Friday, October 16, 2015

DIY : Deco BB Cushion Case X Althea Korea

Assalamualaikum semua

Trend BB Cushion sedang menjadi-jadi kat Malaysia ni. Nanie tengok semua brand dari Korea hasilkan BB Cushion mereka. Memang best bila kita ada banyak pilihan kan. Tapi, bukan tu je trend yang melanda. Ada satu lagi trend yang best... dan comel! Trend deco BB Cushion casing. Haaa? Korang tahu tak? Masa first tengok pun Nanie geram je. Ye lah, merangsang daya kreativiti kan.


Nanie pun cepat-cepat join BB Cushion Collection Activity ni. Setiap pembelian BB Cushion dari Althea Korea, korang akan dapat Mini Deco Set yang memang comel rasa nak gigit-gigit! Kreatif betul lah orang Korea ni. Ada je idea dorang nak pikat orang. Heheheh




Nanie pilih IOPE Air Cushion XP. Banyak betul review kata IOPE Air Cushion ni bagus. Nanie belum cuba lagi. Nanie excited sebab nak deko dulu. Althea siap bagi glue dengan piping lagi untuk lekatkan deko item tu.


Mula-mula kena cuba susun atur dulu. Muat tak nak letak satu BB Casing tu. Paling mencabar sebab dia licin kan. So, kena pastikan deco kits letak dalam keadaan selamat.




Lepas dah puas hati dengan susunan, boleh letakkan gam di permukaan BB Cushion case tu. Tak silap Nanie kat Daiso ada jual gam ni. Hari tu macam ternampak. Dah letakkan gam tadi di sekeliling BB case, yang ala-ala cream cake tu kan... terus letakkan deco kit atas gam. Lekat kan mengikut susun atur yang korang dah plan tadi.







Don't worry kalau ada comot-comot ke serebeh-serebeh ke. Kata orang, yang comot tu yang ada nilai artistik kan? Suka hati korang lah nak deko macam mana. Nanie disebabkan first time agak comot lah jugak dekorasinya! Hahahaha. 


Gam ni cepat kering. Biarkan dalam 30 minit macam tu dah kering sepenuhnya! Bila tengok semula kan, rasa comel sangat idea orang Korea ni. Tak terfikir pun kita boleh decorate atas tu kan. Lepas dah ada deco macam tu, terus fefeling cantik bila guna IOPE Air Cushion XP ni. Comel kan??? 


Oh ye kalau korang nak beli produk-produk kecantikan dan makeup dari Korea, korang kena beli dekat Althea Korea tau! Banyak sangat pilihan dan paling penting, murah-murah semuanya. Lebih murah dari harga yang dijual di kedai. Nanie dah tiga kali beli kat Althea Korea. Memang puas hati sungguh lah! 


Kalau korang nak baca pengalaman Nanie membeli belah di Althea Korea boleh klik link berikut : I AM ALTHEA BEAUTY AMBASSADOR!. Kat situ korang bacalah dari A-Z pengalaman Nanie dengan Althea. Memang recommended sangat-sangat. 

Atau boleh terus klik link-link di bawah : 

Facebook : 

Website : 

Instagram : 




8 comments:

  1. Menariknya Althea ni...rasa mcm nak try lah satu, woww cantik nanie deco makeup tu letak mcm2 kartun...unik! Tengok pun rasa nak makeup hari2 hehhehe

    ReplyDelete
  2. dah cuci mata kat Althea..tunggu masa nak beli je lagi..geram kot tengok benda comel² ni...kotak dia tu yang menarik..hehe

    ReplyDelete
  3. Akak.. BB IOPE tu best mcm Laneige tak? hehe

    ReplyDelete
  4. Gigihnya uolssssss... mak budak macam kak ayu ni, dapat kemas rumah pun syukur alhamdulillah...ni kalu nk deko camni, erkkk.

    ReplyDelete
  5. cutenya kalau jual yang deco tu kan best huhuhu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork