Monday, September 21, 2015

Pembukaan Outlet Ke-6 Butik D'yana @ Bangi Sentral : Your Muslimah Fashion Specialist

Assalamualaikum semua



Hari minggu yang lepas, Nanie terima jemputan daripada Fashion Blogger Terkenal, Sizzling Suzai untuk menghadiri Majlis Pembukaan Butik Ke-6 D'yana di Bangi Sentral. Butik D'yana yang telah mula beroperasi seawal tahun 2009 kini dengan bangganya mempunyai 6 outlet di seluruh Malaysia. Meletakkan fesyen jubah muslimah sebagai produk utama mereka. D'yana memberikan pelbagai pilihan gaya kepada wanita Muslimah untuk tampil esklusif, anggun dan bergaya sesuai dengan sebarang majlis formal mahupun santai. 








Tak hairanlah jika ada yang menunggu pembukaan butik seawal 6 pagi lagi. Selain dari rekaan yang cantik, material yang digunakan juga berkualiti tinggi. Sepadan dengan harganya, jubah dari D'yana amat diminati segenap lapisan umur tidak kira seawal kanak-kanak usia 4 tahun sehingga ke orang deawasa. Jubah D'yana sangat selesa dipakai dan yang paling penting mengikut keperluan Syariah yang mengutamakan pemakaian menutup aurat, longgar dan tidak jarang.

Pemilik D'yana Butik : Pn. Ira & suami

Nanie sempat berbual dengan Pemilik D'yana Boutique, Pn.Ira. Memang cantik dan lemah lembut orangnya. Beliau dan suami merancang untuk menambah lebih banyak lagi outlet di sekitar Malaysia. Yang terkini, selepas pembukaan di Bangi Sentral, mereka bercadang membuka dua buah butik lagi di Kota Bharu Kelantan dan Pasir Tumboh. Permintaan kepada jubah muslimah sangat menggalakan malahan apabila tiba musim perayaan, mereka sendiri tidak menang tangan. Ternyata jubah dari D'yana sangat mendapat tempat di hati para wanita.






Melangkah masuk ke butik D'yana, gantungan jubah-jubah pelbagai gaya disediakan kepada pelanggan. Nanie sempat belek satu per satu jubah mereka, semuanya memang cantik-cantik. Kekuatan jubah dari D'yana Butik adalah dari segi perincian yang diberikan. Mereka gemar mengetengahkan perincian lace, manik dan sulaman yang sangat cantik dipakai. Warna-warna lembut, pastel dan manis melengkapkan lagi gaya si pemakai dan pastinya nampak ayu. 





































Dari segi harga pulak, jubah-jubah D'yana memberikan harga yang reasonable untuk pelanggan. Daripada yang Nanie tengok hari tu, ada jubah berharga sekitar RM 149 sehingga RM 249. Bukan tu sahaja, D'yana Butik jugak turut menawarkan shawl lace mereka yang cantik-cantik belaka! 



Dengan pembukaan outlet D'yana di Bangi Sentral ini, Nanie doakan moga-moga D'yana Butik terus cemerlang dan berjaya dalam dunia perniagaan. Terus menginspirasikan dan menjadi pakar yang terbaik dalam perniagaan jubah muslimah.




Untuk korang yang nak beli jubah D'yana, boleh klik link-link berikut : 

Website (Pembelian Online) 

Facebook : 

Instagram : 

Butik & Outlet : 

Alamat Butik D'yana Bangi :

NO 5-19-01 JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8A,
BANGI SENTRAL, BANDAR BARU BANGI,
43650 BANGI,
SELANGOR

Operating Hour: 11 am – 8 pm (Monday-Sunday)
Contact number: 018-5878020



6 comments:

  1. Kak Nanie!! Nice write up.. Muahhmuahh.. nanti jom shopping dkt D'yana guna voucher ritu jomm..

    ReplyDelete
  2. ade lace ada manik memang cantiklah baju dan tudung semua tu. Tengok harga agak berpatutan juga tu.kira standard harga. ada masa boleh terjah.takpun cuci mata tengok mana berkenan kat website tu :)

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaa baju cantiknyaa kita hehe

    ReplyDelete
  4. Saya memang minat dan kagum dengan design jubah Dyana. Moga dapat berpartnership dengan mereka nanti, Insya Allah.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork