Wednesday, December 16, 2015

Review Hydraluron by Indeed Labs Untuk Masalah Kulit Kering

Assalamualaikum semua 

Nanie tahu ramai dekat luar sana yang tercari-cari skincare regime yang bagus untuk kulit. Memang betul tak mudah nak jumpa yang sesuai untuk kulit kita sebabnya kulit kita sendiri berubah-ubah. Ada masa nampak macam oily, ada masa macam kering. Semua tu adalah disebabkan faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman of courselah dari segi hormon dan pemakanan kita. Manakala kalau faktor luaran adalah disebabkan perubahan cuaca dan keadaan kita berada. 

Bagi Nanie, key point untuk dapatkan kulit yang cantik dan segar adalah kelembapan atau moisture. Ye lah cuaca di Malaysia yang panas dan lembap lagi menyebabkan kulit kita cepat kering. Macam Nanie sendiri yang banyak terdedah pada aircond, memang terasa sangat kulit jadi flaky dan agak kering. 

IndeedLabs-HPBanner-2.jpg
Baru ni Nanie try Hydraluron dari Indeed Labs. Indeed Labs merupakan satu jenama yang terkemuka dari Canada dan dibawa masuk ke Malaysia melalui Muse by Watson. Memfokuskan kepada penyelesaian kulit wajah yang bermasalah, Hydraluron dari Indeed Labs mempunyai tiga produk utama mereka iaitu : 

1. Hydraluron Moisture Jelly
2. Hydraluron Moisture Serum
3. Hydraluron Moisture Mask 


Kesemua Hydraluron Skincare Regime ini sangat bagus dalam mengembalikan dan mengekalkan kelembapan kulit wajah kita. Menjadi protection utama bagi masalah kulit kering, Hydraluron sangat sesuai untuk kegunaan harian. Malahan ia bukan setakat memfokuskan wanita yang berkulit kering sahaja, malahan semua jenis kulit juga adalah sesuai untuk gunakan Hydraluron. 


HYDRALURON MOISTURE JELLY 

RRP : RM 105.00 / 30ml




Hydraluron Moisture Jelly adalah satu gabungan hebat antara tiga bahan utamanya iaitu :

- PatcH20 : Memberikan kelembapan yang berpanjangan dan mengelakkan kulit daripada terhidrasi.
- Fucogel : Menyerap dengan cepat ke dalam kulit dan mengikat molekul air pada kulit supaya kekal lembap dan membentuk satu lapisan bagi mengelakkan kehilangan air.
- Hyraluronic Acid : A high-level hydrating substance yang membawa 1000 kali ganda air dan seterusnya menghasilkan result yang lembut, gebu dan segar pada kulit wajah.

Personally Nanie suka pada packagingnya yang sangat mudah untuk digunakan. Just tekan penutup putih dan Hydraluron Moisture Jelly akan keluar. Nanie suka gunakan sewaktu lepas solat Zohor yang mana waktu tu, kulit dah mula rasa kering akibat duduk di bawah air cond. Masa gunakan tu, memang terasa fresh dan lembap. Rasa sejuk sangat. Sebab ia adalah jelly kan. Secara tak langsung ia adalah satu terapi untuk kulit yang sangat bagus.


HYDRALURON MOISTURE SERUM 
RRP : RM 115.60 / 30ml






Hydraluron Serum merupakan moisture booster bagi kulit kita. Mengandungi hyaluronic acid yang asli, serum ini boleh kekalkan kelembapan kulit kita dengan sangat baik walau dalam apa sekalipun keadaan cuaca. Hyaluronic acid memang sangat terkenal digunakan dalam kebanyakan produk kosmetik dan skincare kerana keupayaannya untuk memperbaiki tisu kulit dan merawat sebarang masalah pada kulit kita. Ia juga digunakan secara meluas dalam bidang perubatan. 

Selain itu, Hydraluron Moisture Serum turut menggunakan Red Marine Algae sebagai bahan buatannya. Algae ini sangat bagus bagi mengembalikan keanjalan kulit wajah kita dan seterusnya membantu kulit untuk terhindar daripada kekeringan kerana ia membentuk lapisan baru yang mengekalkan kelembapan. 

Untuk serum pula, Nanie biasanya gunakan sebelah malam sebelum tidur. Selepas pakai, memang boleh rasa kulit serta merta jadi sedikit tegang. Namun disebabkan faktor cooling effectnya, tak lah terasa sangat ia menegang. Bila pagi tu dah mula rasa lembut, licin dan paling penting rasa kulit lembap. 


HYDRALURON MOISTURE MASK 


RRP : RM 21.10 / mask

Of course lah bila dah pakai skincare semua, tak sah kalau kita tak gunakan mask kan? Jadi untuk Hydraluron skincare regime ni, kena disudahi dengan mask. Mask yang mengandungi hyaluronic acid sebagaimana di dalam serum tadi mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit untuk lebih lama. Tak jauh beza dengan serum, untuk effect daripada mask adalah lebih cepat.

Nanie akan gunakan Hydraluron Moisture Mask seminggu sekali. Terutama bila Nanie balik Johor. Memang Nanie akan gunakan mask dan tidur. Feeling dia memang best. Rasa sejuk, cooling dan macam ada orang urut pulak muka kita ni. Bila bangun pagi, pegang muka terus rasa lembap dan sejuk.



Sekarang ni Nanie memang bawak Hydraluron ni kemana-mana. Lagi-lagi kalau di office. Sebab bila duduk dalam aircond memang terasa sangatlah kering kulit tu. Jadi, senang nak pakai. Saiznya pun tak terlalu besar. Senang bawak dalam handbag. Yang paling penting, senang nak apply. Cepat menyerap kan. Lepas pakai dalam 5 minit macam tu dah boleh apply makeup macam biasa.


So kalau korang yang ada masalah kulit kering atau rasa kulit macam perit ke, boleh try Hydraluron by Indeed Labs ni. Korang boleh dapatkannya secara eksklusif di cawangan Watson yang terpilih iaitu Watson Alamanda, Watson Bandar Utama, Watson Paradigm Mall dan Watson KLCC. Atau nak lebih senang terus je ke Muse by Watson di Sunway Pyramid.

Sekarang sempena Krismas ada promotion. Kesemua Hydraluron Skincare Regime ni boleh korang dapatkan dengan harga RM 199.00 sahaja berbanding harga asal RM 241.70. Banyak jugak jimatnya tu. Cubalah... mana tahu berkesan untuk korang jugak.

Notes : 
All Indeed Labs products are free of parabens, fragrances, colourants, sulfates, not tested on animals.


Untuk maklumat lanjut boleh klik link-link dibawah :

Indeed Labs FB: 

Indeed Labs Website:

Muse by Watson FB: 

Muse by Watson Website: 

Online Shop : 




3 comments:

  1. Masalah serupa yg sis kadang2 alami, kalau kurang minum air kulit kering dalam pejabat hadap aircond hari Allah je yang tau...sebab sis ni jenis pakai pelembab muka bercampur2...bagus produk ni ye...boleh suggest pada customer sis yg alami masalah kulit kering sgt...good review!

    ReplyDelete
  2. menariknya! memang bagus dapat kulit yang lembap dan fresh.

    ReplyDelete
  3. now.. muja suka sgt pakai moisturizer lps toner.. sbb kulit tak kering lepas mekap..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork