Friday, November 6, 2015

The Picnic Table by Simply Sandwiches | Cafe Ala Piknik Paling Best Di KL!

Assalamualaikum semua


Hujung minggu ni panjang sikit sebab Selasa kan Deepavali. So, mungkin ada antara kita yang sambung cuti on Monday tu... nak habiskan cuti tahun katanya kan? Bagi anda yang mencari-cari tempat untuk berehat, makan-makan ala-ala picnic dengan keluarga mahupun kawan-kawan, meh sini... Nanie nak share satu tempat makan best iaitu THE PICNIC TABLE by SIMPLY SANDWICHES. 

Untuk makluman korang semua, cafe The Picnic Table by Simply Sandwiches yang terletak di The Strand, Kota Damansara ni merupakan cafe yang bertemakan Indoor Picnic. Bila bercakap mengenai Indoor Picnic, mesti semua tertanya-tanya, konsep Indoor Picnic yang macam mana yang dibawakan oleh The Picnic Table ni ye? 


Tema Indoor Picnic yang diketengahkan The Picnic Table memberikan satu kelainan kepada landskap cafe di Malaysia. Bukan sekadar membawakan suasana picnic itu sendiri ke dalam cafe mereka, The Picnic Table juga bijak menata rias cafe agar mood picnic dapat dibangkitkan di samping ianya sangat selesa, selamat dan bersih untuk sekeluarga dan juga rakan-rakan. Dengan air cond yang sejuk, rumput yang hijau dan kawasan yang luas, tak kira tua atau muda pasti merasakan ia persis taman rekreasi yang sesuai untuk berpicnic. 



Suasana santai yang menarik



THE PICNIC TABLE TURNS #1

Nanie jadi emcee masa tu. hahahah entah apa je membebel. :) 
Sempena ulang tahun The Picnic Table yang pertama baru-baru ni, Nanie dan kawan-kawan blogger telah dijemput untuk sama-sama meraikan sambutan tersebut. Dalam masa setahun tu, memang banyak betul perkembangan positif yang ditunjukkan The Picnic Table. Nanie boleh kategorikan mereka sebagai Pioneer atau Trend Setter kepada Healthy Food Delivery sebab Nanie mula kenal pengasas dan orang kuat The Picnic Table iaitu Sharin Shariff & Shaheera Djafar ni kira-kira dua tahun lepas.

Shaheera Djafar & Sharin Shariff
Masa tu mereka hanya menjalankan perniagaan delivery sandwich [Klik Sini] dan setahun lepas, mereka tampil membawa kelainan dengan membuka The Picnic Table ni. Seperti biasa, selain sandwich, mereka turut menyajikan pelbagai menu makanan sihat, home made dan pastinya sedap-sedap belaka! 


Antara hidangan pada Majlis The Picnic Table Turns #1

Antara menu yang BEST SELLER di The Picnic Table ni antaranya ialah pelbagai pilihan sandwich seperti Smoked Salmon, Garlic Butter Prawn, Beef & Chicken Salami, BBQ Chicken dan Sauteed Mushroom. Hidangan lain yang turut ditawarkan dan semestinya memikat selera adalah seperti Grilled Shrimp Spaghetti with Pesto, Bruschetta with Sauteed Wild Mushroom, Herbs & Garlic Crouton, Mushroom Soup beserta Garlic Bread dan pelbagai lagi hidangan serta manisan yang  sihat dan lazat. 

Crush Juice
Juice Crush antara yang menyegarkan para tetamu! Sedap....







Pelbagai pilihan sandwich dengan homemade filling



Bukan itu sahaja, mereka cuba kini membawa pelbagai lagi menu dan produk terbaru. Antara menu terbaru yang sangat mendapat sambutan di The Picnic Table adalah Soft Shell Crab Spaghetti. Soft Shell Crab yang manis, lembut dan rangup tu memang sangat rare menunya. Yelah, kalau cafe-cafe macam ni, agak sukar nak dapatkan menu soft shell crab ni kan? Harga??? Sangat berpatutan. Nanie yang first time makan ni pun sampai sekarang tertelan liur bila tengok gambar! 


Abang Kid [KLIK SINI] memang macam ni kalau jumpa makanan sedap... kihkihkih
Kak Jue [KLIK SINI] pun sama ye! Hahahaha 
Seperkara yang menarik minat Nanie juga tentang The Picnic Table adalah suasana picnic yang selamat dan bersih untuk anak-anak. Sebagai ibu bapa, kalau bawak anak-anak mereka pastinya inginkan tempat yang luas dan lapang supaya anak-anak mereka boleh lakukan aktiviti bebas kan? Jadinya di The Picnic Table, mereka boleh baring, berlari, melukis, makan, main board game dengan bebas dan selamat! Memang terasa suasana picnic keluarga tu!



Mahamahu [KLIK SINI] & Suzzai je yang behave!


Oh ye, sebelum terlupa... The Picnic Table juga mengambil tempahan untuk sebarang event dan majlis. Mereka juga menerima tempahan untuk event place seperti majlis sambutan hari jadi, gathering dan ada juga workshop yang dijalankan disini. Memang sesuai tempat ni untuk majlis-majlis santai seperti ni. 



Nanie memang sarankan sangat-sangat, sapa yang nak merasa satu suasana baru dan makanan yang sedap-sedap serta beristirehat bersama kawan-kawan mahupun keluarga, untuk singgah di The Picnic Table by Simply Sandwiches ni. Memang tak rugi!!! 

Buat The Picnic Table by Simply Sandwiches : 

"Happy Birthday To You! Semoga The Picnic Table terus melangkah maju dengan jayanya di tahun-tahun akan datang. Nanie doakan moga The Picnic Table menjadi cafe terbaik dan paling best di KL ni!" 

   Untuk sebarang maklumat lanjut, tempahan dan pertanyaan, boleh klik link dibawah : 

    THE PICNIC TABLE
    Alamat :  The Picnic Table by Simply Sandwiches  
                62-A, Jalan 5/21, The Strand Kota Damansara, 
                47180 Petaling Jaya
   Tempahan : 017-6862076 / 017-2070407
   Email : simplysandwiches4u@gmail.com
   Instagram : @simplysandwiches






5 comments:

  1. Selamat ulangtahun TPT by SS...!!! hehehehe

    ReplyDelete
  2. Awwwwwwwwwwww kenapa comey sangat tika berada dlm blog nanie ni ek...sebab dapat moment picnic 5 orang terus rasa macam kena repeat again here....mmmuahhhhhhhhhh! TQ for the backlink

    Guys and girls rekemen sangat picnic table ni...espeacially Aglio Olio Soft Shell Crab tu memang licinnnnn kami kerjakan 5 orang hahahahha sedap!

    TQ Owner The Picnic Table !
    Service superb!

    Xoxo
    Julia Johari

    ReplyDelete
  3. WHOAAA! tak pernah tau ada kedai cm ni, best nyaaa! DEKO dia sangat cantik!

    ReplyDelete
  4. hello ☺ I'm newbie.. please visit my blog ♡ have a nice day!
    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete
  5. menarik konsep santai macam ni. menu pun sodap nampak!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork