Monday, November 2, 2015

Review CLINIQUE Beyond Perfecting Foundation + Concealer

Assalamualaikum semua

Ingat lagi tak event Nanie bersama Clinique beberapa minggu lepas? [Klik sini] So hari ni Nanie nak review Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer yang memang telah memikat hati Nanie sejak dari pertama kali bertemu! Ecewah.














Sejujurnya Nanie memang dulu-dulu lagi ada terfikir "Alangkah mudahnya kalau ada produk yang combine 2in1 antara concealer & foudation". Nanie selalunya gunakan foundation berbanding concealer sebelum apply make up namun kalau ada produk yang ada keduanya memang brilliant idea! Kini, taraaaaaaa!!! Clinique dah realisasikan impian Nanie dan kebanyakan makeup lovers dengan produk terbaru mereka Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer. 

my shades : 66 True Beige



Produk Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer ini memberikan medium - full coverage kepada pengguna. Dilengkapi dengan SPF 19, ia memberikan perlindungan dari sinar UV untuk kulit kita juga. Teskturnya yang ringan dan pekat memang Nanie suka. Hanya perlu gunakan sedikit sahaja dan boleh cover segala cela pada wajah kita. 


Sepanjang Nanie gunakan Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer, memang tak terasa seperti pakai makeup. Very light. Even lagi menarik, Nanie kan jenis cepat berpeluh, so kadang-kadang bila cepat berpeluh macam tak guna je pakai foundation bagai kan... so the trick is once dah pakai foundation, cover up dengan loose powder. Dan tekstur Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer yang ringan ni menjadikan ia nampak sangat natural dan tahan lama. 


Didatangkan dengan 6 shades yang memang sepadan dengan tona kulit wanita di Asia, Clinique memberikan penumpuan kepada masalah yang selalu dialami wanita iaitu tona kulit tidak sekata. Formula foundation yang digunakan bukan sekadar memberikan kecantikan kulit malahan juga tona yang cantik dan menaikkan lagi seri wajah seseorang. 



Seperkara yang menyebabkan Nanie jatuh cinta dengan Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer adalah applicatornya. Applicatornya yang bersaiz besar dan mempunyai dua permukaan boleh diaplikasikan sebagai foundation & concealer. Bahagian doe-foot sesuai untuk sweep cecair produk manakala bahagian pointed tip digunakan untuk cover bahagian yang kita target. 


Nanie suka sentuhan dan hasil yang diberikan. Seriously, nampak tona kulit sangat sekata. Yang paling penting, sangat flawless dan kulit makin nampak gebu serta glowing. Memang terbaik betul finishing yang diberikan Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer ni! 


Nanie memang sarankan kalau korang suka makeup, nak cepat dan satu produk yang bagus, inilah produk yang memenuhi kriteria tersebut. Nanie sendiri sekarang ni rasa mudah sangat nak apply makeup. Tak perlu lama-lama! Dengan harga RM 132/botol, ia mampu bertahan sehingga 3-4 bulan. Tak ke berbaloi tu? Selain tu, kalau korang tak pasti shades mana yang sesuai dengan tona warna kulit korang, terus je datang ke Clinique Outlet di mana-mana shopping mall dan dapatkan bantuan Beauty Advisor mereka. 



Produk 
CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++

Harga
RM 132 for 30ml

Website

Facebook



6 comments:

  1. tertarik betul dengan produk clinique. one day lepas dah kerja. nak kena ada jugak at least satu produk clinique. hehee

    ReplyDelete
  2. Tertarik..kena menabung ni dulu sementara nak abiskan foundation yang sekarang..hehe..

    ReplyDelete
  3. Ok noted...nak survey kt watson hahahahhaa

    ReplyDelete
  4. akak pun suka foundation ni,...best and senang nak apply...sesuai untuk kulit muka berpeluh sebab mekap tak cair sangat... :)

    ReplyDelete
  5. perfecto hasil penggunaan dia..memang fully cover kesan parut kat muka tu kan..cantik!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork