Tuesday, August 11, 2015

Laneige Beauty Road with BB Cushion Event di Mid Valley

Assalamualaikum semua

Jenama Laneige memang sangat terkenal di Korea. Daripada skincare, kepada make up stuff semuanya memberikan review yang bagus dan "Perlu Dimiliki". Laneige baru-baru ini telah melancarakan Laneige Beauty Road with BB Cushion yang mana produk ini sedang menguasai 7 negara-negara Asia. Malaysia merupakan hentian ketiga mereka selepas Bangkok dan Singapore.

Skincare + Makeup + Laneige BB Cushion. Happy enough! :) 

Bertempat di Mid Valley, Nanie dan beberapa orang Butterfly Malaysia Team telah dijemput untuk memeriahkan Laneige Beauty Road with BB Cushion ini. Selain daripada explore sendiri bagaimana kehebatan Laneige BB Cushion, kami juga diberi peluang untuk bersama-sama dengan Duta Laneige iaitu Hwang Se-On yang merupakan model selebriti yang cukup terkenal di Korea.





Melihat Se-On secara dekat, memang tak dinafikan kulit beliau sangat cantik. Ibarat kata pengacara pada hari tu, Belinda Chee, kulit orang Korea ibarat porselin. Cantik, licin dan berkilau. Solekan orang Korea lebih natural dan tidak keterlaluan, menjadikan ia mudah untuk diaplikasikan.



Bagi mereka yang tahu selok belok dunia makeup, untuk dapatkan porcelain skin yang flawless dan licin berkilau macam tu, salah satu trick adalah dengan penggunaan highlighter atau bronzer. Namun dengan Laneige BB Cushion ni seriously memang sentuhan porcelain pada kulit wajah dapat dimiliki!

Untuk pengetahuan, Laneige BB Cushion ini telah dilancarkan sejak tahun 2011 lagi. Ketika itu, BB Cushion masih belum menjadi trend di Korea. Disebabkan teknologi Cushion yang diperkenalkan Laneige memberi manfaat besar buat para penggemar make up, kini teknologi BB Cushion kian diminati dan semakin menjadi kegilaan oleh para makeup junkie Korea!



Laneige BB Cushion didatangkan dengan dua pilihan kepada pengguna iaitu Pore Control dan Whitening. Antara dua pilihan ini, semestinya yang menjadi Killer Product mereka adalah Pore Control. Selain menjadi asas untuk solekan, Laneige BB Cushion juga merupakan sebahagian skincare kerana formula Pore Purifying Complex yang digunakan membantu kulit untuk membuang segala kotoran dan sebum yang tersumbat yang mana ia menjadi punca kepada masalah jerawat dan jeragat.



Laneige BB Cushion Pore Control menjanjikan 6 Kelebihan Utama hanya dengan satu sentuhan kepada para pengguna mereka :

1. Pore Control
2. Pore Coverage
3. Semi-matte finish
4. Water resistant
5. Soothing effect
6. UV Protection SPF 50 +++



Sewaktu event juga, lebih 2500 pek percubaan Laneige BB Cushion diberikan kepada orang ramai untuk dicuba. Of courselah, kalau Nanie pun Nanie suka dan nak cuba sendiri bagaimana kehebatan Laneige  BB Cushion ni. Jadi, memang crowded dan full hall Mid Valley ketika tu.



Selepas sesi bersama duta Laneige, kami semua diberikan sesi tips dan asas solekan daripada salah seorang make up artist dari Korea. Sebagaimana yang Nanie beritahu di awal tadi, solekan dari Korea lebih kepada natural dan tidak memerlukan shading atau solekan yang keterlaluan. Bila solekan tipis sebegini, ianya lebih mudah diaplikasi dan tidak memerlukan teknik yang terlalu tinggi.



Nanie sendiri melihat bagaimana dengan penggunaan Laneige BB Cushion ini memberikan efek yang sangat ketara pada kilauan wajah model tersebut. Walaupun mugkin sesetengah dari kita melihat ia seolah-olah kulit kita berminyak, namun hakikatnya ia merupakan efek porcelain dan flawless skin yang menjadi dambaan ramai wanita di luar sana. Malahan, Laneige yakin dan menjanjikan, hanya dengan solekan 2.5 saat sahaja boleh dapatkan porcelain effect yang hebat tu!

Antara skincare range dari Laneige 

Selain daripada menerima barangan complimentary daripada Laneige, tuah menyebelahi Nanie apabila Nanie berjaya menjawab soalan yang diajukan dengan betul. Jadi selain makeup stuff dari Laneige, Nanie juga berjaya bawa pulang skincare range mereka. So happy!


I really love the shinning effect. Its not oily, but it is a porcelain effect! 

Minggu lepas, semasa Nanie hadiri majlis resepsi kawan Nanie, Nanie gunakan Laneige BB Cushion ni untuk asas solekan. Allah!!! Memang betul-betul buat Nanie jatuh cinta. Nanie perasan dalam gambar memang boleh nampak 'porcelain effect' tu. Macam Nanie bagitau, itu bukan kulit berminyak ye... tapi itu effect Laneige BB Cushion! Memang fully-covered, ringan, tak cakey dan paling best ianya memberikan sentuhan flawless. Wow!!! Memang Nanie suka!!! Insya Allah nanti Nanie review lebih details ye :)

Jadi, kalau korang sendiri nak dapatkan Laneige BB Cushion ni... korang boleh klik link-link di bawah untuk dapatkan maklumat lebih lanjut :

Website :

Facebook : 

Instagram : 

Harga Produk :

RM 159.00
(with Refill) 




5 comments:

  1. bestnya dapat satu..kesannya menarik!flawless gitu. Nak try usha kat website dulu :)

    ReplyDelete
  2. lama dah teringin produk laneige ni.. tapi tak de rezeki lgi.. one day maybe.. heee

    ReplyDelete
  3. saya pun suka Laneige BB Cushion...memang best pakai...

    btw, akak jeles sgt dgn gift nanie dpt tu...hahahaha...enjoy it dear!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork