Tuesday, September 8, 2015

DIY : Decorate Keyboard Laptop Dengan Washi Tape

Assalamualaikum semua

Apa khabar Hari Minggu korang hari tu?? Hehhehehe. Tak pernah pernah Nanie tanya khabar kan? Minggu lepas Nanie tak balik Johor. Sebab adik Nanie, si Seha tu balik ke Terengganu. Jadi Nanie kena hantar dia ke KLIA 2. First time datang KLIA 2, agak kagum jugaklah. Sebab memang besar dan cantik. Baru lagi kan... Cuma tu lah, dekat entrance gate pelepasan, kurang kerusi untuk orang duduk. Jadinya bersepah-sepahlah orang bersidai kat situ. Maybe boleh improve lagi on that part kan. Kesian bila tengok ada mak ayah atau orang-orang tua kena berdiri lama.

Besar & Lawa kan KLIA2 ni. 
Laluan ke arah parking

Perjalanan dari rumah Nanie ke KLIA 2 lebih kurang 1 jam. Flight adik pukul 11.50 pagi, jadi Nanie bertolak keluar rumah pukul 8.30 pagi macam tu. Sampai sana, lepas check in luggage semua, kiteorang breakfast dulu sambil cuci-cuci mata. Tapi hampa, tak ramai yang kacak disana! Hahaha.

Luggage Check-in counter
Confirm semua cakap muka kami sama kan? Yelah dah adik beradik namanya!
Yang tengah tu Kakak Nanie, Fatehah. Yang hujung sana Adik Nanie, Seha.
Nama kiteorang Fatehah, Fateen, Fasehah
Dah settel semua lebih kurang 12 tengahari, Nanie takde plan nak melinjang mana-mana. Maka duduk di rumah kemas apa yang patut. Bila hari minggu je baru dapat berkemas semua. Kalau weekdays memang tak menyempat. Balik sampai rumah dah Maghrib. Gitu gini tahu tahu dah pukul 11 malam. Terus tidur. Mana nak mengemasnya? Waktu kemas-kemas harta karun tu lah Nanie terjumpa 4 rolls of washi tape. Washi tape ni Nanie dah beli lama dulu dah. Konon nak buat project keyboard. Tapi tak sempat-sempat. So akhirnya hari minggu lepas Nanie buat.



Bagi yang tak tahu, Washi Tape ni adalah masking tape tapi yang bercorak. Kalau penggemar diary atau planner for sure mereka memang tahu washi tape ni. Sebab washi tape ni datang dengan corak yang memang cute gila. Kadang macam nak borong semua! Inspirasi Nanie untuk decorate keyboard pulak bila Nanie scroll Pinterest. Kat situ Nanie dapat idea nak buat.


Tak susah pun nak buat cuma kalau korang tak suka kerja yang remeh, memang makan masa sikit lah. Nanie pun buat takdelah perfect sangat. Ada gak tersenget lah apa lah. But yes, memang kena sabar bebanyak! Hehehe.



Washi Tape ni dia memang dah siap ada gam, tapi gam dia lite-lite je. So, waktu nak melekatkan tu agak payah sikit. Cara Nanie senang je, Nanie terus lekat kat keyboard tu dan gunting agak-agak. Jadi gam tu akan melekat terus disitu. Tak melekat di jari kita.



Ada yang tanya mana Nanie beli gunting ni. Actually gunting ni lebih kepada gunting botol untuk kita recycle. Tengok bentuk dia tu lebih memudahkan potongan bulat. Tapi since di bahagian keyboard ni agak rumit, Nanie guna je gunting botol ni. Gunting biasa pun boleh. Asalkan jangan gunting dalam lipatan! Hehehe. 



Dan resultnya memang cukup puas hati. New interface untuk laptop kesayangan Nanie. Makin semangat pulak Nanie nak menaip bila tengok keyboard comel-comel macam ni kan. Bajet harga??? Allah. Murah sangat. Washi tape tu korang kena pandai-pandai cari. Kat Daiso ada jual, Kaison pun ada. Semua murah-murah. Satu roll tu less than RM 5 lah. Satu roll tu boleh pakai banyak kali ye. '

Ada yang tanya Nanie, masih nampak lagi ke huruf-huruf di keyboard tu? Yep! Still boleh nampak. Walaupun samar-sama sikit lah. Tips yang Nanie boleh berikan, if keyboard korang colour putih, korang cari washi tape yang background putih. Jangan backrground washi tape gelap atau too crowded coraknya. 

Kalau ada yang tertanggal sikit tu pandai korang lah lekatkan balik. Letak glue stick ke. Tak comot tak. Heehe



Nampak tak, Nanie jenis mudah terhibur? Hahahaha! Benda kecik dan comel macam ni pun Nanie boleh happy satu hari. Dah rasa hari minggu paling gumbira sekali. So, next apa project DIY lagi ye? Nanie nak asah bakat dan kreativiti lagi ni. 


***

Sedikit Berita: 

Semasa penerbangan adik Nanie dengan flight Air Asia AK 6228 (KL-KT) hari tu, dalam 1 jam selepas on flight, tiba-tiba flight patah balik semula ke KLIA 2. Katanya ada hydraulic leakage yang menganggu keselamatan penerbangan. Penerbangan ditangguhkan. Masa tu mak Nanie kat Johor semua risau dah. Alhamdulillah, penerbangan dijadual semula pukul 2 petang. Adik Nanie selamat sampai ke Terengganu jam 3 petang! 


14 comments:

  1. Alhamdulillah adik awak selamat sampai :D

    ReplyDelete
  2. wahh cantiknya keyboard ! boleh try nii hehe

    ReplyDelete
  3. dah cantik keyboard.. mesti lg semangat nak tulis blog kan?

    ReplyDelete
  4. cantik la awak....kita suka......nak buat jgk la....

    ReplyDelete
  5. Wahh Nanie, cantikkk la. nak try buat. baru tak bosan sangat tengok keyboard. Haha

    ReplyDelete
  6. kelakar part xramai yang kacak tu. hihi. comel lah. akak pun suka benda cute.

    ReplyDelete
  7. Comelnyaa kakkkk.. Ishhh ni nak tiru ni.. Ekekeke tp kena tukar lappy pink ni nanti ahaksss

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.
    comelnyaaa laptop lepas decorate guna washi. BV suka kumpul washi tapes, pernah jugak nak decorate keyboard, tapi agak leceh sebab cepat bosan n bila bosan mesti dah bukak balik benda tu. wakkaka XD

    ReplyDelete
  9. gagah oooo kalau nak buat ni...dapat kat sally yg pemalas neh..tak jadi ape

    ReplyDelete
  10. Wahh, corak Chevron tu yg bestt tuh...
    M menarik utk dicuba..

    ReplyDelete
  11. kretip kakak kita ni..cantik la Nanie..kalau fiza pun rasa nak borong je washi tape banyak² ..pastu xtahu nak buat ape..hihi

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork