Monday, December 14, 2015

#BeautyWithInk Bersama Printer Canon PIXMA G & MG Series

Assalamualaikum semua

Dalam dunia yang serba pantas dan penuh dengan media sosial hari ni, semua benda kita simpan secara soft copy. Namun kadang-kadang ada perkara atau moment berharga yang kita perlu simpannya secara hard copy. Simpanan secara hard copy ni kata orang lebih bernilai tinggi dan ada sentimental value nya yang tersendiri. Sebagai contoh, hari ni hampir 90% gambar atau moment disimpan dalam telefon pintar. Sekiranya tukar handphone atau berlaku sebarang corrupted file, maka semuanya akan hilang. Alangkah mudah kalau kita boleh abadikan moment-moment dan foto kesayangan kita tu dalam bentuk hard copy kan? Mesti best. 




Atas dasar ini, Canon telah melahirkan satu printer terbaru dan terbaik yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna mereka. Bertempat di Simply by Mel's, Bangsar South Canon menjemput para blogger dan social media influencer untuk memperkenalkan Printer Canon PIXMA INK EFFICIENT G & MG  SERIES yang berkualiti tinggi dalam percetakan. 



Untuk Printer PIXMA G Series ini terdapat tiga model yang sememangnya memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak pelanggan Canon. Antara model yang terdapat dalam G Series adalah : 

  1. PIXMA G1000 (Single Function) - RM 499
  2. PIXMA G2000 (Multi-Function)  - RM 599
  3. PIXMA G3000 (Wifi & Multi-Function)  - RM 799





Manakala untuk Printer PIXMA MG Series, juga terdapat 3 pilihan model yang sangat stylish, bergaya dan compact untuk para pengguna. Kesemua model printer PIXMA MG Series ini adalah All-In-One (AIO) iaitu untuk fungsi print-scan-copy dan turut lengkap dengan Wifi.  Model untuk PIXMA MG Series adalah :

1. PIXMA MG3670 - RM 350
2. PIXMA MG5670 - RM 406
3. PIXMA MG7770 - RM 841





CETAKAN MAKSIMUM, KOS RENDAH!

Antara key point yang sangat-sangat menarik hati Nanie mengenai Canon PIXMA G Series ini adalah kebolehupayaan mereka untuk mencetak dalam kuantiti yang banyak tetapi hanya menggunakan kos yang rendah. Part ini paling penting bagi mereka yang kerap menggunakan printer. Ini adalah hasil kajian dan inovasi hebat para penyelidik di Canon yang mana mereka dapat menghasilkan satu Ink System yang efisien dan menjimatkan. 

Dengan penggunakan Ink System yang efisien ini, Canon PIXMA G Series mampu mencetak kira-kira 6000 helai cetakan monochrome dan 7000 helai cetakan bewarna dengan kualiti yang terjamin dan memuaskan. Fuh!!! Banyak tu... memang hebat kan? 






REFILL YANG PRAKTIKAL & SELAMAT

Bukan itu sahaja, para penyelidik Canon juga telah berjaya menginovasi dan mengubahsuai botol ink untuk refill kepada printer-printer ni. Masalah-masalah seperti dakwat bocor, tumpah mahupun menitik tidak akan berlaku lagi. Keunikan tank system dakwat printer ini beserta Spill-Resistant Bottle Design memudahkan pengguna untuk mengisi semula dakwat tanpa perlu mengambil masa yang lama dan tidak melecehkan. 









KUALITI CETAKAN TIADA TANDINGAN

Sebut je printer, nombor satu yang mesti kita nilai mestilah aspek kualiti cetakannya kan? Ternyata Canon PIXMA G Series memberikan kualiti cetakan gambar yang tiada tandingan dan berkualiti tinggi terutama apabila gunakan kertas gambar asli Canon. Manakala bagi cetakan dokumen, kualitinya juga cantik, pekat dan tajam. Printer Canon PIXMA G Series ni boleh cetak dengan pantas iaitu sekitar 60 saat per gambar atau dokumen.




PRINT LEBIH MUDAH DENGAN APPS 


Printer PIXMA MG Series juga dapat menjimatkan masa pengguna dengan lebih efisien apabila boleh mencetak gambar secara terus dari handphone. Dengan penggunaan aplikasi Canon PRINT di App Store mahupun Google Play, pengguna boleh mencetak dengan segera melallui wifi. Ia sekaligus menjimatkan kira-kira 30% dari masa pencetakan dan apps tersebut boleh didapati secara percuma di App Store untuk pengguna IOS manakala Google Play bagi android. Mudah kan? 




MESRA ALAM SEKITAR 

Kelebihan kesemua printer dari Canon juga adalah mereka sangat mementingkan penjagaan alam sekitar. Dengan mempunyai ECO Setting pada printer, printer ini berfungsi untuk menjimatkan penggunaan kertas dengan Two-Sided Printing Setting dan juga Energy Saving Setting yang mana sekiranya printer tidak digunakan, ia akan bertukar kepada auto Auto Power ON dan dihidupkan secara automatik apabila arahan dari komputer untuk print.




Sebagai penutup, Nanie selitkan jadual perbandingan antara kedua-dua series printer PIXMA ini. Secara peribadi Nanie suka pada MG Series kerana Nanie lebih kepada cetakan gambar. Namun Nanie yakin keduanya memberikan kualiti yang terbaik untuk para pengguna dan Canon sememangnya satu jenama yang gah dan disegani. 




Bagi PIXMA G Series, korang boleh dapatkan di mana-mana cawangan sah yang terpilih Canon bermula pertengahan Disember 2015 manakala untuk MG Series, seawal November 2015 lagi telah berada di pasaran.



Terima kasih Canon! #BeautyWithInk 


Untuk maklumat lanjut boleh klik :

Website 


Facebook 





5 comments:

  1. Nice la. Terfikir juga nak print terus gambar-gambar from phone. Nak hantar ke kedai tu macam leceh pula kan. Looking forward to have this kind of printer :)

    ReplyDelete
  2. sis pernah guna canon ni mmg tahan lama...cantik gambar2 yg dihasilkan....rasa nak beli sebijik hehe

    ReplyDelete
  3. kemaaainnn skg tau jual printer plak akk kitew hehehhehe mana gmba selpie poyo2 dgn sy ni?? LOL

    ReplyDelete
  4. Ini sangat menarik.kalau ada ni habis ink printer kita..hehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork