Wednesday, December 30, 2015

Planner Muslim Tahun 2016

Assalamualaikum semua

Percaya tak dah habis tahun 2015? Allah memang sekejap betul masa berjalan kan. Nanie macam teringat-ingat lagi, awal tahun 2015 dulu dalam kereta dengan kawan baik Nanie, kiteorang plan out target dan hala tuju untuk tahun tu. Masing-masing cekalkan hati dan bulatkan tekad nak capai apa yang diimpikan. Memang masa tu, kecik besar hati ni... boleh ke tak capai apa yang diimpikan. Mampu ke tak nak harung segala ujian. Ye lah kita manusia kan macam-macam... hanya merancang. Sebaik perancangan datangnya dari Tuhan. 

To be honest, Alhamdulillah 2/3 daripada impian, hala tuju dan target Nanie pada 2015 tercapai. Especially dalam membentuk karier Nanie. Dan macam Nanie cakap, bukan senang nak biasakan apa yang kita tak biasa. Semuanya ada dugaan masing-masing. Alhamdulillah juga sepanjang 2015 Nanie diberikan kekuatan dan bersama kawan-kawan serta keluarga menempuh semua percaturan. 

Bercakap pasal hala tuju, target dan perancangan... tak sah rasanya tahun baru kalau tak dimulakan dengan membeli planner. Tahun ni memang asalnya Nanie nak beli planner di Typo je. Dekat pun dekat jugak dengan rumah sebab di Nu Sentral ada satu kedai Typo. Tapi entah macam mana, lebih kurang 2 minggu lepas, salah sorang kakak blogger, Kak Shakina Farhan yang juga student UM dan kawan kepada ex-housemate Nanie ada jual planner 2016 yang jauh lebih murah dari Typo. So, tahun ni ubah arah sikit.



Alhamdulillah semalam, masa Nanie di Johor barangnya dah selamat sampai. Bungkus elok dan tak ada kemek-kemek. Tak mahal pun, RM 30 je satu planner ni. Murah kan? Nanie suka sebab Kak Kina memang dah include kan sekali semua keperluan planner 'sebenar'. Bukak-bukak je dah diingatkan dengan ini. Betul, perancangan tahunan kita ni hanya sekadar atas kertas. Jadi atau tak, bukan urusan kita. 





Kalendar tahunan yang bewarna warni ni memang comel. Tambah pulak dibelakangnya diletakkan list Holiday sepanjang tahun. Boleh tahan jugak tahun depan banyak cuti Sabtu-Ahad. Tak sure forward ke Isnin ke tak. Kalau forward Isnin, seronok lah. Jumaat malam dah boleh balik Johor. So dapatlah Jumaat sampai Selasa pagi baru balik KL. Hehehe.


Antara part paling best, di setiap column untuk daily planner, ada sedikit ingatan buat Nanie. Setiap bulan berbeza-beza. Jadi, secara tak langsung kita kembali kepada yang hakiki. Ingat mengingati dan saling merendah diri.




Tambahan pulak, di bawahnya ada CHECKLIST Column. Yang ni pun Nanie tak pernah gunakan lagi selama Nanie ada planner. I will try to use it and kita tengok macam mana. Nampaknya checklist ada :

1. Baca Al Quran
2. Supplement
3. Cooking
4. Shopping






Dalam tu jugak Kak Kina siapkan sekali jadual untuk Bulan Ramadhan, Monthly Expenses Tracker - bagus ni nak semak belanjawan kita setiap bulan kan. Maklumlah sekarang ni, duit kita dah 'murah'. Laju macam air. Mana tahu, kalau perbelanjaan lebih... dah boleh mula buat dua kerja. Sebagaimana menyahut seruan Menteri Pasolla.

Ruangan untuk Bills pun ada dalam planner ni. Part ni Nanie paling suka. Sebab Nanie selalu lewat bayar bil. Lagi-lagi kalau TNB ataupun Syabas. Selalu untuk Unifi yang on time bayar sebab 3 hari before due, ada email reminder kan. So, harapnya bila ada this column, boleh bantu remind Nanie bayar bil on time lah!


Ruangan atas ni paling Nanie suka. Memang niat tahun 2016 ni Nanie nak mula menabung yang gaya gini. Menyimpan ikut jumlah minggu. So kalau complete setiap minggu ikut sebagaimana yang dicadangkan, setahun tu Nanie boleh kumpul RM 1378.00 kot! Fuh banyak!!! :)

Menabung ni memang nampak macam lambat. Tapi tu lah peribahasa Melayu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Selain menguji kesabaran, disiplin diri pun kena kuat dan semangat. Insya Allah Nanie cuba kaedah ni untuk tahun 2016. Mana tahu boleh jadi tabung kahwin sekali. Cececeh!




Basically, atas ni adalah semua planner dan notebook yang Nanie gunakan untuk tahun 2015. Banyak kan? Hahahah. Tak cukup satu. Kalau nak tahu, Nanie ni old school sikit. Semua benda nak tulis. Semua benda nak conteng. Jadi memang macam-macam lah yang Nanie bubuh dalam tu. Ada yang untuk kerja, ada yang untuk blog, ada yang untuk pengacara majlis, ada yang untuk personal, ada untuk travel semua ada. Memang hobi Nanie dari dulu suka buku. Apatah lagi planner bagai ni. 



Jadi, bila bertukar tahun ni... semangatnya memang kena tukar jugak. Kalau 2015, target dan tujuan Nanie berjaya dicapai, tahun ni Nanie nak buat beberapa penambahbaikkan. Bukan sekadar pada diri Nanie sendiri, malahan pada sekeliling Nanie juga. Yang mana lompong, tak berisi, Nanie akan cuba sedaya upaya buat yang terbaik. Yang mana tak dapat, tahun ni cuba dapatkan. Yang mana belum jumpa, tahun ni Nanie cuba jumpakan. 

Dan seperkara yang perlu diingat...semuanya bermula dengan usaha kita. Diri kita sendiri yang kena beri komitmen supaya apa yang ditarget tercapai. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, dipermudahkan urusan, dan memberi manfaat kepada semua. 

Nanie mulakan tahun baru dengan rumah baru...di KL. 

Alhamdulillah. 

Selamat Tahun Baru semua! Teruskan usaha, jangan putus asa. Kita rancang yang baik, moga Allah beri kita yang terbaik!!!




p/s : Kalau nak beli planner macam Nanie, boleh contact Kak Shakina Farhan 





7 comments:

  1. Waa cantik la nanie. Macam nk beli juga ni
    http://www.unlimitedbeautysecret.com/

    ReplyDelete
  2. sangat berguna ada planner. murah dan cantik pulak tu.biasa fiza guna prudential bagi je. selain tu ade planner blog dan untuk rumah :)

    ReplyDelete
  3. omg murah nye planner ni! I used the normal diari islamiah for 2015 and yesss, typo is darn expensive. It's not even fully colourful but quite pretty! Nice post xo

    http://www.kinikunormal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. siap ade checklist baca al quran? wahhhhhhh........ lain dari yg lain. nk beli gak ah!

    ReplyDelete
  5. rajinnya menulis. btw, buku 2016 tu cantik sangat. keep on writing ya! :)

    ReplyDelete
  6. cantiknye buku 2016.. kalau e'in syg nak pakai.. hihi..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

BLOG COKLATEYES Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork