Tuesday, December 1, 2015

Bersediakah Kita Bila Sakit?

Assalamualaikum semua



Bulan lepas kalau ada yang baca status Nanie di FB, Nanie ada mintak tips yang Nanie mengalami migrain yang agak teruk dan lama. Setiap kali nak maghrib atau balik kerja je... terus kepala berdenyut-denyut. Walaupun menolak untuk ambil pain killer, tapi kalau dah tak tahan sangat ada masa memang Nanie terpaksa. Bila sakit macam tu, mula lah Nanie fikir bukan-bukan. Ye lah ajal maut, kesihatan semua ni di luar kuasa kita kan. 

Sama jugak macam ayah Nanie. Ayah Nanie kira-kira 5 tahun lepas diserang strok. Allahuakbar!! Masa tu memang Nanie sekeluarga hilang punca. Bukan sekadar dari segi kewangan, malahan dari segi sumber kekuatan juga. Time tu, hanya akak Nanie je yang bekerja sebagai RA di UM. Nanie dan adik masih belajar. Memang patah kaki kami semua. Terpaksalah Nanie pelan-pelan atur semula kehidupan supaya lebih baik dan baik. 


Dalam kehidupan ni, kesihatan dan kekayaan adalah dua perkara yang semua orang cari dan mahukan. Sapa yang tak nak kaya? Sapa yang tak nak sihat tubuh badan kan? Dua perkara ini memang saling memerlukan. Kalau kita tak sihat, macam mana nak pergi kerja? Macam mana nak kumpul kekayaan dan kesenangan hidup? Dan kalau kita kaya, tapi tak sihat... lagi lah tak guna. 

Bila kesihatan kita terganggu atau kita menghidap sebarang penyakit, kos rawatan sangatlah tinggi. Kadang-kadang tu pernah jugak Nanie dengar cerita yang orang terpaksa bergadai emas, bergolok tanah dan pusaka nak buatkan rawatan. Berapa banyak kes, yang terpaksa menggunakan laman sosial dan akhbar meraih simpati masyarakat untuk membantu meringankan kos rawatan. 


Ayah Nanie sendiri, masa diserang strok... Allahuakbar memang betul-betul memerlukan dana yang banyak untuk perubatannya. Boleh Nanie katakan, hampir 80-90% simpanan kami semua digunakan untuk merawat ayah. Yelah orang kata, kekayaan dan kesenangan boleh dicari, nyawa, kesihatan orang yang tersayang kan tiada ganti. 

Nanie nak share sikit beberapa info yang Nanie dapat. Moga-moga ada input yang boleh korang tahu dan jadiakan ia sebagai checklist dalan diri korang. 

5 PENYAKIT BERBAHAYA 
YANG MEMERLUKAN 
KOS TINGGI DI MALAYSIA 

  • Kanser Payudara (RM 400,000)
  • Sakit Jantung (RM 90,000)
  • Sakit Buah Pinggang (> RM 60,000)
  • Strok (>RM 50,000)
  • Kanser Paru-Paru (>RM 30,000) 

Bila tengok macam tu, memang tertelan-telan air liur Nanie. Manalah ada duit sebanyak tu kan. Kalau nak saving pun, berapa ratus tahun agaknya boleh capat jumlah atas tu. Memang tak berdaya lah senangnya. Lagi pulak sekarang ni, kos ubat-ubatan pun dah semakin meningkat kan? Entah berapa entah harga yang perlu dibayar nak kembalikan kesihatan kita?







LINDUNG & JAMIN KEHIDUPAN DIRI SERTA KELUARGA 


Sebab tu lah Nanie rasa perlu ada something yang bagus dan terbaik untuk "jaminan" waktu sakit kita. Bukanlah mendoakan untuk kita sakit, tapi macam Nanie cakap tadi, ajal dan maut malahan kesihatan di luar kuasa kita. Sebagai manusia, menjadi peranan kita untuk "melindungi" diri sendiri dan keluarga di hari muka terutama bila kita jatuh sakit.

Nanie sendiri belajar dari pengalaman. Banyak betul yang Nanie fikir sekarang ni. Dengan umur yang semakin meningkat, kadar dan kos kehidupan yang semakin mencekik leher, semuanya amat menyesakkan kita. Kita lah yang sendiri kena atur kehidupan kita, kena plan out seberapa mampu supaya cantik hari ini dan hari muka. 

Seandainya satu hari nanti kita sakit...

- Janganlah sesekali kita membebankan orang lain...
- Janganlah sesekali kita membuat orang lain susah hati...
- Janganlah sesekali kita tumpahkan air mata orang yang kita sayang...
- Janganlah kerana kita, mereka yang sengsara...


Sekali lagi, Nanie nak pesan... kehidupan yang kita ada sekarang ibarat roda. Kalau hari ni kita sihat walafiat, belum tentu esok pun sama. Dalam 5 minit kehidupan seseorang boleh berubah. Kita tetap yakin dan percaya bahawa aturan Allah yang terbaik, tapi tak salah untuk kita bersedia. 

Moga-moga kita semua diberikan kesihatan yang berpanjangan. Amin. 

Insya Allah soon Nanie share sesuatu yang bagus dan berkualiti untuk korang semua. Oh kalau korang dah tak sabar nak tahu, boleh je contact nombor di bawah. Lagi banyak pengetahuan dia mengenai "Perlindungan & Jaminan" hari sakit kita...


CONTACT PERSON : 

SAIFUL IZUAN BIN MOHAMED ALLI 
TEL / WHATSAPP : 017-533 1002



1 comment:

  1. betul tu. Perlindungan & jaminan sgt penting. Yela, kita tak tahu bila2 je ajal menjemput kita. Good sharing! Jemput singgah blog :-


    http://miss-dya.blogspot.my/2015/11/hiking-bukit-kutu-kuala-kubu-bharu.html

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork