Thursday, November 19, 2015

Tiba-Tiba Twitter @fateeninnanie Jadi Viral...

Assalamualaikum semua

The power of media social! Itu yang Nanie boleh katakan. Hahahah. Tak sangka pulak Nanie, satu tweet Nanie pada 3 hari lepas jadi viral. Asalnya salah sorang kawan di Twt Makeup tanya mengenai expired date produk makeup. Jadi, Nanie yang tahu sedikit tips mudah mengenai perkara ni terus ambil gambar, edit bubuh text dan share di twitter.

Twitter asal.

Masa di twitter Twt Makeup tu memang ramai yang dah RT. Dan tak sangka ia berlanjutan sampai ke banyak Twitter lain termasuk page-page kegemaran ramai seperti Oh! Media, Beautifulnara & Himpunan Cerita Lawak. Nasib baik belum masuk Amran Fans. Hahahahah. 










Ada yang tanya, alaa ruginya tak letak watermark, tak letak nama blog, nama sendiri semua. Kehkehkeh. Takpe beb, benda ilmu macam ni Nanie anggap je ia sebagai amal jariah. Untuk hari mendatang kan... 

Untuk kes makeup ni, macam Nanie bagitau... Nanie pun tak tahu yang ramai orang tak tahu mengenai perkara ini. Nanie dapat maklumat ni sebab Nanie pernah terbaca dalam buku Paula's Choice yang memang banyak gila ilmu dan maklumat mengenai makeup. Ye lah, expiry date bagi kosmetik sangat penting. Kalau dah expired jangan gatal nak pakai tenyeh kat muka. Lagi pulak dapat jenis sensitive skin... tak ke susah kalau apa-apa terjadi pada kulit muka. Itulah untungnya suka membaca... macam-macam pengetahuan kita peroleh! 

Dari satu aspek, Nanie gembira dan bersyukur sebab makin ramai yang dapat manfaat dan tahu mengenai perkara ini. Ingat tak Nabi pernah pesan... "Sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat!" Dan... ini adalah amal jariah buat Nanie. Makin ramai yang share, makin ramai yang tahu, makin ramai yang boleh diselamatkan daripada sebarang gejala buruk yang tak diingini. 

Itulah hebatnya media sosial. Mudah sangat untuk sesuatu perkara tersebar. Cuma sebelum disebarkan, make sure ia tepat. Bukan fitnah atau bukan gossip! :) 

So, inilah pengalaman Viral buat Nanie. Nak follow Nanie di twitter : @fateeninnanie 

7 comments:

  1. sah la ramai yang tak tahu sebenarnyaaa...hahahaha

    ReplyDelete
  2. tq nanie! byk dah makeup tools yg kena buang nampaknya cenggini...huhu

    ReplyDelete
  3. yup memang betul pun... kena tengok simbol tu untuk expiry date, bukan main pakai jerrr...

    ReplyDelete
  4. laaaaaaa...semalam masa online twitter sy ternampak someone RT post nih..lepas tuh dan dan la sy pergi mintak barang make up member nak tgk expired date..sy tnye gak dorang tau x pasal nih..semua geleng kepala .. ramai yg taktau expired date barang make up rupanya..haha

    ReplyDelete
  5. Oooo.... Memang banyak tak tahu ya! Perhaps kita sebagai beauty bloggers boleh viralkan di kalangan kawan2/followers. Ini memang macam PSA jugak. It is definitely going to be helpful to a lot of people!
    -Hari

    ReplyDelete
  6. hee. bila lagi nak viral kan kak. lagipun, viral benda yang baik.. tak salah kan. nice share kak. Lissa pun baru tau. haha

    ReplyDelete
  7. Good sharing dear...sebenarnya ramai tak tahu termasuk akak...tau pakai je hahaha

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork