Monday, October 12, 2015

CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer Makeover & Photoshoot Session

Assalamualaikum semua

Bertempat di Metal Bees Production House, Nanie dijemput oleh CLINIQUE Malaysia melalui Buterfly Project bagi satu sesi makeover. Sesi makeover ini adalah bagi pelancaran produk terbaru dari CLINIQUE iaitu CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++.


Sebelum makeover.
Bersama Mdm Yen, Senior Communication Manager CLINIQUE
& Mieza yang bare face! :) 
I love this shot. Kalau kenal Nanie, I am a happy go lucky person.
Pose tangan tu, macam nak bagi pidato kan!


Kalau perasan, dua tiga minggu ni banyak nampak advertisement mengenai CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer ni. Personally, Nanie sangat teruja bila diberikan peluang sebegini. Ye lah, CLINIQUE adalah satu jenama kecantikan dan makeup terkenal yang memang diyakini serata dunia. Bila dapat bekerjasama, Nanie rasa sangat gembira untuk mencuba sendiri kehebatan CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer ini.

Our beautiful makeup table

The hero : CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++

Nanie semasa sesi makeover. 

Clinique New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++
Bercakap mengenai foundation & concealer, bagi penggemar  makeup sememangnya ia merupakan satu perkara penting dan menjadi asas solekan. Kalau salah foundation, tak match dengan kulit kita... nescaya cakey dan tak cantiklah makeup kita. Seperkara lagi, bagi Nanie untuk foundation ia mestilah berjaya menutupi segala cela pada wajah dan menjadikan keserian wajah lebih menyerlah. Sama juga dengan concealer. Berfungsi sebagai menutupi cela, tona tak sekata mahupun sebarang kelemahan pada kulit wajah kita. Bezanya concealer lebih fokus pada satu-satu tempat. 



Jika sebelum ini, foundation & concealer adalah dua produk berbeza namun dengan teknologi yang dibawakan oleh CLINIQUE, mereka menggabungkan keduanya. Untuk apa? Semestinya bagi memudahkan dan menjimatkan masa. Selain daripada formula penjagaan kulit, CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++  ini amat sesuai bagi mereka yang mahu tampil cantik, glowing dan penuh keyakinan! 


WEIGTLESS MEETS FLAWLESS
Seperkara lagi yang menyebabkan Nanie jatuh cinta dengan CLINIQUE NEW Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++ adalah kerana teksturnya yang ringan dan menjadikan kulit wajah sangat licin, lembut dan flawless. Dengan konsep "Weightless Meets Flawless", ia memberikan satu litupan semualajadi pada kulit wajah dan melindungi kulit dari sebarang cela. CLINIQUE NEW Beyond Perfecting Foundation + Concealer ni didatangkan dengan 6 shades yang sangat sesuai dengan tona warna kulit orang Asia. Malahan ia juga adalah 100% Fragrance-free dan Allergy Tested. 


CAMERA...1,2... POSE!
Berbalik mengenai sesi makeover. Seramai 10 orang Butterfly telah terpilih untuk sesi ini. Masing-masing Nanie tahu excited bukan main kan? Bukan apa, kami semua mana ada basic modelling melainkan sorang dua yang dah biasa muncul di media. Tapi kami tak lepaskan peluang keemasan ni. Semua cuba berikan yang terbaik. Walaupun hakikatnya bukan mudah.

Nanie sendiri, aduhai bukan main kaku lagi depan camera. Tu lah, bila tengok ANTM selalu rasa pose depan kamera macam senang kan? Sekali bila disuruh pose yang betul-betul... hahahaha payah kemain! Kesin team photographer kena layan Nanie yang kaku ni. Konon-konon malam sebelum tu adalah tengok-tengok tips dari pinterest dan tutorial pose di You Tube. Sekali depan kamera, hamek... pose kemana, tips kemana. Kaku kau.... hahahah





Tidur dululah! Ke amik mood tu? Hahahaha.

Kau tengok aku pose apa? Hahahaha! Suka hati pose macam tu...
Pada Nanie, inilah yang ingin ditonjolkan melalui kempen Clinique ni. Tanpa mengira siapa dan bagaimana paras rupa anda, kita perlu yakin dalam menghadapi apa sahaja. CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++ membuatkan Nanie yakin di hadapan kamera. Tak perlu risau mengenai flaws, mengenai cela pada wajah, kulit berminyak, mahupun tona kulit tidak sekata. Sepanjang photoshoot berlangsung, Nanie tak rasa langsung seperti pakai make up yang tebal. Rasa ringan dan tak merimaskan. Malahan, kulit muka Nanie tak berminyak langsung walaupun berpeluh. Serius best! 

Tak perlukan sebarang foundation yang tebal. Cukup satu layer dan tiada lagi cela pada wajah! 

Seteleh mencuba untuk pose yang terbaik di hadapan lensa kamera, akhirnya... dapatlah satu pose yang menarik dan sesuai untuk tontonan umum. Hahahah! Yang lain semua, kalau korang tengok boleh tak tidur malam agaknya. Suka hati je Nanie pose macam-macam. 

Cuba perhatikan pada pipi pau Nanie tu. Takde langsung sebarang cela.
Malahan pada T-zone juga takde kesan minyak.
No editing filter ye.
Memang superb lah CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++

EXPLORE YOURSELF!
Lepas upload di Facebook dan Instagram, ada yang kata ni pose CEO, ahli korporat, ahli politik dan macam-macam lagi. Hahahah. Takpelah, tak kisah. Asalkan semua yang elok-elok ok lah. Bagi Nanie, Nanie dah lakukan satu cabaran besar dalam diri Nanie. Mencuba satu perkara baru adalah sesuatu yang membantu kita untuk tampil yakin dan keluar dari zon selesa. 


Terima kasih banyak CLINIQUE kerana memilih Nanie dan Blog Coklateyes bagi campaign ini. Terima kasih kerana yakin bahawa saiz bukan penghalang untuk tampil cantik dan menyenangkan. Terima kasih juga pada Butterfly Project Malaysia kerana sentiasa menyokong blogger plussize seperti Nanie dan yakinlah bahawa kecantikan itu dilihat pada penghormatan kita terhadap diri kita sendiri. 

A group photo is a-must!

Thanks CLINIQUE's TEAM! 


Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link di bawah : 

Produk 
CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++

Harga
RM 132 for 30ml

Website

Facebook


*Sehingga 18 Oktober ni, ada game yang boleh buatkan anda menang barangan CLINIQUE!
6 Pemenang dicari & bawa pulang barangan CLINIQUE berjumlah RM 600.00
Klik sini - http://bit.ly/1L8xDYS




8 comments:

  1. bestnya dapat make up guna brangan clinique ni..cntik mata!!

    ReplyDelete
  2. As salam Nanie..BW kat sini

    Wah bestnya..saya suka anything yang berkaitan dengan make up walaupun tak gheti make up tapi rutin sebelum kuar gi keja, harus make up dulu..heee

    ReplyDelete
  3. wahhhh.. bestnya kak nanie.. cantik sungguh la.. ada berapa warna benda ni.. jelez iolsss

    ReplyDelete
  4. rindu nak pakai produk clinique balik..dulu anak2 dara..suka beli... make up... pencuci muka pon pakai clinique.... :)

    ReplyDelete
  5. Yayy the pictures turned out great. Cantik je gambar Kak Innanie semua. Huhuhu.

    ReplyDelete
  6. Cantikk . ok letup semua pose nanie hahaha macam pro sangat =P

    ReplyDelete
  7. Wowwww diva sungguh gambar nanie tu photoshoot, perghhhh cantiklah makeup ni, rasa nak beli je...tahniah dik, love u more!

    ReplyDelete
  8. wahh semua cecantik bila make over by clinique team.tampil cantik dan confident. So far belum ada koleksi dari clinique..tapi pengalaman macam ni sure best :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork