Tuesday, December 15, 2015

My Althea Holiday Shopping & "Fly Me To Korea" Lucky Draw!

Assalamualaikum semua 




Last week, Nanie memang happy sangat-sangat. Mana taknya, penuh tiga kotak besar barangan dari Althea Korea selamat sampai kepada Nanie. Mula-mula Nanie ingat nak hantar ke rumah Johor. Tapi macam kesian pulak kat mak nak amek kotak berat-berat kan? Jadi Nanie send je ke alamat office. Berat jugak lah, 3.5kg. Heheheh...


Salah satu sebab kenapa Nanie suka sangat shopping kat Althea Korea ni, adalah dari segi Estimated Time Arrive (ETA) barangannya. Kalau korang nak tahu, Nanie place order pada 2 December 2015 dan selamat sampai di office Nanie pada 7 December 2015. 5 hari je diperlukan untuk barang sampai. Sedangkan jangkaan adalah kira-kira 10-14 hari bekerja untuk barangan ni sampai ke Malaysia dari Korea. Memang cepat kan??? 



Bukak je terus, wah... 3 kotak Althea ada depan Nanie. Fuh fuh fuh memang senyum lebar Nanie sepanjang bukak plastik Althea tu. Oh, kalau korang shopping di Althea, korang jangan risau tau... sebab Althea akan balut kotak, dan setiap barangan yang kita beli dengan cermat. Tak nak ada yang defect during postage. Alhamdulillah selama Nanie shopping dengan mereka, tak ada lagi barangan yang rosak mahupun pecah atau tumpah. 


Masa bukak tu, pelik ehhhh bukan ke kotak Althea warna pink? Laaa...rupanya sekarang tengah ada Limited Edition Box Althea's X-Mas. Tu pasal Nanie dapat kotak warna hijau dan merah ni. Cantik sangat warna dia. Suka!!! Sebelum terlupa, guna Code XMAS-MY dan dapatkan RM 20-off serta Free Shipping bila purchase RM 100!!! Berbaloi kan??? 



So, semua pembelian di Althea Korea, korang akan dapat Limited Edition Box yang memang cantik ni. Geram rasanya... sayang sangat nak buang. Even kotak pink yang dulu pun Nanie masih simpan sampai ni. Boleh simpan benda-benda lain. Reuse kata orang tu. Boleh jimat sebab tak payah beli kotak simpanan yang lain. Nak tengok tak apa yang Nanie beli??? Jeng...jeng...jeng...


Yeayyyyy!!! Penuh semua dengan barangan kegemaran Nanie! Semualah ada... best!!! Dalam ni ada 18 barang yang Nanie order tempoh hari. Dari makeup sampai ke skincare semua ada di Althea. Tu yang Nanie suka kalau shopping kat situ. Dah lah murah, berbaloi dan yang paling penting semuanya original. Tak perlu risau-risau! 



Oh ye, kalau korang ingat sebenarnya ni semua Nanie redeem RM 1000 kredit shopping di Althea untuk hadiah kemenangan Nanie sebagai Beauty Ambassador mereka [Klik Sini]. So, ni Nanie memang guna habis teruslah credit yang diberikan. Berbulan-bulan kot Nanie pilih dan fikir nak beli apa. Dok tukar tukar sana sini sebelum place order. Hahahah. Perempuan kan? Mudah berubah. Gtew! 


Jadi ni lah semua barang-barang yang Nanie shopping di Althea. Secara personal memang tu semua antara wishlist Nanie dan memang Nanie baca dulu review dari blogger untuk setiap satu produk. Pro & Cons nya kena tahu. Sesuai ke tak sesuai dengan kulit kita ke. Nanie akan cuba cari best of the best produk. Insya Allah nanti Nanie review. 

1. Innisfree Jeju Sparkling Mineral Essence
2. Innisfree Jeju Sparkling Mineral Lotion 
3. Laneige Water Sleeping Mask 
4. Laneige Lip Sleeping Mask Special Care
5. Laneige Multiberry Yogurt Repair Pack
6. Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel
7. 3D Face Stick Shading
8. 3D Face Stick Highlighter 
9. Innisfree Creamellow Lipstick in Blueberry Burgundy 
10. Missha Under Eye Brightener
11. CLIO Tinted Tattoo Kill Brow 
12. Banila Co VV Bouncing Cushion 
13. Banila Co It Radiant CC Cushion 
14. Etude House Magic Any Cushion 
15. Laneige Foam Cleanser Moisture 
16. Etude House Precious Mineral BB Cream Blooming Fit
17. Beta Salic 2.0
18. Innisfree The Green Tea Seed Serum (Tiada dalam gambar) 



FLY ME TO KOREA!!!
Actually ada lagi yang paling menarik!!! Nak tahu apa??? Sempena Krismas ni, semua pembelian bermula 1 Disember hingga 23 Disember ni, semua akan dapat satu tiket lucky draw tau. Nak tahu apa hadiah lucky draw tu??? Grand Prize akan dapat Trip ke Seoul, Korea!!!! Fuhyoooooooooooohhhhh!!! And Nanie pun dapat satu tiket jugak!!! Yeayyyyy!!!! Mintak-mintak sangkut nombor Nanie ni ye. 


Nanie rasa inilah masa paling sesuai sangat kalau korang nak shopping ke nak borong di Althea. Mana lah tahu rezeki korang... boleh terbang ke Korea percuma wei!!! Siap dengan hotel, flight ticket and a dinner with Althea Korea tu! Bestnya!!!


Mana lah tahu kan rezeki, tiba-tiba pembukaan 2016, dapat melancong ke Korea secara percuma. Tak ke gembira bukan main tu? Nanie pun perasan, ramai sangat dah shopping di Althea. Semua tayang je flight ticket untuk lucky draw tu ye! Hehehehe. 



Again, thank you so much to Althea Korea. Always bring happiness to myself and yes, I am pretty sure it will bring happiness to you too once you purchased with them. Bagi korang yang suka produk dari Korea, cepat-cepat ke Althea Korea. Shopping banyak-banyak. Makin banyak shopping, makin banyak chances nak menang lucky draw!!!! 


Website : 

Facebook : 



13 comments:

  1. OMG!! Nanie! Your haul is amazing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhaahahah every single item i baca the review and semua tu my wishlist! :)

      Delete
  2. Wow.. Interestinggg. Suka tengok produk-produk camni ♥.♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear. usha kat Althea Korea... best!!!

      Delete
  3. Tak tidur malam lah kak ju nak beli juga nampaknya...rajin sangat nanie ni list down semua barang nanie beli...nak tiruuuuuuu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah sabar je kak ju sampai tak tido malam ye!!! :)

      Delete
  4. wah..menarik giler..btw good luck yer untuk lucky draw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin amin!!! thank you so much awak.. mana tahu ada rezeki kan?

      Delete
  5. Wow! Banyak sangat koleksinya. Tapi kotak dia nice la. Nampak eksklusif.

    ReplyDelete
  6. I'm so jealous!! so many nice products!!! =D

    ReplyDelete
  7. wow! banyaknya shopping..eh kotak diadah bertukar warna ye. tapi tetap menarik. cepat jugak tu 5 hari je sampai. macam ni memang seronok membeli.

    ReplyDelete
  8. yg aloe vera tu.. muja pun suka.. nik pun suka bila guna buat urut belakang dia.. letak kat rambut pun best.. all in one la yg aloe tu.. bestnya la boleh dapat semua niii

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork