Kiehl's : Raikan Ulangtahun Anniversary ke-165 & Pelancaran Daily Reviving Concentrate
1:43:00 PM
Assalamualaikum semua
Nanie amat berbesar hati apabila jenama terkemuka Kiehl's menjemput Nanie untuk majlis pelancaran produk terbaru dan sambutan ulang tahun anniversary ke-10 mereka. Sebelum ni, Nanie memang menggunakan beberapa produk terbaik mereka iaitu Calendula Herbal-Extract Toner, Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque dan Micro-Blur Skin Protector (KLIK SINI), dan Nanie sangat suka serta berpuas hati dengan hasilnya. Memang personally keluar duit sendiri dan spend beli sebab ramai yang suggest Kiehl's untuk long-lasting effect. A big-gulp for me!
![]() |
Berpeluang membuat sendiri "Daily Scent" daripada bahan botani Kiehl's |

Info :-
Kiehl's Daily Reviving Concentrate
30ml
RM 220

Diperkenalkan oleh Cammie Canella, Vice President of Kiehl's Global Education and Customer Experience New York, Daily Reviving Concentrate ini menggunakan 100% bahan botani dan semulajadi yang diformulasikan bagi membantu wanita mengatasi masalah kelesuan dan kekusaman wajah. Malahan ia juga menjadikan kulit sihat secara dalaman dan luaran. Satu kajian daripada Kiehl's terhadap wanita tentang berapakah usia mereka jika melihat pada kulit wajah, rata-rata menjawab mereka kelihatan 5.4 tahun lebih tua dari usia sebenar. Malahan "kelesuan wajah" berada di ranking kedua di Jepun, ketiga di Perancis dan keempat di US sebagai satu masalah yang merunsingkan wanita!
Nanie ada bertanya kepada Cammie sendiri sewaktu FAQ Session, sama ada Daily Reviving Concentrate ini sesuai atau tidak dengan kulit wanita Malaysia kerana perbezaan suhu, cuaca yang terik dan kering berbanding wanita di Barat. Ye lah dikhuatiri ia akan menghasilkan lebih banyak minyak. Jawab beliau, Daily Reviving Concentrate ini secara tidak langsung akan menghentikan penghasilan minyak oleh sebum kulit kerana ia menjadi trick kepada sebum bahawa kulit kita telah cukup minyak dan tidak terhidrasi.
Antara bahan utama dalam Daily Reviving Concentrate ini adalah :
Ginger Root Oil :
Melindungi sel kulit daripada UVA dan merupakan pemangkin kepada dermis protein bagi penghasilan kolagen.
Sunflower Seed Oil :
Membantu meningkatkan kelembapan kulit wajah, mengurangkan kesan kemerahan akibat cahaya matahari dan kelembutan kulit dipertingkat.
Tamamu Oil :
Mengekalkan kelembapan kulit wajah dan menjadikan kulit tampak sihat, lembut, licin dan tidak kusam.
![]() |
Antara bahan organik & semulajadi yang digunakan dalam produk Kiehl's |
Daily Reviving Concentrate ini menjadi pelengkap kepada penjagaan wajah Kiehl's untuk penggunaan siang manakala sebelah malam, Midnight Recovery Concentrate merupakan satu saranan produk yang terbaik. Midnight Recovery Concentrate ini diiktiraf sebagai Globally Best Selling dan telah menerima pelbagai award dalam kategori tersendiri.

Tak cukup dengan itu sahaja, Kiehl's juga memperkenalkan satu lagi produk iaitu Kiehl's Powerful- Strength Line-Reducing Concentrate yang telah terbukti secara kajian dan klinikal mampu mengurangkan garis halus dan kedutan. Diformulasikan dengan Vitamin C tulen ia memberikan improvement kepada kulit wajah dengan cepat dan berkesan seawal 2 minggu.
Info :-
Kiehl's Powerful- Strength Line-Reducing Concentrate
75ml
RM 328
Dengan pengenalan dua produk terbaik ini daripada Kiehl's jelas membuktikan Kiehl's sememangnya mementingkan kualiti dan kesan terbaik kepada pelanggan mereka. Sentiasa menjalankan kajian demi kajian serta penemuan formula terbarum, membuatkan Kiehl's sentiasa berada jauh di depan daripada yang lain dalam penjagaan kulit wajah yang menyeluruh dan membuatkan wanita semakin yakin untuk berdepan dengan orang lain.
![]() |
Bersama Instagrammer Famous : @haidayusof |
![]() |
Photo Group of the day! |
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh klik link-link di bawah :
Website :
Facebook :
Instagram :
@mykiehls
Pembetulan -
*Kiehls meraikan ulangtahun ke 165. Ulang tahun ke-10 adalah untuk
Dermatologist Solutions Product Range*
**Event adalah bagi pelancaran produk Daily Reviving Concentrate &
Kiehl's Powerful- Strength Line-Reducing Concentrate**
-Maaf atas kesilapan-
6 Inspirasi Dari Pembaca
Wooowwww semua sangat talented blogger hadir, proud sgt dapat kenal brand ni, keep it up nanie!
ReplyDeleteBestnyaaa! Pika pun baru acknowledge brand Kiehls ni last year soo ketinggalan zaman sebab brand ni sangat popular. Hahaa.. ada product dorang yg dah masuk dalam wishlist skincare tahun ni. wuuhuu~
ReplyDeleteGood sharing kak Nanie. Heeee... kena maintain awet muda ni. Harga tu quite expensive pulak :)
ReplyDeleteAda ke pihak Kiehl's bagi sampel? :D
wahh barang mahal dan terbaik ni..
ReplyDeletewow...
ReplyDeleteJOM FOLLOW SAYA
wahh sangat menarik..good sharing Nanie..
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!