Friday, September 18, 2015

Review NYX Soft Matte Lip Cream #21 Transylvania

Assalamualaikum semua

Awal tahun 2014 dulu, NYX Soft Matte Lip Cream Lipstick adalah antara produk kosmetik pertama yang Nanie review. Masa tu Nanie macam tak berapa confident sangat nak bawak hala tuju Blog Coklateyes kepada bidang kecantikan. Alhamdulillah sehingga hari ni, banyak juga perubahan pada Blog Coklateyes yang Nanie dah berikan. Korang boleh baca review sebelum ni di link ini : KLIK SINI

NYX Soft Matte Lip Cream adalah Top Selling & Must Have Lip Product pada Nanie. Nanie sangat suka pada tekstur, warna dan baunya. Seriously, Nanie rasa rugi sangat-sangat sapa yang tak ada NYX Soft Matte Lip Cream ni dalam koleksi. At least kena ada satu! *Hahahaha saje goda korang!*Waktu Nanie beli dulu, harga dia RM 26 dan warna masa tu banyak lagi, tapi sekarang ni NYX SMLC ni dah ada banyak sangat warna dan harga juga dah naik RM 30.



Shades San Paulo dah 3-4 kali Nanie re-purchased. Dan kali ni Nanie beli shades yang baru. Lebih dark, bold dan sesuai dengan Autumn Make Up. Wah-wah-wah fefeling pulak Malaysia ada 4 musim kan. Kihkih. Nanie beli NYX SMLC 21 Transylvania. Aduh mengancam kau warna dia!







Walaupun Nanie ni takdelah cerah sangat warna kulitnya, tapi so far once pakai memang outstanding warna pada bibir Nanie. Tak lah nampak makin gelap ke apa. Macam biasa kelebihan NYX SMLC ni pada Matte finishing yang diberikan. Lepas pakai, dalam 2-3 minit terus jadi matte. Bila matte memang akan lebih cantik dan bibir nampak lebih terbentuk. Tapi walaupun matte, dia tak keringkan bibir. Tak seperti beberapa lipstick (especially keluaran Korea) yang akan jadikan bibir kering dan seolah-olah pakai marker pen pada bibir.

Warnanya lebih kepada dark purple tetapi setelah di apply dia akan jadi warna kepada dark maroon. Cukup cantik, especially kalau dipakai untuk night atau dinner event. Warna yang exclusive. Tapi tak perlu risau. Kalau korang nak pakai untuk day usage pun takde masalah. Nanie selamba je pergi mall weekend lepas pakai shades ni. Be confidence beb! :)







Untuk Nanie yang memang penggemar lipstick, macam Nanie bagitahu so far NYX SLMC memang tak menghampakan. Sedikit tips Nanie nak kongsi, kalau beli lipstick make sure bersesuaian dengan tona kulit kita. Kalau orang kulit cerah, mostly semua shades boleh masuk. Contoh macam Nanie, Nanie tak sesuai sangat pakai warna nude seperti light pink sebab muka akan nampak pucat dan nampak kusam. Its better Nanie pakai warna yang lebih terang. Kena ingat, fungsi lipstick adalah highlight untuk solekan wajah. So no point kalau pakai lipstick tapi wajah nampak pucat. Dia berbeza tau dengan pakai lipstick nampak natural. Nanti Nanie share satu favourite lipstick Nanie yang nude dan natural serta sesuai dengan skin tone Nanie.

Info Produk : 

NYX Soft Matte Lip Cream
Code : #21 Transylvania 
Harga : RM 30 
Beli di mana : Sephora Outlet 

*Ada banyak fake NYX. Tolong berhati-hati!* 


17 comments:

  1. I just bought the SMLC in London and I am OBSESSED with it! Tak keluar mana2 pun nak pakai! :P :P :P I have very dark upper lips compared to my lower lips and London sort of evens out the tone. Kinda like my lips but better...
    -Hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah!!! I tak penah jumpa lagi London shades tu dear! nice try and good to hear that its work on you :)

      Delete
  2. Wow mengancam warnya hehe

    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. no wonder la cantek bibir kakak! love NYX soft matte lip cream muchhhh..kita ada 2 je..nak jugaklah warna bold macam ni..

    ReplyDelete
  4. wowwwww so sexyyy rasa dah lama x beli NYX heheheh

    ReplyDelete
  5. cantik warna nya..sesuai ngan bentuk bibir nanie.. :)

    ReplyDelete
  6. Hi Innanie!

    Boleh tak I kind of miss you? Kita patut dating kat The Picnic Table satu hari nanti tau.

    By the way, OK, I rasa nak beli lipstick ni. Alang-alang movie Hotel Transylvania 2 keluar kan.

    xo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aloh comel lah Yana ni! Insya Allah beb kita boleh jumpa :) tu lahhh i love lipstick!!!

      Delete
  7. kakak...pm dagu plzzzz. haha kemain sexy bibir dia

    ReplyDelete
  8. Kak, kalau nak solat dia mudah hilang tak?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork