Wednesday, September 9, 2015

Review : Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion

Assalamualaikum semua

Sedia maklum kebelakangan ni, KL memang jerebu teruk. Kadang Nanie keluar rumah pukul 8 tu nak pergi kerja, tertanya sendiri. Ni kabus ke jerebu? Ke mata aku yang dah kabur? Kuat jugak jerebu dia. Cuma disebabkan musim tengkujuh dah bermula, jerebu + kabus. Sejuk sikit. Tapi malam tidur tetap ye berpeluh bukan main. Macam lari padang 800 meter!

Minggu lepas Nanie tak sihat. MC dua hari. First time sepanjang bekerja Nanie ambil MC. Dia bukannya tak sihat melepek tak boleh bangun, tapi baru-baru ni Nanie kena eczema yang agak serius. Sampai kat belakang badan, kat tangan dan lengan semua kena. Puncanya selain daripada masalah jerebu dan cuaca, Nanie dah dapat tangkap yang Nanie allergic seafood kerang-kerangan ni. Actually Nanie dah bertahun memang tak makan kerang. Tapi hari tu, lebih kurang tiga minggu lepas, mak Nanie ada beli kupang segar dari Pasar Rengit. Dia masak steam. Apa lagi, laju je Nanie makan kupang cicah sos. Padahal, Nanie memang fobia kupang sebab dulu pernah keracunan. 

Makan sikit je padahal. Tup-tup badan semua gatal-gatal. Mula macam tak nak peduli sangat lah. Makin lama tak boleh jadi. Malam tidur asyik bergaru je. Sampai luka dan merah-merah badan. Akhirnya, Nanie terpaksa ke klinik dan ambil injection! Huhuuuu.... 


Tudia segala ubat yang doktor bagi Nanie kena makan. Ada yang makan waktu pagi, ada yang makan waktu malam. Total lost kena RM 167. Gulp! Tapi nak buat macam mana? Nak baik punya pasal kan?



Bayar aje lah. Tapi Nanie puas hati dengan Poliklinik Aiman ni. Doktor dia bagi penerangan yang bagus. Check betul-betul. Dan ubat yang diberikan pun bagus-bagus. Cumanya staff dia je yang agak slow dan tak mesra rakyat gitu. Ubat sapu Clobetasol tu pun doktor bagi dua kotak. Cetaphil Lotion ni harga di pasaran dekat RM 60 jugak lah. Jadi RM 167 tu reasonable lah untuk konsultan dan injection.

Apa yang Nanie nak highlight adalah Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion tu. Nanie ada share jugak di Twitter berkaitan lotion ni. Memang bagus dan berkesan! Nanie memang recommend pada sapa-sapa yang ada masalah kulit sensitif mahupun kulit kering untuk gunakan Cetaphil Lotion ni. Yang ada eczema atau ruam pun boleh cuba.






Nanie memang tak pernah guna jenama Cetaphil ni. Jadi bila kena eczema yang teruk ni, doktor suggestkan Cetaphil, terus Nanie jatuh cinta dengan brand ni. Berbaloi beli sebab ia membantu melembapkan kulit dan mengelakkan kulit kita ruam lebih teruk. Tak melekit dan tak mempunyai sebarang bauan, Cetaphil menjadi jenama yang diyakini oleh pengguna bila berkaitan dengan masalah kulit. Untuk Nanie, doktor sarankan For Dry to Very Dry Skin. Kalau korang yang sekadar kulit normal, boleh ambil yang For All Skin Types. Nanie pun terus beli sabun mandian Cetaphil jugak. Lepas mandi, cepat-cepat pakai lotion dia untuk lock moisture dalam kulit.



Malahan ada juga warga Twitter yang sarankan sekiranya korang ada masalah jerawat untuk gunakan cucian muka dari Cetaphil. Selain membunuh bakteria dan kuman, ia juga turut merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru. Nanie sendiri perasan, bila Nanie gunakan Cetaphil Lotion ditambah dengan ubatan yang doktor beri, luka-luka gatal akibat kesan garu di badan, lengan dan tangan Nanie dapat dipulihkan segera. Boleh nampak kemerahan tu dah takde dan proses kulit baru tumbuh tu cepat sangat.

Alhamdulillah Nanie sesuai dengan ubat yang diberi doktor tu. Takdelah rasa tak selesa atau gatal-gatal lagi. Terutama bila berpeluh dan cuaca panas. Rasa merenyam dia, Tuhan je yang tahu. So, satu lagi kesimpulan yang Nanie dapat, Nanie allergic kerang-kupang-tiram dan seangkatannya! No more after this!

Produk : Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion 
      For Dry to Very Dry Skin 

Harga : RM 56 - RM 58 

Boleh beli : Watson/Guardian/Farmasi 



3 comments:

  1. cetaphil memang bagus. Saya yang kulit sensitif ni pun guna cetaphil.

    ReplyDelete
  2. gulp jugak tengok bil tu...memang bayar je la kan..tapi tulisan tu macam cantik pulak.
    btw, macam bagus pulak cetaphil ni..

    ReplyDelete
  3. same here.. tapi sy kene di muka.. try avene pun bagus jugak

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork