Monday, December 7, 2015

Sekitar Majlis Pemakaman Tunku Jalil | #JohorBerkabung #FightLikeJalil

Assalamualaikum semua

Sabtu lepas, dalam pukul 7.30malam, Nanie tengah drive lepas beli barang dapur... tiba-tiba whatsapp masuk. Kakak Nanie yang ada kat sebelah yang kebetulan tengah gunakan waze dari handphone Nanie menjerit. Apasal pulak kan? 

Rupanya kawan Nanie whatsapp beritahu Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil yang memang diketahui sedang bertarung dengan kanser telah meninggal dunia. Nanie pun segera call mak dan ayah di Johor dan bagitahu berita tu. Tak semena-mena Nanie dan kakak yang dalam kereta ni pun rasa sayu dan sedih.


Ya Allah, berturut-turut orang yang baik diambil pergi ni? Allah.... 

SUKA MENYAKAT 

Tunku Jalil adalah kesayangan Bangsa Johor. Nanie paling suka moment masa arwah bergurau dengan Tunku Aminah. Tunku Aminah kan satu-satunya puteri. Jadi abang-abang ni memang selalu menyakat beliau. Nanie ingat kalau korang pernah follow IG Tunku Jalil, satu masa dulu Tunku Jalil menyakat masukkan ketam hidup dalam selimut Tunku Aminah gara-gara Tunku Aminah post video Tunku Jalil jerit masa kena wax. Kelakar sangat!



Tu belum lagi masuk video viral yang Tunku Jalil menyergah seorang nurse di hospital. Mana nak dapat anak raja yang macam tu? Selamba je bergaul mesra dengan orang biasa. Takde sapa yang melarang orang awam nak dekat. 


PENYAYANG & SUKA PELIHARA HAIWAN

Tu belum lagi part betapa penyayangnya Tunku Jalil dengan binatang. Kalau Tunku Aminah suka pada kucing, Tunku Idris pada koleksi kereta, Tunku Jalil lebih berminat pada haiwan terutama haiwan eksotik. Beliau ada dua ekor anak buaya yang dibela di kolam hadapan balkoninya. Malahan, arwah juga pernah berkhidmat sebagai penjaga zoo di Zoo Singapura dan Zoo London. Tak kisah mencuci najis haiwan semua. Malahan, Tunku Jalil juga kerap habiskan masa di Zoo Johor untuk pantau kesihatan dan keadaan haiwan yang ada di situ. 



ANAK YANG DISAYANGI 



Dalam ramai-ramai anaknda Sultan Johor, Sultan Johor dilihat lebih akrab dan rapat dengan arwah. Mungkin disebabkan Sultan Johor tahu penderitaan yang dialami Tunku Jalil akibat kanser sebab tu Sultan lebihkan masa dengan Tunku Jalil. Dilihat sering kali bersama ketika di wad, ketika rawatan malahan Sultan Johor sendiri menemani Tunku Jalil ketika rawatan dan pembedahan di China tak lama dulu.


YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR 


Teringat Nanie ketika rancangan Majalah 3 sewaktu Majlis Pertabalan Sultan Johor pertengahan tahun dulu, Sultan Johor mengalirkan air mata ketika bercerita mengenai penyakit kanser Tunku Jalil dan satu ayat yang Nanie ingat... 

"Lil tu pa'kal anak saya. Kalau dia anak orang biasa, memang tak mampu nak menyara kos rawatannya!" 

Dan disebabkan itu, Sultan Johor encourage Tunku Jalil untuk menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor sebagai saluran bantuan kewangan kepada para pesakit kanser di luar sana. Sultan Johor dan Tunku Jalil mengerti bagaimana sakit dan peritnya menjadi pesakit kanser. Sedangkan seorang Sultan boleh merasa bebanan kos rawatan, inikan pula rakyat biasa. 





















Tunku Jalil sering dilihat ke hospital melawat teman-teman seperjuangannya. Walaupun arwah sendiri sakit ketika itu, namun arwah tetap kuat di hadapan mereka.  Memberikan kata-kata semangat dan menjadi inspirasi untuk mereka yang berjuang dengan kanser. 

Namun akhirnya, pada 5 Disember 2015, pejuang kanser diraja ini pergi menghadap Illahi. 

Al Fatihah...


MAJLIS PEMAKAMAN 

Dan semalam 6 Disember 2015, Majlis Pemakaman Tunku Jalil berlangsung dengan lancar dan penuh dengan kesayuan dan kehibaan. Nanie yang melihat timeline twitter dan update dari rakan-rakan yang berada di Johor terasa syahdu. Walhal tak pernah langsung Nanie berjumpa arwah. Sekadar stalk IG arwah dan likers tegar arwah sahaja.



















Nanie paling sebak bila mana beberapa keping gambar Sultan Johor dan ahli keluarga arwah menangisi pemergiannya. Satu kehilangan besar dan amat dirasai oleh keluarga diraja ini.








Sesungguhnya mati itu pasti. Tidak kira usia, pangkat dan darjat akhirnya kita akan pergi. Kehilangan arwah Tunku Jalil amat dirasai bukan sahaja oleh Kerabat Diraja Johor & Bangsa Johor, malahan seluruh rakyat Malaysia. 

Kesungguhan arwah membantu pesakit kanser adalah satu saham akhirat yang tiada bandingan. Walaupun arwah tewas pada kanser, namun semangat juangnya yang menjadi inpirasi ramai orang membuatkan arwah seorang hero di mata kita semua. 

Al Fatihah, Tunku Jalil.
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu. 

#FightLikeJalil #JohorBerkabung 



Kepada adikku yang dikasihi... Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu.DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
----
To my beloved brother... Out of all the sleepless nights, tonight is the most difficult for me. We all love and miss you so much. You have been the one who always puts a smile on our faces. You are our strength and inspiration. You have the one quality that none of us possess; your humble, loving heart. I love you with all my heart and I miss you dearly. You will never be forgotten. Your name will be carried by my bloodline. Your smile will be my strength. May Allah bless you, little brother. Love you always.
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor


4 comments:

  1. I do not know him but I learnt about his ordeal thru' the social media.
    When I learnt the news of his passing, I cried. I do not know why but I just cried.
    Even today, seeing all the pics, made me cried again.
    Moga Allah swt sentiasa merahmati dirimu Tunku Jalil.
    #FightLikeJalil

    ReplyDelete
  2. terasa sangat kehilangan arwah ni nanie. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  3. Nanie...well done review mengenai Tunku Jalil...sis terharu baca sambil tak sangka mengalir air mata lagi...oh Allah!

    ReplyDelete
  4. turut berbela sungkawa. semoga amal dan ibadahnya diterima didisinya amin...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork