Wednesday, November 11, 2015

Mudah, Selamat & Jimat Shopping Online di The Body Shop!

Assalamualaikum semua

Jenama The Body Shop bukanlah satu jenama asing di Malaysia. Malahan boleh Nanie katakan, hampir 80-90% shopping mall di Malaysia ada outlet The Body Shop. Nanie pun memang dari dulu lagi suka dengan The Body Shop ni. Mereka kan terkenal dengan penggunaan bahan alam semulajadi. Tu yang best tu! 

Selain daripada jualan secara offline, Mereka juga ada menyediakan khidmat jualan di atas talian atau ONLINE SHOPPING! Haiiih, kalau dah ada online shopping, lagilah mudah nak membeli kan? Biasalah kalau dah nama Online Shopping ni, sudah semestinya berfungsi untuk memudahkan pelangggan. Lagi pulak sekarang ni, masa cepat betul berlalu. Dengan ada mekanisme Online Shopping, pelanggan dapat jimat masa, jimat tenaga, jimat minyak dan macam-macam jimat lah! Semua dihujung jari kan. 

Ada beberapa perkara yang menyebabkan Nanie suka online shopping The Body Shop ni. Antaranya adalah : 

1. Produk Terbaik & Best Seller : Melalui website, semua NEW PRODUCT & PROMOTION kita boleh tahu dulu! Kadang tu, belum ada di pasaran lagi kita dah boleh beli di website mereka. Bukan tu je, kita juga boleh tahu produk mana satu yang TOP RATED dan disukai ramai. Kalau orang ramai suka, mesti produk tu terbaik dan best kan? 




2. Harga Promosi & Update Stock : Melalui pembelian online, pelanggan boleh menikmati pelbagai diskaun dan harga promosi yang sangat berbaloi! Boleh buat penjimatan kan? Selain tu, sekiranya produk yang kita nak tu takde dalam stok, mereka juga menyediakan servis untuk update kita selepas stok sampai melalui email. Jadi takdelah, kita terlepas pandang atau mungkin kena check setiap hari stok produk tu dah ada belum kan? 




3. Maklumat Lengkap & Membantu Pelanggan : Nanie sebagai pelanggan amat mementingkan info dan maklumat yang diberikan. Bagi Nanie pemberian maklumat yang tepat amat berguna dalam membantu pelanggan menentukan kesesuaian produk pada diri mereka. Di The Body Shop, bukan sekadar maklumat produk dipamerkan secara jelas dan dalam DWI-BAHASA, mereka juga turut mempamerkan CUSTOMER REVIEW & RATING yang mana rata-rata adalah feedback dari para pelanggan setia mereka sendiri! 






4. Review Produk dari LyBloggers : The Body Shop juga kini memperkenalkan LyBloggers iaitu satu campaign review produk daripada para blogger. Semua review diletakkan dalam satu seksyen dan memudahkan pembaca meneliti satu per satu review yang diberikan. Terutama bagi produk terbaru! 



5. Lengkap, mudah & mesra pelanggan : Bercerita mengenai online shop, Nanie yakin ada 1001 pengalaman pelanggan. Untuk Nanie, mudah sahaja, online shop yang terbaik adalah online shop yang lengkap, mudah dan mesra pelanggan. Di website The Body Shop, mereka mempunyai ciri-ciri tersebut. Customer Services Centre dengan waktu panggilan yang tertera besar memberikan pelanggan mudah menghubungi mereka. Malahan, Nanie juga suka dengan pelbagai campaign Go Green yang diketengahkan The Body Shop dalam menyelamatkan alam sekitar yang secara tidak langsung mendidik pelanggan untuk sama-sama menjaga alam sekitar. 




Setelah meneliti dan pusing-pusing dua tiga kali di website The Body Shop, Nanie pun berpuas hati untuk shopping disana. Apa lagi, memang kebetulan banyak jugak barang Nanie dah hampir habis. Jadi ni kira restock lah! :) 


Pengalaman Online Shopping The Body Shop :  

Nanie rasa selepas Nanie place order, dalam 3-4 hari selepas tu, order Nanie dah sampai di office. Walaupun Nanie beli hanya 4 barang je, tapi mereka masukkan dalam satu kotak besar. Rasa selamat sangat bila tengok kotak tu pun diselotip semua bucu dan kotak tak ada sebarang kemek. Salah satu produk yang Nanie beli adalah dalam bentuk botol kaca, kalau tak dibalut dengan baik for sure akan pecah kan? 



Bila Nanie bukak kotak tu, sekali lagi Nanie cukup puas hati. Mereka letakkan banyak sangat shredded paper didalamnya. Supaya produk tadi tidak berlanggar sesama sendiri dan pecah. Puas hati betul lah bila nampak barang kita dijaga dengan baik kan? 


Dan pada produk yang botol kaca, mereka balut sekali lagi dengan bubble wrap. Walaupun agak susah nak bukak tapi takpe. Janji botol tak pecah dan produk tumpah. Sama jugak dengan produk botol Face Mist tu. Mereka selotip pada bahagian penutup supaya tak terbuka. 



Selain menggunakan bahan-bahan kitar semula, The Body Shop juga memberikan jaminan produk dengan disertakan medium untuk komunikasi dan perhubungan sekiranya terdapat masalah pada parcel. Di bahagian atas kotak turut memberitahu bahawa sebagai pelanggan The Body Shop, kita juga membantu mereka dalam kempen kesedaran penjagaan alam sekitar. 


Secara keseluruhan, Nanie memang puas hati sangat-sangat berbelanja secara online di website The Body Shop. Produk dihantar dengan selamat, website yang mesra pelanggan dan penuh dengan informasi, barangan yang dihantar betul dan memuaskan hati malahan Nanie boleh katakan, pembelian secara online lebih jimat dan lebih mudah lah! 

Produk-produk di atas, jumlah yang Nanie spend adalah RM 238.00 dan untuk makluman sehingga 19 November 2015, PENGHANTARAN adalah PERCUMA! Jadi, kalau korang nak shopping di The Body Shop, cepat-cepat... beli sekarang ok! Best!!! Nanie memang recommend sangat kalau korang nak jimat masa tapi tetap nak shopping! Kihkihkih.... 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link dibawah :

Website : 

Facebook : 


Instagram :








3 comments:

  1. wah..bestnya..memang suka sangat wangian dari bodyshop

    ReplyDelete
  2. jadi gk perlu keluar2 rumah yah

    ReplyDelete
  3. cantik dia pack kan..memang selamat parcel gitu. Tak pernah lagi shopping online the body shop..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork