Tuesday, December 8, 2015

Review Tarte Lip Surgence Holidaze Collection 2015

Assalamualaikum semua

Beberapa minggu lepas Nanie ada update mengenai Sephora Holiday Collection 2015 yang memang buatkan ramai orang excited! [Klik Sini] Hahaha. Nanie pun kadang sampai terpaksa elak lalu depan Sephora. Bukan apa, dugaan dia.. Masya Allah... tak terbendung kadang tu. Menangis wei kalau tengok Holiday Collection kali ni. Nak kata murah sangat tu, standardlah kalau Sephora ni kan harga mesti lebih RM 100. Tapi dia punya berbaloi tu yang orang berebut nak Holiday Collection ni.


Rasanya memang semua dah tahu yang Nanie memang penggemar tegar lipstick. Bila Nanie tengok Sephora Holiday Collection Catalog, Nanie memang dah aim nak Tarte Lip Surgence Holidaze Collection ni. Dan memang Tarte antara yang terawal di release untuk Holiday Collection 2015. Jadi apa lagi, seawal bulan November lagi Nanie dah sambar sekotak. Geram bukan main aih! 


Sebagaimana yang Nanie pernah mention dalam entry sebelum ni, packaging Tarte untuk collection kali ni memang mengancam habis. Pandai betul dia amek hati perempuan. Cair kot tengok packaging yang ala-ala glamour and vogue. 




Tarte Lip Surgence Holidaze Collection didatangkan dengan 5 pilihan warna yang sangatlah cantik. Kalau nak tahu, Tarte Lip Surgence ni memang antara Top Selling di Sephora. Dalam satu packaging ada :

  • 2 X Tarte Lip Tints in Haze & Praise
  • 3 X Tarte Matte Lip Tints in Glaze, Emblaze & Craze



Pada awalnya Nanie ingat Nanie hanya sesuai dengan 2 atau 3 colour je sebab beberapa lagi nampak macam terlalu nude untuk Nanie. Nanie lebih prefer something in red shades. Tapi jangan risau, disebabkan harganya yang terlalu berbaloi, kisah pulak Nanie nak amek semua kan?

Ok, bercakap mengenai harga. Kenapa Nanie kata ianya sangat berbaloi? Sebatang Tarte Lip Surgence adalah RM 94 (kalau tak salah Nanie). Dan untuk Holidaze Collection ni, sekotak yang ada 5 batang hanya RM 124 sahaja!!!

Kalau tak harganya RM 470. Tapi kali ni just bayar kurang dari RM 150... tak ke berbaloi gila tu? Jimat RM 300 lebih kot... Memang tak fikir panjang lah terus Nanie sambar sekotak. Lagi best? Semua tu bukan deluxe size tau... premium size. Means size asal lip surgence ni. Haaa nampak tak macam mana meroyan Nanie?


Yang penutup hitam tu semua matte manakala yang gold tu adalah lip tint biasa. Sewaktu guna tu memang akan rasa mint and cooling effect sebab Lip Surgence didatangkan untuk melembap dan merawat bibir yang kusam dan gelap juga.

Tanpa sebarang bauan, litupan warnanya memang sangat cantik dan mudah untuk membentuk bibir. Bila pakai, bibir rasa mint dan sangat terbentuk cantik. Dari aspek ketahanan pula, biasalah lipstick paling kurang bertahan 5-6 jam jika kita tak makan atau minum. Begitu jugak dengan Tarte Holidaze Collection ni. Nanie boleh katakan ia agak tahan lama dan tak mudah pudah.


Tadi awal-awal Nanie kan cuak kot-kot 2 atau 3 warna ni tak sesuai dengan tona kulit Nanie kan. Sekali bila Nanie try, fuhyohhhh sesuai je. Takdelah nampak pale sangat muka ni bila pakai warna nude macam tu. Terus Nanie confident nak pakai warna macam tu.

Dalam banyak-banyak warna, antara yang Nanie suka adalah shade emblaze. Warna dia memang bagi full-lips effect, matte dan sangat mengancam. Nanie ada pakai masa jadi emcee di satu wedding yang lepas. Allah... memang cantiklah. Sesuai untuk tampil glam dan bold gitu. Kalau yang ala-ala pink dan nude seperti Haze mahupun Glaze, Nanie akan prefer pakai waktu siang. Supaya nampak solekan natural dan tidak terlalu over di siang hari ye!


Pada Nanie, memang berbaloi sangatlah Nanie beli Tarte Holidaze Collection ni. Memang cantik, dan sangat-sangat Nanie sayang. Hehehe... Nanie rasa tak salah kot kalau nak spend sikit untuk apa yang kita suka. Asalkan tak membazir dan barang tu berbaloi cukup lah! 

So, sapa-sapa yang nak Holidaze Collection boleh ke store Sephora yang terdekat dengan korang. Harganya RM 124 sahaja. Baik cepat, habis rugi woh!




5 comments:

  1. cantiknya warna Emblaze tu Mieza suka!!

    ReplyDelete
  2. alaaaa...cantiknyaaaaa....akak pun suka lipstik tauuuu

    ReplyDelete
  3. nak juga! haha tapi memang betul tau kalau lalu jer memang elak risau kang termasuk terus terbeli hahaha event newsletterp unya email pun i delete jer risau tempted.. tapi kekadang tu jeling gak tak tahan

    ReplyDelete
  4. Seriussssss!
    Akak suka bila nanie review about makeup...
    tarte tu mmg cun habis lah dik...lagi2 dia jenis matte tu akak suka...huwaaaaa rasa nak miliki kalaulah sephora sebelah pejabat habisssss sold out hahahha.

    ReplyDelete
  5. cantik warnanya..match je dengan Nanie. boleh gila kalau tengok warna cantik ni :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork