Thursday, October 29, 2015

Review & Pengalaman Minum Inteemor by Ephyra

Assalamualaikum semua

Ingat lagi tak entry pengenalan Nanie pada produk terbaru dari Ephyra iaitu Inteemor? Kalau masih ada yang belum baca, boleh klik sini untuk pembacaan lanjut: Inteemor Jaga Alat Sulit & Peranakan Wanita.


Alhamdulillah hari ni hampir dua bulan Nanie dah gunakan Inteemor. Biasanya Nanie akan ambil sebelah pagi, lebih kurang satu atau dua jam selepas Nanie ambil minuman Ephyra. Complete set untuk seorang perempuan lah kan. Ephyra minuman untuk supplement kecantikan dalaman dan luaran manakala Inteemor lebih khusus bagi penjagaan keintiman. 


Mesti nak tahu kan apa khasiat Inteemor ni sampai kan trending di Instagram semua pasal Inteemor. Meh Nanie ceritakan serba sedikit mengenai Inteemor ni. 


Inteemor merupakan minuman botani yang dirumuskan dengan 16 bahan semulajadi terpilih dan makanan Sunnah. Memfokuskan kepada kesihatan bahagian intimasi dan peranakan wanita, Inteemor telah terbukti banyak manfaatnya kepada wanita tidak kira sama ada masih bujang ataupun sudah berkahwin. Malahan, seawal usia 18 tahun juga dah boleh ambil Inteemor. 


Antara faktor yang menarik minat Nanie untuk cuba Inteemor adalah bahan yang terkandung dalam Inteemor. Contohnya Dong Qui, Kacip Fatimah, Sireh, Aprikot Seed dan Akar Serapat yang memang sangat sinonim untuk kebaikan kesihatan dalaman wanita. Bahan- bahan ini bukan sekadar menjaga kewanitaan, malahan ia juga bersifat anti-kanser, anti-bakteria dan boleh menstabilkan hormon kita. 



Rasa Inteemor macam jus kurma! Sedap. Tak manis dan tak pahit pun. 

PENGALAMAN NANIE GUNAKAN INTEEMOR 

1. PERIOD LUAR BIASA BERHENTI 

Baiklah sepanjang Nanie gunakan Inteemor selama sebulan, ada beberapa perkara yang Nanie nak highlightkan.Nanie minum Inteemor secara tak sengaja. Masa tu Nanie uzur. Tapi keuzuran Nanie masa tu memang sangat-sangat berbeza. Tempohnya terlalu lama dan dalam kuantiti yang terlalu banyak. Bayangkanlah, dalam masa dua jam Nanie kena tukar 2-3 kali pad. Jenis uzur yang bila bangun je dari duduk terus laju semacam je keluar.  Aduhai, masa tu memang tak selesa semua benda. Pernah sekali tu, Nanie keluar dengan Arif sampai tembus tau. Malunyaaaaaa!!!


Sepanjang hidup Nanie tak pernah kena uzur sampai macam ni. Nanie dah mula risau. Mak dan kakak Nanie cadangkan untuk Nanie jumpa doktor sebab khuatir mana tahu ada pendarahan dalaman ke apa. Sebab memang lain macam betul uzur waktu tu. Nanie tolak. Bukan takut ke apa, tapi faham-fahamlah doktor ni... makin macam-macam pulak nanti diperiksanya. 

Time tu tak tefikir pun nak cuba Inteemor. Sebab takut kalau ia menjadikan lebih teruk ke apa. Sampailah satu malam tu masa Nanie kat Johor nampak mak Nanie minum Inteemor. Nanie pun saja-saja lah cuba. Tawakal je lah. Sebab Inteemor sebenarnya tak boleh diminum ketika haid. Tapi kata orang kita mana tahu kan. Nanie minum satu sudu sebelum tidur.
Pagi esoknya dah perasan sesuatu. Uzur Nanie berkurang sedikit. Tetap ada tapi tak banyak macam yang luar biasa tu. Bangun pagi tak payah terus berlari ke toilet. Nanie teruskan minum Inteemor pada malam kedua. Alhamdulillah, masuk hari ketiga minum Inteemor, uzur Nanie berhenti secara elok dan takde lagi kesan sikit-sikit. Memang totally berhenti!!! Allah, time tu memang bersyukur sangat. Bayangkan Nanie uzur sehingga hampir 21 hari! Syukur sangat Nanie minum Inteemor! Terus je kesannya dapat Nanie rasa seawal 3 hari minum Inteemor. Power betul! 


2. SIMPTOM PMS & SENGGUGUT DAPAT DIKAWAL 

Haaa ini masalah biasa yang Nanie alami setiap bulan. Time nak uzur tu, aduhai bukan main sakit pinggang, sakit badan semua. Emosi? Jangan cakaplah. Mula lah fikir bukan-bukanlah, macam nak nangis ada. Cepat marah ada. Lepas minum Inteemor Nanie rasa ada perubahan bab sakit-sakit pinggang dan pms sebelum uzur tu. Macam kurang sikit. Tapi tetap kena kekalkan posisi badan, posisi duduk yang selesa. Bahagian perut pun dan bahagian belakang tak berapa tegang ketika uzur. Lagi satu tang senggugut ketika uzur. Inteemor membantu Nanie untuk redakan senggugut ketika uzur.  Malahan lancar je perjalanan darah ketika tu.


3. TURUN BERAT BADAN 

Yang ini pengalaman kawan Nanie. Pergh, Nanie dengar pun Nanie jeles. Dia minum Inteemor lebih kurang dua botol, berat badan dia turun 7 kg. Bukan main happy lagi dia bila dapat turunkan berat sebanyak tu. Ye lah kan, Inteemor kan membantu dari segi pelawasan, penghadaman dan detoks. Sebab tu tak mustahil untuk dia boleh turunkan berat badan. Kalau Nanie pulak, Nanie perasan bila minum Inteemor dan ditambah minum Ephyra, semuanya lancar. Hahahah. Pagi-pagi laju je ke tandas. Proses detoks berjalan dengan jayanya! 



Nanie memang sarankan sangat pada semua pembaca Blog Coklateyes tak kiralah dah kahwin ke belum untuk ambil Inteemor dari Ephyra ni. Keberkesanannya sangat-sangat menakjubkan. Menjaga kewanitaan dan alat sulit wanita. Bukan Nanie sorang je yang rasa khasiatnya, ramai dan beribu-ribu testimoni berjaya ada di Instagram @ephyra2u. Macam-macam ada. Dari masalah keputihan, hubungan suami isteri semuanya ada lah! Pergi korang baca sendiri. 

Kalau korang nak beli Inteemor, boleh klik link-link dibawah untuk maklumat lanjut : 

Harga :
RM 49 (SM)
RM 53 (S&S)
(Tidak termasuk postage)

Website : 

Facebook : 

Instagram :

Hotline Ephyra : 
019.3999.238 / 03.4141.7889

* Pre-Caution : Ibu Mengandung DILARANG mengambil Inteemor
** Wanita bersalin selepas 5-7 hari BOLEH mengambil Inteemor




4 comments:

  1. wah..tahniah Nanie..lepas ni boleh terus consume Inteemor..akak lom cuba lagi...insyaallah esok baru nak cuba...harap2 masalah period tak teratur akak akan pulih

    ReplyDelete
  2. Kak julia suka baca review nannie terbaikkkkkkkkkk!
    Baru tau nanie ada masalah period yg luar biasa ye...mujur ada inteemor...fuhhh kalau tanya akak yang baru 2 week guna inteemor ehemmmmmmmmmmm tiap2 pagi lawas dik...cepat je nak membuang tapi x sakit perut...weeeeeeeee suka lah inteemor ni energy segera, ada je otak fikir nak buat apa2...lg satu terbaik lah untuk kemesraan suami isteri...ada urmmmmmmmmmmmm hahahha terlebih sudah !

    pssttttt doa doa bagi Qi dpt adik ek dik nanie hahahhaha

    ReplyDelete
  3. Suka rasa inteemor yang sedap tu..hari hari tak tinggal. Sebab sayang kalau skip kan. Alhamdulillah kesannya sangat bagus. Paling suka bab membuang segala toksin, ringan badan, badan bertenaga. Memang betul makin mantap. Harap ada berita yang lebih baik nanti :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork