuk maklumat lanjut, nak shopping semua klik link-link dibawah  : 


Facebook : 

Website : 

Instagram : 



Doakan Nanie berjaya jadi Althea Beauty Ambassador ok!   :)


12 comments:

  1. hye nannie.. :)

    thanks share pasal ni..aty macam biasa dengar..tapi ni fes time tau lebih details..since aty pon kan sukaaaa sangat make up ni..heheh..

    ReplyDelete
  2. haisyyyyyy..jangan la menggoda sangat kak nanie... terus rasa nak shopping skincare ngn mekap kat sini.. huhuu

    ReplyDelete
  3. adoii nanie..buat tergoda tau nak shopping ni..bertambah tergoda dengan kotak yang super cantik dan comel tu..alahaiiii macam nakkkk je

    ReplyDelete
  4. padat dengan info yg brguna. Sure ramai gugirl rambang mata tengok n nk shopping!

    ReplyDelete
  5. Adeiiii...meroyan tgk! Nk nk nk! 😄😍😘😘

    ReplyDelete
  6. I bought the marshmallow puff too~~ coldn't see it anywhere there is cheaper than the price available in althea

    ReplyDelete
  7. ramai dah dgr kwn2 guna Althea ni! pas ni rara leh cuba pulak!

    ReplyDelete
  8. Wowwww good review nanie !!!!
    Congratulations menang pi Korea...happy sgt2 !!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Wah meriah shopping :-) tak sabar tunggu Althea beauty box kita hihuuu

    ReplyDelete
  10. Great review nanie! i ma using Althea product last 3 yrs,it make my skin healthy!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork