Saturday, August 22, 2015

Blog Coklateyes Favourite Must Have : August 2015

Assalamualaikum semua



Nanie selalu nampak beauty blogger mesti ada favourite choice session mereka sendiri. Nanie memang plan nak buat, kalau boleh macam setiap bulan ke ada favourite session post sendiri, tapi tu lah... idea hanya kekal dalam kepala. Jadi, by this month Nanie nak buat. Basically Nanie akan reveal around minggu terakhir bulanan so that, kalau korang nak beli... gaji tak lama lagi kan? Boleh beli.


For this month, ini adalah my Favourite Must Have. Kalau korang tengok Nanie ada campurkan pilihan skincare dan juga makeup. Jadi semakin mudah untuk korang buat pilihan. Btw, ini adalah pilihan Nanie tau. Sekiranya korang tak setuju atau tak bersesuaian dengan korang, jangan marah Nanie ye. Just my suggestion!


1. INNISFREE JEJU VOLCANIC PORE ESSENCE


Nanie beli essence ni melalui Althea.Kr. Mula dulu Nanie tak pernah terfikir pun brand Innisfree ni skincare je bagus-bagus. Nanie mula cuba masa dapat trial pack sewaktu pembukaan Innisfree Outlet di Sunway Pyramid (KLIK SINI). Rupanya memang best dan sesuai dengan kulit Nanie. Paling Nanie suka scent yang diberikan tu macam satu terapi masa kita apply essence ni. Nanie punya concern memang mengenai masalah pore. Disebabkan tu Nanie ambil range pore care ni. Ianya mudah menyerap, tidak berminyak kerana water based dan melembapkan kulit Nanie untuk jangka masa yang panjang.

HARGA : RM 60.00 for 50ml
BELI DI : http://my.althea.kr/
Website : http://www.innisfreeworld.com/main/index.do



2. B.liv Off With Those Heads



Ini memang Nanie punya TOP CHOICE! Nanie dah review dalam entry sebelum ni (KLIK SINI). Serious, Nanie memang tak percaya yang produk b.liv ni sangat berkesan dan merawat masalah blackhead/whitehead Nanie yang dah berpuluh tahun tu. Sampai sekrang ni, Nanie suka pegang hidung sendiri. Oh ye, kalau korang nak beli produk b.liv ni, melalui blog Nanie korang dapat 50% diskaun tau. Banyak tu. Nanie pun beli sebotol lagi. Terus amek yang besar sebab tahu tak akan dapat diskaun sebanyak tu. Code INNANIE50 valid sehingga 31 August ni tau. Cepat!!!

HARGA : RM 89 (15ml) --- diskaun 50% using code INNANIE50
BELI DI : http://www.bliv.com/



3. ETUDE HOUSE LOCK'N SUMMER PRECIOUS MINERAL PROOF ANY CUSHION



Kalau nak tahu sekarang ni memang tengah trend sangat BB Cushion kan, so Nanie nak suggest kalau korang nak BB Cushion yang affordable, please babe go for this. Yang ini Nanie beli di Althea.kr tu. Waktu promo hari tu Nanie dapat harganya RM 48 je. Murah dan berbaloi. Dan hasilnya, sangatlah memuaskan hati! Tahan lama, tak berminyak dan fully covered. Serious beb. Tak menyesal beli. Nanie tak sure harganya berapa jika di outlet Etude House sendiri. Sebab Nanie tak pernah beli barang Etude House. Ini barang pertama. Nanie beli sebab terpengaruh dengan Mira Cikcit! Hahaha.

HARGA : RM 48 (Promo Price + Happy Hours)
BELI DI : http://my.althea.kr/



4. LANEIGE BB CUSHION - PORE CONTROL

                  


Haaa yang inilah yang Nanie recommend kat kawan-kawan sampai ada yang terbeli. Adik dan kakak Nanie pun tengah aim nak beli. Ya Allah Laneige ni memang terbaik beb. Nanie suka sebab dia berikan porcelain effect. Pores memang tak nampak and kulit jadi sekata cantik. Nanie pernah review launch eventnya (KLIK SINI), nanti Nanie memang akan buat fully review berkaitan Laneige BB Cushion ni ye. Superb product!

HARGA : RM 159
BELI DI : Laneige Outlet - Sephora/Parkson
Website : https://www.facebook.com/laneigemalaysia



5. MAYBELLINE HYPER CURL VOLUM' EXPRESS WATER PROOF



Bila Nanie cakap pasal mascara, memang takde lain brand yang dipercayai semestinya Maybelline. Nanie suka mascara ni sebab efek lentik yang diberikan tu. Agak dramatik tapi Nanie suka dengan lentikan yang lembut dan tak bergumpal. Ada sesetengah mascara, bila nak bagi volume serta merta clumpy kan? Tapi ini tidak. Waterproof dan sesuai untuk long hours. Nak tanggalkan pun tak susah. Tak perlu tonyoh bersungguh. Cukup sekadar sapuan biasa dengan cotton & eye makeup remover.

HARGA : RM 35.90
BELI DI : Watson/Guardian/Any drug store yang jual Maybelline



6. MAYBELLINE BLUSH'EM!



Blusher jarang Nanie perkatakan dalam blog, padahal sama penting dengan yang lain juga. Blusher ni boleh Nanie katakan ia sebagai penyeri dalam solekan. Kalau tak pakai rasa tak complete dan tak naik seri muka. Nanie pilih Maybelline Blush'Em sebab warna blushernya sesuai dengan tona kulit Nanie. Nanie tak mahu terlalu tebal blusher dan tak mahu terus tak nampak blushernya. Nanie prefer warna red rose ni. Cantik sangat dan sweet!

HAGRA : RM 25.90 (kalau tak salah...)
BELI DI : Any drug store


Dua tiga hari lepas Nanie layan @twt_makeupmy. Memang jumpa ramai kawan-kawan baru dekat sana yang sama passion. Masing-masing banyak berkongsi tips dan bertanya itu ini. Nani pun gunakanlah sedikit sebanyak info dan ilmu sepanjang bergelar beauty blogger ni pada mereka. Moga-moga terus memberi manfaat! :)

Buat yang nak follow twitter Nanie, boleh cari tweet handle : @fateeninnanie






5 comments:

  1. suka tgk alat make up tp tak brapa pandai sgt nak calit..:D

    ReplyDelete
  2. Azwar suka tengok orang bermake-up, nak pakai tak boleh kulit terlalu sangatlah sensitif. Kak Nanie, jemput singgah sini, mana tahu ada yang berkenan ;)

    http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2015/08/azwar-jual-hijab-pin-murah.html

    ReplyDelete
  3. semua barang makeup nanie yang pertama kali nad dengar..hahaa..

    ReplyDelete
  4. bestnya ada make up stuff yang berbaloi beli dan pakai.

    ReplyDelete
  5. tenok nanie update ni.. teringat tak beli compact powder lagi..dah belobang dah tengah2 tu...adeeyyhh... nak gi shopping barang make up lah nampak gaya ni.. :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork