Wednesday, November 25, 2015

Review Laneige Two Tone Lip Bar : No.1 Magenta Muse

Assalamualaikum semua

Nanie penggemar lipstick. Pernah beberapa bulan lepas, Nanie let go hampir separuh daripada kolesi lipstick Nanie. Tapi kalau dah minat, pergi mana-mana mesti lipstick dulu yang memukau mata. Dalam handbag Nanie je ada 5-6 jenis lipstick. Hahahah. Ikut mood nak pakai yang mana.

Dalam banyak-banyak lipstik, antara yang menarik perhatian Nanie adalah Laneige Two-Tone Lip Bar. Of courselah kalau dah brand Laneige memang antara kegemaran Nanie. Dan kat mana lagi Nanie beli kalau bukan di Althea Korea, shopping website barangan Korea yang paling popular sekali di Malaysia. Harga yang ditawarkan dahlah lagi murah dari harga pasaran. Memang patutlah Althea Korea ni famous habis! Baca Entry : Klik Sini



Di Korea ada trend untuk dapatkan bibir dua tone. Jadi, Laneige telah menggabungkan dua warna yang berpadanan dengan tona kulit wanita Asia untuk mendapatkan bibir yang cantik dan nampak fresh. Mula-mula pun Nanie macam tak sure jugak, cantik ke tidak, sesuai ke tak dengan tona kulit Nanie. Ye lah, tona kulit Nanie macam langit dengan bumi kot kalau compare dengan orang Korea.

Nanie paling suka idea gabungan warna dan uniknya, potongannya yang serong membuatkan Nanie nak tahu sangat hasilnya pada bibir Nanie. Takut gak bila potongan serong ni sebabkan pemakaian lipstick jadi sememeh dan comot...


Bagi pembelian pertama kali ni, Nanie beli warna No.1 : Magenta Muse. Ia adalah gabungan warna ala-ala orange dan merah yang pekat. Nampak gabungannya cantik. Bukan tu je, selain dari Magenta Muse, ada 9 lagi pilihan gabungan warna yang semua cantik-cantik.



Walaupun nampak macam semua warna menggoda, tapi Nanie yakin Magenta Muse paling sesuai dengan tona kulit Nanie. Laneige Two Tone Lip Bar ni boleh digunakan secara bertukar-tukar. Kalau korang nak yang fresh, di bahagian luar letak orange. Nak garang sikit letak warna merah tu.



Warnanya yang fresh dan lembut memang menyerlah dan cantik. Tidak mempunyai sebarang bau seperti cream atau sebagainya, Laneige Two Tone Lip Bar memberikan sapuan maksimum yang cantik dan menyeluruh. Mudah digunakan walaupun bentuknya bersegi dan tahan lama juga. Tak mudah luntur. Kalau korang makeup ala-ala natural, boleh gunakan warna orange tu yang lebih.




Warna yang diberikan memang cun! Bahagian atas merah, bawah oren.
Bila Nanie cuba kenakan pada bibir memang sangat cantik warnanya. Tapi disebabkan Nanie ketap bibir, so warna oren tu blend dengan merah. Tak nampak dah dia ada dua tone. 


Walau apapun, Nanie tetap suka tekstur yang diberikan. Non-matte, tapi bukan glossy. Yang paling best, dia bagi fully effect. So kalau bibir nipis nampak lebih tebal sedikit. Sangat cantik dan bright. Tak sememeh pun Nanie pakai walaupun bentuknya serong kan. Kena pandai lenggokan tangan ye! 

Nanie masih kategorikan Laneige Two Tone Lip Bar sebagai antara favourite product Nanie. Dengan harga yang berpatutan RM 68 (Harga di Althea), Nanie rasa ia adalah satu inovasi yang bagus dalam dunia kosmetik. 

Kalau ada yang berkenan dan nak beli, boleh beli dengan Althea Korea di link-link berikut : 

Facebook : 

Website : 

Instagram : 


3 comments:

  1. Kita ada shade yang sama la kak nanie ^_^ lepas ni Mieza nak beli shade Burgundy Love sebab Althea tengah Christmas promo kan. I agree with you, this two tone lip bar memang best pakai sebab the colours are so opaque, dia tak keringkan bibir and nampak menawan betul whole day. Memang happy dari pagi sampai malam setiap kali pakai Magenta Muse ni, rasa extra cantik. hehe

    ReplyDelete
  2. So pretty colors!! Love Laneige products including this two tone lip bar. No problem getting that gradient look!

    xoxo
    Miriam
    www.miriammerrygoround.com

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork