Tuesday, September 29, 2015

Breena Beauty Lancarkan Dua Eye Makeup Brushes Hari Ini!

Assalamualaikum semua



Breena Beauty

Breena Beauty Lancarkan Dua Eye Makeup Brushes Hari Ini! | Breena Beauty melangkah setapak lagi ke hadapan! Kalau korang suka makeup, kalau korang mencari-cari brushes terbaik dan berpatutan serta Halal dan meyakinkan, tak payah runsing-runsing nak cari sampai ke luar negara sana. Korang just pergi beli di Breena Beauty je! 


Kini Breena Beauty baru sahaja melancarkan dua jenis makeup brush iaitu Brow Definer Brush - untuk solekan eye brow dan Basic Eyeshadow Brush - untuk solekan mata yang cantik dan sekata. Kedua-duanya memberikan effect solekan yang kemas dan mudah untuk digunakan. 



KUALITI TERJAMIN!
First time bila Nanie tengok kedua-dua brushes ni pun Nanie dah jatuh hati. Especially dari aspek kelembutan berusnya. Sebagaimana yang korang tahu, pengasas kepada Breena Beauty iaitu Beauty Blogger Terkenal, Sabrina Tajudin sangat-sangat mementingkan kualiti bruseshnya. Jadi, tak dinafikan, memang kualiti berus dari Breena Beauty sangat-sangat bagus. Malahan, kalau dah lama digunakan pun, brushesnya masih dalam bentuk seperti asal dan masih kekal fluffy! 




HARGA BERPATUTAN
Seperkara lagi yang Nanie suka pasal Breena Beauty Brushes ni, of course lah dari aspek harga dan Muslim Friendly. Harga yang ditawarkan oleh Breena Beauty sangat berpatutan. Kesemua brushes keluaran Breena Beauty dijual sekitar harga RM 25.00 sehingga RM 45.00. Sangat berbaloi dan mampu milik kan? 


MUSLIM FRIENDLY 
Dah semestinya. Itu memang tujuan utama Sab masa mula-mula dia bercerita pada Nanie untuk tubuhkan Breena Beauty. Pasaran di luar sana semuanya dimonopoli Barat. Jadi, dengan kehadiran Breena Beauty yang mana pengasasnya adalah seorang Muslim, sudah semestinya aspek Halal dan ketulenan berus produk terjamin! 



PROMOSI TERHAD 
Jadi, Nanie rasa tak perlu tunggu lama-lama lagi. Sekarang, bermula 29 September 2015 sehingga 11 Oktober 2015, Breena Beauty ada buat promosi Free Shipping kepada pelanggan mereka yang berbelanja dengan minimum orders RM 50. So, apa tunggu lagi. Cepat-cepat shopping di Breena Beauty. Nanie pun dah beli satu set tadi... :) 

Untuk maklumat lanjut boleh klik link-link di bawah : 

Instagram : 

Website : 

Blog : 


6 comments:

  1. Comel la brush tu.. Warna putih.. Ni rasa nak grab satu

    ReplyDelete
  2. Have you ordered? I can't wait for mine to arrive!
    -Harivain

    ReplyDelete
  3. jatuh cinta tengok brush comel ni..nak terjah lah

    ReplyDelete
  4. jeleznya dgn biz people yg berani berbisnes. bestnya kalau dpt satu nih.. hehehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork