Tuesday, November 3, 2015

Menang Althea Blogging Challenge & Althea #1st Beauty Ambassador

Assalamualaikum semua


Malam Sabtu lepas, Nanie dijemput oleh pihak Althea untuk sama-sama meraikan kehadiran CEO & Founder Althea Korea, Mr. Frank Kang dari Korea yang datang ke Malaysia. Untuk pengetahuan korang, Althea Korea juga telah dianugerahkan sebagai Winner of the Malaysian Multimedia Development Corporation (MDeC)'s Top Rookie Award walaupun baru 4 bulan beroperasi. Tahniah!!!

Sempena Halloween tu, mereka turut meraikannya. Meriah semua datang dengan kostum bagai. Nanie takdelah. Pakai biasa saje sudah. Tujuan Nanie nak kenal-kenal dengan Founder Althea sendiri. Yelah bukan senang nak tengok usahawan berjaya dengan idea yang hebat. Mesti banyak pengalamannya kan. 


Bertempat di Go-Gung Korean BBQ & Traditional Cuisine, The Garden, ni first time Nanie makan makanan Korea. Ohhh jangan risau, Go-Gung adalah satu-satunya restoren makanan Korea yang HALAL. Masa makan tu pun, nampak beberapa orang Melayu dan Arab makan disitu. Disebabkan Nanie tak pernah makan, makanan Korea jadi tertanya-tanya jugak macam mana agaknya rasanya. 



Ini adalah side dish yang disediakan dan boleh tambah sekiranya habis. 

Mr.Frank seorang yang peramah tengah masakkan untuk kami. 

Yang ini Nanie tak pasti apa namanya. Sapa tahu?
Pada mulanya Mr.Frank bagitahu yang makanan Korea agak pedas. Bila Nanie try yang ni memang pedas pun,
tapi masih boleh tolerate lah. Macam tomyam tu! Sedap...
Yang ni Nanie paling suka, Ayam BBQ! 
Daging BBQ dia pun sedap gak. Hiris halus dan cicah sos homemade Korea


Kebanyakan yang datang malam tu 95% Nanie kenal. Jadi takdelah awkward sangat. Tambah pulak ada dua adik comel ni. Si Mira Cikcit dan Mieza Everdeen. Heheheh. Korang tahulah kami ni kalau dah jumpa memang gelak + borak dan menyakat jelah kerjanya. Lagi-lagi si Mira. Dia fefeling Vampire Muslimah katanya! Hahahaha. Nak tengok gambar Vampire Muslimah? Habislah kau Mira! 



Kau tengok gembiranya Vampire Muslimah ni. Hahahaha. Dia pakai gigi tu terbalik kau tahu! 

Dan jumpa jugak dengan si manis, Pinku ni. Lama betul tak jumpa dia. Last jumpa masa event  di Sunway Pyramid dulu. Dia dah habis belajar sekarang. Tengah tunggu sambung degree. Ke terus kahwin ni Pinku? Hahahaha


Yang bawah ni paling win!!! Si Reiko... dia makeup jadi Joker kot. Memang power betul. Tak dapat bayangkan macam mana dia dari parking, masuk lif dan jalan kat mall. Mesti ramai budak nangis tengok dia kot. Kiteorang pun tengok dia scary!!! 


Sebagai menghargai Media Social Influencer yang datang malam tu, Mr Frank menghadiahkan kiteorang sorang satu bucket yang penuh dengan beauty product dari Korea! Yahoo!!! Sapalah tak suka makeup kan? Hehehe. 



Lepas dah habis makan dan amek gambar semua. Tiba-tiba Tammy kata nak umumkan something. Masa tu berdebar jugaklah. Tapi buat-buat cool. Hahahah. Tammy bakal umumkan pemenang untuk Althea Blogging Challenge : Beauty Ambassador. Terus nervous!

"Setiap manusia punya rezekinya tersendiri. 
Cuma cepat atau lambat, bergantung pada usaha!" 

Nanie sentiasa pegang kata-kata tu. Kalau satu masa dulu, pernah lah Nanie kecewa sebab tak diizinkan untuk terima sesuatu... tapi Nanie tak pernah rasa itu sebagai penghalang untuk Nanie melangkah jauh dan berjaya dalam apa sahaja bidang yang Nanie cuba dan ceburi. 

Alhamdulillah!!! Kali ni rezeki Nanie. Nanie berjaya menjadi juara Althea Blogging Challenge yang memberikan Nanie RM 1000 Althea Shopping Credit dan secara tak langsung, Nanie adalah Althea Korea 1st Beauty Ambassador. 



Yang lain-lain pun power jugak entry mereka. Contohnya macam Carolyn tu. Dia buat video. Best dan banyak informasi mengenai produk. Di entry Nanie, [Klik Sini] Nanie lebih banyak kongsikan pengalaman Nanie membeli belah di Althea. Sebagai pengguna dan pembeli online, Nanie rasa perkara paling susah adalah untuk memberikan kepercayaan kita dalam urusniaga tersebut. Sebab tu Nanie tampil dan kongsikan pengalaman Nanie bersama Althea supaya para pembaca Nanie dapat informasi yang betul dan tepat. 


Dan yang paling Nanie tak sangka, selain hadiah RM 1000 Althea Credit, Mr. Frank juga merancang untuk bawa Nanie ke Korea pada musim Spring tahun depan!!! Allahuakbar.... memang dream come true betul lah. Mudah-mudahan rancangan ini berjaya dan mudah-mudahan ia juga menjadi kenyataan. Tak sabar betul Nanie nak ke Korea! Nanie memang target sangat-sangat tahun 2016 Nanie dapat jejak kaki ke Korea atau Jepun. Alhamdulillah... moga-moga dipermudah. 


Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak pada semua yang undi Nanie di FB. Yang memberi keyakinan dan menyokong Nanie. Dan paling penting, moga-moga Blog Coklateyes memberi lebih banyak manfaat dan rezeki pada Nanie dan pada semua pembacanya! :)

Facebook : 

Website : 

Instagram : 




19 comments:

  1. Tahniah nanie..boleh la belanja akak ..ekekek

    ReplyDelete
  2. Tahniah kakak gojes! Jeles ni boleh jumpa abam Lee Min Ho. hahaha. OMG! Muka mira.... LOLLL

    ReplyDelete
  3. Uuuuu bestnya. Time nak umum tu kita pun jeles. hahahah!

    ReplyDelete
  4. wahhh..menarik.. tahniah nanie.. :)

    ReplyDelete
  5. tahniah kak. untung tau boleh pergi korea. ramai yang cita2 nak gi sana termasuklah saya. hehee. happy for you. keep inspiring people. :)

    ReplyDelete
  6. tahniah nanie!!!!! happy for you...

    Mira pakai gigi terbalik?hahahaha...kelakar tul budak kecik tu...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..tahniah Nanie..bestnya dapat sorang satu bucket full of make up stuff tu!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork