Assalamualaikum semua
Nanie memang suka makeup, lagi lah bila jadi beauty blogger ni. Kadang tu suka tengok cara-cara dan tutorial make up di You Tube. Belajar sikit-sikit. Walaupun takdelah power sangat skill tu, tapi sebab minat tahulah basicnya. Selain dari belajar dari You Tube, Nanie pun suka bila tengok ada make up artist (MUA) atau jurusolek yang sedang solekkan orang atau solek Nanie sendiri. Dalam pada dia sibuk menyolek tu, Nanie akan tanya tips, tricks, make up stuff yang latest dan macam-macam lagi. Nanie memang salute pada MUA ni sebab dia boleh enhance beauty seseorang.
Namun, bila jadi MUA ni, ada beberapa perkara yang Nanie sebagai 'client' nak bagi ingatan atau mungkin sedikit teguran. Nanie agak kecewa bila berjumpa dengan seorang MUA baru-baru ni. Nanie kecewa sampai Nanie rasa nak mencarut je depan muka dia. Pa'kal lah banyak benda lain Nanie nak fikir so, Nanie sabarkan je lah diri ni ha.
1. MUA tolonglah ikut request client. Sekiranya bersesuaian!
Sekiranya tak sesuai atau tak dapat dituruti request tu, tolak cara baik dan beritahu rasional atau sebab kenapa request tu ditolak. Jangan ikut syok sendiri je menyolek orang. Sebagai client, bila kita bayar of courselah sedikit demand atau request tu akan ada. Macam Nanie, Nanie tak cerewet sama sekali. Sebab Nanie tahu skill make up Nanie taklah seberapa jadi Nani yakin biasanya MUA akan buat yang terbaik untuk menyerikan lagi wajah Nanie. Tapi Nanie concern pada beberapa part yang perlu MUA highlight kan. Contohnya macam dark circle Nanie yang agak besar. Jadi Nanie request untuk gunakan eye shadow yang earth tone atau brown. Penggunaan eye shadow kelabu, hitam dan ala-ala smokey eyes biasanya kurang sesuai pada Nanie. Nanti mata jadi lebam! Dan seperkara lagi, Nanie sangat suka lipstick merah. Apatah lagi untuk solekan malam dan dinner, warna merah amat sesuai. Nanie tak suka warna pink. Sebab Nanie ni tak berapa cerah. Once pakai pink, confirm muka jadi hitam-pucat. Takde seri.
Tapi MUA yang sorang ni selamba je tempelak Nanie dengan kata "Make up malam ni awak tak boleh demand ye, kita make up biasa-biasa je. Kalau nak demand, kena tunggu awak kahwin!".
Nanie serta merta terfikir, "Eh, aku bayar kot kau... apasal aku tak boleh nak demand sikit? Bukan aku mintak kau make up aku jadi princess ke, jadi Kim Kardashian ke? Dua perkara tu je aku mintak pun kau tak boleh nak bagi. Lepas tu harapan aku nak amik kau masa wedding?" Apa yang korang rasa? Memang tak lah kan amik lagi servis dia tu!
2. Sesuaikan solekan pada bentuk wajah client, bukan semua wajah disolek sama!
Nanie rasa, sebagai MUA perkara paling penting adalah bijak menata rias wajah client mengikut bentuk wajah mereka. Bukan semua solekan sesuai untuk semua orang. Solekan orang yang berwajah bulat tak kan sama dengan orang yang berwajah petak. Solekan orang yang bermata sepet tak sama dengan yang bermata kuyu. Begitu juga dengan orang yang bertona gelap tak sesuai solekannya dengan mereka yang berkulit cerah. Semua tu basic kan? Sekiranya anda betul-betul berbakat, bijak dan full of skill, kenapa buat semua solekan sama? Dah nampak semua orang muka secetak je. Takde variasi langsung! Apasal nak cincai-cincai buat muka orang? Sedangkan orang ni semua client anda.
3. Gunakan alat make up yang original. Tak perlu mahal, tapi biarlah berbaloi.
Part ni Nanie very particular. Yelah, senang-senang nak tepek muka orang dengan barang tak original. Lagi pulak makeup stuff. Ehhhh Nanie tak fahamlah macam mana boleh mengaku diri MUA kalau guna barang tak ori? Tahu tak, sebagai client especially kalau client kau ada basic pasal make up semua, perkara ini paling dititik beratkan. Sambil-sambil kau tenyeh make up tu, kami pandang tau, jenama apa kau guna, ori ke tidak. Dibuatnya kulit sensitif, kau guna pulak barang murah dan tak ori, tak ke aniaya orang macam tu? Mesti keluar jerawat punya!
Yang kes Nanie ni, terngiang-ngiang Nanie dengar kawan Nanie beritahu katanya MUA ni taknak gunakan barang makeup yang mahal-mahal pada dia sebab katanya dia ni 'client biasa-biasa'. Tak berbaloi nak guna barang mahal. Aduhai kakak, biasa tak biasa, kami tetap client tau. Kalau tak boleh nak bagi client pakai barang make up mahal, buat apa akak tayang make up stuff akak tu? Buat apa nak menunjuk? Tak ke akak rasa kami juga sama penting, selagi namanya client, kami berhak untuk akak solekkan dengan barang yang original tau! Kami bayar akak, bukan kami mintak free! Yes mungkin ada make up stuff yang terlalu mahal dan tak boleh nak dibazir sesuka hati, tapi tolaklah cari baik. Cara bijak. Kalau client tu biasa-biasa, barang yang mahal-mahal tu siap-siapkan keluarkan dari beg. Sorok. Tak perlu tayang.
4. Nafas jangan berbau!!!
Ya Allah!!! Ini paling-paling penting untuk seorang yang nama MUA. Sebagai MUA, sewaktu menyolek, dah sah-sahlah jarak muka MUA dan client adalah dekat. Dah dekat macam tu, segala macam bau ke apa ke, confirm dapat dihidu. Tolonglah kalau jadi MUA, bau mulut tu dijaga. Kalau boleh, sebelum session make up, makan gula-gula ke apa ke. Janganlah "perangkap" client dengan bau mulut anda. Client tak dapat nak buat apa dah. Tadah je lah cium bau mulut yang macam longkang tu! Selain tu, benda ni pun menampakkan peribadi MUA yang tak jaga kebersihan. Kalau mulut sendiri tak boleh dijaga kebersihannya, kau rasa dia nak tak cuci berus makeup semua? Harapan!
5. Pakai wangian, atau losyen di tangan.
Nanie pernah nampak Wiida Ribbon makeup kan orang. Nak tahu apa dia buat? Sebelum dia makeup client, dia akan pakai losyen dan perfume yang super duper wangi. Katanya supaya client rasa selesa bila dia dekat. Even dia nak sentuh muka client pun, dengan bau losyen macam tu... client akan rasa segar dan sebahagian terapi jugak. Haaa.... macam tu lah seorang MUA patut buat. Sediakan diri dalam keadaan selesa, cantik dan bersih terlebih dahulu sebelum sentuh muka client.
6. Soleklah dengan ikhlas hati.
MUA juga adalah seorang businesswoman. Business seperti ni target market sangat besar dan kita tak pernah tahu pun siapa yang bakal menjadi client kita in future. Dan bagaimana kita nak jadi buah mulut orang supaya orang recommend kita pada kawan-kawan, sanak saudara atau siapa sahaja? Yes! Melalui hasil solekan kita tu lah. Kalau cantik, kalau manis, kalau harga berpatutan, kalau layanan bagus, kalau tak berlagak, kalau tak bermasalah, kalau guna barang original, for sure dan Nanie yakin sangat orang lain akan bertanya hasil kerja siapa. Dan tak teragak-agak, kita yang puas hati dengan hasil solekan dia ni akan beritahu orang lain kan? Tak ke tu namanya salah satu marketing strategy? Ini kalau kau buat muka orang cincai-cincai, buat nak tak nak asal solek je, orang request pun tak nak ikut... secara logik orang suka tak nak bagitahu orang lain? Orang cakap buruk pasal kau adalah!
Jadi, Nanie rasa MUA tolonglah soleh muka orang secara ikhlas hati. Buat sehabis baik sebab itu adalah marketing part kita. We never know babe, rezeki kita in future. Nanie pernah jumpa seorang MUA masa Nanie jadi emcee pelancaran butik KZ Nabihah, namanya Kak Ati Harun. Ya Allah punyalah baik, punyalah ramah dan punyalah cantik dia makeup. Sampai sekarang Nanie suka solekan dia. Nanie ingat lagi, masa Nanie jumpa dia, follower di Instagram dia baru 4k lebih, tapi selepas dua tiga bulan, Nanie ada share jugak di Instagram Nanie, follower beliau kini mencecah puluh ribu. Dan semua client puas hati dan suka dengan solekan beliau. See! Nampak tak bagaimana fungsi keikhlasan bersangkut paut dengan rezeki?
Kesimpulannya, Nanie rasa tak kisah lah kita siapa. Layanlah orang lain dengan baik, berilah yang terbaik yang kita ada. Bukan untuk orang lain, ianya sebenarnya akan beri pulangan pada kita juga. Tak hari ni, esok lusa pasti kita juga akan dilayan baik oleh orang lain. Apatah lagi dalam urusan perniagaan, rezeki kita bergantung pada layanan kita. Allah sendiri berjanji untuk murahkan rezeki mereka yang ikhlas. Ikhlas tu pula luas cakupan maknanya. Ikhlas dan jujur datang sekali. Insya Allah, Nanie yakin kalau setiap dari kita tak kira lah MUA atau siapa sahaja, berikan yang terbaik dalam bidang apa juga pasti hasilnya lebih dari apa yang kita sangkakan. Sebagai client, Nanie tak teragak-agak atau berkira soal bayaran jika kualitinya setanding dan memuaskan! For sure Nanie akan beritahu satu dunia! :)
Antara MUA yang Nanie suka, Nanie pernah try & Nanie recommended :
1. Wiida Ribbon : @wiidaribbon - KL
2. Ati Harun : @Atiharun - KL
3. Maizura : @nurmyzura - Kluang
4. Idayu : @the_dayu - KL
5. Kak Melle : FB - Mel Lissa - KL
37 Inspirasi Dari Pembaca
Agree dgn pendapat kak nanie ni.. Nasib pika belum pernah jumpa MUA yg sesuka hati mcm ni.. Pika debik kan aje kang.. Hahahaa..
ReplyDeleteTu lah Pika, masa ni akak memang tahan sabar je! Hehehe :)
Deleteyep true, kita boleh tau dia tu betul2 passionate ke x dalam memberi kan service. makeup xori mmg a big NO! Bukan demanding but itu semua investment and risk yg kita letak pada customer. so far xde prob dengan mua mana2. alhamdulilah mua sab masa kawin best sgt. tp bad experience dengan MUA mac masa dapat free makeover di MAC. Ya Alah, rasanya cm, baik aku akeup sendiri punya service. and tak boleh tahan bila dia dok condemn kita pnya cara makeup.
ReplyDeleteMasa Sab kahwin lawa makeup dia!!! Betul Sab, kalau barang tak ori ni agak merbahaya kan? Ye lah tak nak lah breaks out kemudian hari. Ada sesetengah MUA ni especially di boutique, dorang slalu fikir kita ni takde pengetahuan pasal make up! hugh!
DeleteI agreed with your points, Nanie!
ReplyDeleteI always help my friend to do make up for their birthday, dinner, wedding etc and is very important to stay hygienic and neat because the client must be selesa all the time =D The lotion thingy is actually a good tip, very considering to others =)
Yes, you are doing it correctly Nicole. Pakai perfume or lotion is a must for MUA actually kan!
Deletebagus Nanie ulas satu persatu macam ni..at least mereka amek kesah dengan semua ni..sebab kita bayar kan..so kenalah buat kerja macam di bayar..
ReplyDeleteBetul tu Fizah. Bila kita bayar at least kita nak dia buat yang terbaik. Bukan demand tapi biarlah kualiti setanding apa yang kita bayar.
DeleteBy Siti Nurizzati : Nicely written kak nanie. zati pon ada experience where i feel so offended dgn MUA. first was at MAC. i was looking for the MUA opinion on blusher. Zati tny kenapa blusher yg die recommend tu bila zati swatch kt kulit zati mcm tak sesuai langsung and he said 'Oh sebab you tak pakai make up so tak nmpk la'. the heck? MUA tk dpt beza light and natural makeup and confident je ckp customer die tak pakai makeup? second was at NARS. the lady trying out the weightless foundation on my skin. previously zati pakai my favorite estee lauder double wear. and you know what she said? sorry lah ye this one looks so natural on your skin td masa you baru2 masuk (boutique tu) i bole nampak sgt you pakai foundation.. Wowww professionalism level 0. Sometimes, sebab diorg keje kt boutique or rasa terlalu 'MUA' tu die rasa each client and customer yg masuk tu tak tahu langsung pasal makeup. And guess what, i blend the foundation better than the MUA. seriously....
ReplyDeleteAkak ada dengar jugak orang merungut pasal MUA di MAC. Yang akak perasan, MUA Boutique always think orang lain takde pengetahuan pasal mekap. Tak boleh lah macam tu... Sepatutnya layanan mesra diorang yang perlu diambil berat
Deleteagreed Nanie.. u got the point up there! sbb i pon MUA jgk.. bile msuk MAC x pnh rs puas hati dgn consultation about product yg dorg explain. mcm kosong je rs nye. dats y kdg x minat msuk lm2. nti dorg promot mn2 brg yg kurg sale. tp klu msuk NARS much better. dgr dorg explain product ade la knowledgeable sket kn..
ReplyDeleteAkak yang MUA pun dia tak layan ye ? Apatah lagi kita ni orang kecik-kecik. Pandang macam orang ni takde duit kan?
DeleteEna setuju sangat dengan kata2 kak nanie.. Ena ni bukan pandai makeup tapi ada beberapa bab yang kak nanie tekan seperti nafas berbau, bau badan apa semua tu, ena sangat ambil berat. Pernah sekali orang makupkan, Allah bau ketiak diaaaa! Tahulah nerbes nak makeup tu tp entah..
ReplyDeleteUiii bau ketiak tu! lagi perit..... aduhai macam mana MUA sampai macam tu sekali kan?
DeleteNafas berbau tu ahahahaha sangat! Tapi setuju dengan semua point di atas.
ReplyDeleteYe lah Jannah kau bayangkanlah setengah jam - 45 minit depan dia! tak ke mabuk??? ahahahah
DeleteTerima kasih nanie share semua ni.
ReplyDeleteOne day, kalu ade rezeki teringin juga nk makeupkan u..:)
insta : sitiekusairrymakeup
fb : sitie kusairry
Terima kasih :
MUA dr DAMANSARA
Yeay!!! Saya dah follow akak! :) Insya Allah one day kak!
DeleteNice write up! It was funny but I'm also sorry that you had to go through that, they give bad names to other makeup artists >.< I hope I'd have a chance to give you a nice makeover experience in the future ^_^
ReplyDeleteBoleh je awak... hahahahah tu lah kadang bila fikir kesian MUA lain, sebab dia orang lain pun kena tempiasnya kan... Insya Allah nanti kita main mekap sama sama! :)
DeleteYes! Main makeup makeup, kecik kecik main, besar besar pun sama xD
DeleteSaya rasa no 4 dan no 5 ialah paling saya tak faham kenapa MUA2 ini tak tahu atau tak praktis... Common decency kan??? Kalau bercakap dengan orang sambil lewa pun saya akan terasa self conscious mulut saya bau fresh ke tak. Padahal ini MUA! Yang memang kena menyentuh klien dan menghembus nafas depan muka klien.
ReplyDelete-Hari
Betul tu Hari, benda basic je tu. Tak perlu apa lagi dah... Tak kan lah tu pun tak tau. Common sense kan?
Deletewiida ribbon comel gila!!!!! Sekali jumpa in person masa photoshoot kat studio!
ReplyDeleteHahahahahahahahaha!
apahal wa masuk blog kecantikan ni? Bhahahaha!
Tp pasal yang ori tu mmg betul. Dulu masa sy masih aktif atas stage...sanggup suruh kawan belikan barang yang ori, walaupun tak reti pakai...tp sy bawa sendiri sebab sensitif sikit nak campur2 ni...tambahan kalau backstage MUA yg disediakan tu....berus..span dia semua berkerak...abang ko sanggup tenyeh sendiri pakai tangan dalam toilet dik...ahahaha!
no.4 tu hahaha ye benar sekali.... umi suka tgk @rikhaakhir make up cantek...
ReplyDeleteKita setuju dengan semua yang Kak Nanie tulis tuu! Plg x tahan bila x ikut request kita n pakai brg mekap yg ntah apa2 tah..mcm mana boleh gelar diri MUA kalau macam tu! MUA ni tugasnya nak cantikkan wajah org..bukan merosakkan muka org dgn guna mekap dari brand x ori & etc..
ReplyDeleteOne more thing please please wash the brushes and pouch!!!i pernah ada mua cuma cuci brushes tapi pouch tak cuci pun!!omg!!!
ReplyDeletehuhuhuuu.. seronok baca entri ni sebab saya yang tak tahu pasal-pasal make up ni lagi laa.. tadah je muka.. dah la memang berjerawat.. entah apa2 je di tenyeh nya kat muka kita... sobb sobb sobb... :p
ReplyDeletebila orang pandai make up "sound" MUA macam ni, baru la rasa kena buku dengan ruas... hehehehhee... :)
Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)
setuju dengan nanie..nak kene makeup dengan mua bukan sekejap tapi lama, nafas tu kene segar..hehhee.lagi satu kite nak nampak lawa..tuga smua tuk mencantikkan kita
ReplyDeletebetul la nanie... teringat masa kawen dulu..make up aty nampak teruk.. sedih biler teringat.. warna tak sesuai ngan kulit muka aty..dah lah masa tu kulit aty pon agak teruk..hurrmm... seb bek dah 5 tahun berlalu.. anak pon dah 2..hahaha..
ReplyDeleteSalam sis Nanie,
ReplyDeleteSaya pun MUA juga, ..risau gak..kes mulut berbau ni ataupun terlupe pakai parfume..huhuhu...;) .tapi deodorant konpem x miss.....InshaALLAH kita akan selalu update bab hygiene...
Saya selalu praktiskan no1 till no5....untuk semua client saya...
Rasenye bile kite kite ni gi counter MAC atau mn2 kaunter makeup .mmg diorg suke tgok kite atas bawah...then suke2 hati bg point diorg bab makeup, walaupun kdg2 apa diorg bgtaw tak masuk akal...tp lantak pi laa...thats why kalo kite nak pi beli barang ke ape2..mmg akan cari review n korek2 kat youtube...
tapi kan,walaupun dah study bende nak beli ...kdg2 mesti terbabas beli makeup2 lain..then nyesal..kikiki
InshaALLAH kalo ade rezeki ,bole la kite bersua...atau whatssap2 about makeup pun bole
Jom follow kite
intasgram @ritarahmanmua
facebook ritarahmanmua
hp (whatssap only 0163614177)
eh..tertinggal lak no.6.....inshaALLAH ,bile ni sumber pendapatan..kite memang buat seikhlas hati..tak nak main2..you're already paid for the service that you deserves
ReplyDeletekorang rq mcm2 tp hrga nk murah.. so setimpal la dgn hrga.. brand ni x penting cik kak oi(tp xde la brand psr mlm).yg pnting teknik n skill.hbs mcm mne kalau mke dh mmg x seindah bunga tu? pkai brand mac pun ttp xkn blh jd bunga ros... so phm2 lah ye.. kalau rs nk transformation hbs p thailand lah buat plastic surgery. apa da...mua tahu keje dorang.. setimpal dgn byran..
ReplyDeleteX pyh la nk harap kn bila dh make up ni blh jd kimK.. ukur bju di bdn sndri dlu..
ReplyDeleteSblm berckp tgk cermin dulu..
ReplyDeleteAdakah mulut anda sentiasa berbau harum ketika berckp dgn org?
Pkr x kalau MUA make up korang. Kdg2 korang xbersihkan muka btol2.
Tahi hidung pun masih terpalit lg di hidung. Ada x MUA tu menegur secara terang2ngn? Kalau dpt yg jns mulut laser mmg malu bsr korang di buat nye..
Hahahaha... anonymous ni kelaka... betol la.. dua2 pihak kena jaga kebersihan.. but the point is client bayar.. mestila boleh demand ape yg dier nak,.. asalkan berpatutan dengan harga.. pasal tahi idung tu nak wat cmne.. dah MUA dibayar.. hadap jer la.. tak susah pon.. mintak client lap sendiri jer.. kan senang.. jgn sakit2 ati k..
ReplyDeleteHai Nanie... Salam kenal..
ReplyDeleteSy suhailah Professional MUA & Hairstylist area Klang & Shah Alam.
Sy dah habis baca entry awak yg panjang ni. Very useful, bagus utk mua2 baru utk take note.
You can drop me a msg if u wanna try my makeup servis ya.
Suhailah 0193736780
Ig:makeupbysuhailah
Fb:Siti Suhailah
Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!