Monday, March 23, 2015

Gunakan Kemahiran Diri Untuk Tampung Beban GST

Assalamualaikum semua

Last few days bila Nanie post entry mengenai GST, rata-rata memang tak berkenan dan tak sokong pemakaian GST di Malaysia ni. Walaupun ramai yang propa kata GST tu bagus untuk rakyat, hakikatnya mereka itu sekadar ikut skrip. Dan mereka itu juga mencari job lebih untuk menanggung beban hidup yang saban hari saban meningkat. 

Sekarang ni, kakak Nanie tengah ada masalah untuk career beliau. Institusi gah yang dia kerja sekarang mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sehinggakan menjelang akhir tahun ni semua pekerja kontrak diberhentikan. Bayangkan, sebuah institusi ulung negara juga berdepan masalah yang sama. Apatah lagi kita ni, rakyat marhaen yang picisan sumber pendapatannya. Natijahnya, beribu kakitangan universiti ulung tersebut bakal berdepan "pengangguran". Kakak Nanie sendiri buntu dan muram kebelakangan ni. 


Jadi, Nanie terfikir... daripada kita ni yang timun bising sana-sini, apa kata kita gunakan kelebihan yang ada pada kita semua untuk dapatkan tambahan sumber pendapatan. Nanie rasa, dengan keadaan ekonomi hari ni, rakyat Malaysia tak boleh lagi berharap pada satu sumber pendapatan sahaja setiap bulan. Nanie sarankan kita cuba cungkil seberapa banyak kemahiran dan kelebihan serta peluang yang ada di sekeliling kita untuk diketengahkan. 

Mana-mana kawan-kawan Nanie yang pandai meniaga, masing-masing dah mula kumpul modal untuk memulakan bisnes sendiri. Macam-macam bisnes yang mereka teroka. Dari segi kemahiran, servis, makanan dan ada tu satu bidang yang mereka sendiri tak pernah tahu atau belajar. Yang penting mereka mencuba. Semangat mereka yang yakin bahawa 9/10 rezeki adalah dari bidang berniaga membuktikan anak muda hari ni bukan jenis suka goyang kaki. Golongan muda termasuk Nanie dan ramai pembaca blog ni adalah di kalangan mereka yang sentiasa ingin mencari ruang dan peluang. 

Untuk Nanie sendiri, Alhamdulillah Nanie boleh katakan Nanie berbangga dengan pendapatan Blog Coklateyes yang saban bulan memberikan hasil kepada Nanie. Walaupun taklah banyak, tapi kata orang setakat membantu back-up dan memudahkan perbelanjaan bulanan itu pun sudah cukup Nanie bersyukur. Masih Nanie ingat, masa Nanie di kampus... dari tahun 2 Nanie bayar sendiri duit pembelajaran Nanie menggunakan duit blog. Sehingga hari ni, sikit-sikit tak pernah putus rezeki melalui blog buruk ni. Nanie bersyukur sangat Allah kurniakan kepandaian menulis kepada Nanie dan Insya Allah Nanie akan gunakan sebaik mungkin dan pada jalan yang betul. 

Memang, ada je yang memperlekeh usaha Nanie dalam menulis entry ataupun berkempen untuk jenama-jenama besar. Tapi Nanie tak fikir sangat. Anggap je lah mereka tak faham dunia blog. heheheh. Nanie selalu fikir positif. Korang kutuk-kutuk kempen aku, korang mengata entry-entry aku, last-last aku jugak yang dapat payment. Aku jugak yang senangkan mak ayah aku tak perlu bagi duit belanja kat aku. Korang dapat apa? Kan? heheheh.



Menulis blog tidak mudah. Memerlukan daya kreativiti dan kemahiran menulis yang tinggi agar mudah menyampaikan apa yang kita mahukan. Melalui penulisan blog juga tanpa diduga sebenarnya memberikan sumber pendapatan kepada ramai orang. Lihatlah, ramai blogger hari ni yang memang buat duit menggunakan blog-blog mereka. Bukan sahaja mampu membuat duit, malahan memberikan influence kepada orang lain untuk sentiasa positif dan bersemangat. 

Namun Nanie nak pesan pada blogger-blogger baru khususnya. Walaupun tak dinafikan blog menjana kewangan, jangan pula korang branding kan blog korang cincai bancai. Bina dan kukuhkan branding blog anda. Jangan mudah mengharapkan client untuk membayar jika hasilnya tidak seperti yang diinginkan. Di luar sana, ada banyak pihak yang memerlukan Advertiser Media Social seperti blogger ini. Ada banyak peluang dan ada banyak sumber rezeki kewangan.


Jangan mudah putus asa, istiqamah dan kukuhkan nama anda dalam dunia blog.
Bila anda dah mencapai satu hala tuju yang jitu, jangan terkejut jika Nanie katakan bahawa anda boleh tersenyum bangga dengan blog anda! :) 


Sekadar perkongsian sepanjang menjadi blogger. Insya Allah Nanie akan kembalikan momentum berblog Nanie lepas ni :) 




Thursday, March 19, 2015

GST TIDAK BEBANKAN RAKYAT : REALITI @ FANTASI?

Assalamualaikum semua

Ramai yang countdown sekarang ni. Countdown menunggu GST. Jujur Nanie katakan, belum pernah lagi Nanie jumpa rakyat yang bersetuju dengan GST. Ramai yang setuju semuanya di kalangan menteri. Walaupun mereka war-warkan, GST tidak membebankan rakyat, tapi rakyat tak sebodoh itu untuk menerima bulat-bulat apa yang dihebahkan. 

Nanie melihat GST terlalu banyak percanggahan dan terlalu banyak kecelaruan. Kecelaruan sebegini membuatkan rakyat marah dan hampa dengan pimpinan. Suara rakyat seolah tak didengar langsung. Rintihan rakyat bawah macam Nanie ni takde siapa yang pedulikan.


Kalau korang tengok iklan, eh... sana sini artis Malaysia cakap GST bagus lah. GST tak dikenakan pada bahan-bahan keperluan asas lah, GST bantu ekonomi lah... tapi setelah Nanie teliti, Nanie baca sana-sini... SUMPAH... Nanie tak jumpa lagi mana-mana KEBAIKAN GST yang katanya TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT tu!!!

Celah bedah mana tak bebankan rakyat woi??? Nanie tengok semua barang harganya naik. Bukan kata itu je, belum pun bulan April, semua dah naik harga. Nanie beli barang kat kedai, eh naik sampai 2 hingga 5 ringgit. Apa citer tu? Tambah lagi... pagi ni kawan aku share, katanya tambang teksi dan bas pun naik! Aduhai!!!! Gila lah.....


Korang tengok lah berapa banyak perbezaan kenaikan tambang bas. Dan mesti korang tahu, orang yang gunakan perkhidmatan bas dan pengangkutan awam, majoritinya adalah pelajar mahupun mereka yang kurang kemampuan. Sama macam Nanie dulu, sana-sini aku naik bas, naik LRT. Tapi kalau dah naik pengangkutan awam pun mahal, sekali keluar sampai banyak duit habis... macam mana kau nak survive?



Nanie sampai sekarang masih mencari, di mana yang dikatakan GST TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT itu. Nak je rasa Nanie tanya dekat Nabil, dekat Pekin, dekat Usop Wilcha tu, yang korang confident sangat beriklan dan berkempen tu, korang faham tak intipatinya? Jangan main sedap cakap je pum-pang-pum-pang kata itu ini, tapi kosong! Tak tahu apa -apa pun.

Ye Nanie ini rakyat biasa. Budak bawahan yang tak tahu pasal ekonomi negara. Tapi, sebagai rakyat, Nanie ada hak untuk bersuara. Nanie ada hak nak tahu bagaimana duit Nanie dan duit kita semua ini digunakan. Jika ia diguna dengan baik, dengan bijak, dan memberi pulangan yang baik untuk Nanie dan anak cucu Nanie... takpe... Nanie tak kisah. Tapi kalau hanya mementingkan tembolok sesetengah pihak... Nanie kecewa. Nanie sedih dan Nanie juga punya hak untuk tidak menghalalkannya!

*menangis sambil pecah tabung ayam tepi katil*







Thursday, March 12, 2015

Kunjungan Ustaz Badli Syah Menziarah Ayah

Assalamualaikum semua

Ayah dan Nanie sekeluarga adalah peminat Ustaz Badli Syah. Perceramah dan pendakwah yang tersohor. Even Nanie sendiri pun peminat beliau. Minat dengan cara beliau memberikan ceramah, menasihati dan mengajak kepada kebaikan. Sebagai orang muda, Nanie melihat pendekatan beliau dalam menyampaikan dakwah dan ceramah sangat kena dengan jiwa. Setiap nasihatnya diselitkan dengan pelbagai fakta yang relevan. Jadi secara tak langsung, kita dapat ilmu agama dan dapat juga pelbagai fakta menarik. 






Ayah Nanie memang sentiasa mengikuti beliau di Rancangan Cinta Ilmu di TV Al Hijrah. Setiap kali ada slot Ustaz Bad, memang dia akan tunggu. Malahan semua buku yang Ustaz Bad suggest ayah akan minta Nanie, atau kakak atau adik belikan. Ayah kata, dengan ada buku lebih mudah beliau ingat dan faham ilmu yang disampaikan.


Entah macam mana, rezeki yang Allah berikan, pada akhir Januari yang lepas,  Ustaz Bad menziarah ayah di rumah. Kebetulan, kariah Masjid Taman Kasih buat Majlis Maulidur Rasul, ayah Nanie bekas Bilal disitu. Dan akibat serangan strok, ayah tak dapat teruskan kerjayanya lagi.



Jadi bila dengar Ustaz Bad adalah penceramah jemputan majlis Maulid disitu, ayah Nanie nak sangat pergi ke majlis Maulid tu. Tapi tak dapat pergi sebab kesihatannya kan.  Rupanya, kariah dan Imam masjid beritahu pada Ustaz Bad mengenai ayah. Tak semena-mena selepas majlis Maulid, kariah masjid beritahu kami yang Ustaz Bad sudi menziarah ayah. 


Allahuakbar!!! Bukan main gembira lah ayah Nanie. Nanie sekeluarga pun gembira dengan kunjungan beliau. Bayangkanlah seorang yang banyak memberi inspirasi, ilmu dan motivasi, seorang yang kami sekeluarga suka dan hormati datang ke rumah kecil kami. Syukur Ya Allah. Ini adalah sebahagian rezeki dari Allah. Malahan, rombongan tersebut turut disertai ADUN Mahkota Kluang yang juga EXCO Penerangan Negeri Johor, Jais Sarday dan beberapa kariah masjid.


Ustaz Bad meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama ayah. Macam-macam yang ayah ceritakan. Malahan, ayah siap cerita semula segala ilmu dan buku yang dia peroleh dari Ustaz Bad. Sebagai orang yang dihormati, Ustaz Bad tetap merendah diri walaupun ayah memuji beliau. 


Bagi kami sekeluarga, moment sebegini mustahil dapat kami lupakan. Kami anggap ini adalah rezeki ayah. Rezeki orang sakit! Dalam sakit, ayah masih tetap bersemangat menuntut ilmu, mendalami ilmu agama yang memang tiada penghujungnya. Kami juga bersyukur Allah beri peluang kami berjumpa dengan Ustaz Bad secara personal. 

Segala ilmu yang beliau berikan, Insya Allah kami sekeluarga amalkan. 

Buat kariah masjid, terima kasih banyak-banyak kerana menggembirakan hati ayah saya! :) 




Tuesday, March 10, 2015

Masih Kerja Di Usia Emas?

Assalamualaikum semua

Disebabkan sekarang ni Nanie dah mula memasuki bidang kerjaya secara serius, Nanie terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai perkara ini. Memanglah kata orang tu, pengalaman Nanie dalam bidang kerjaya ni baru je lagi, tapi suara dan pandangan orang muda perlu jugak diambil kira.


Bila CUEPACS menyuarakan cadangan untuk kakitangan awam bersara pada usia 62 tahun daripada sebelumnya 60 tahun, secara terus terang Nanie tidak bersetuju sama sekali. Yes, Nanie bukan penjawat awam tapi Nanie menolak atas dasar peluang kerjaya pada warga muda. 

Mungkin di pihak CUEPACS sudah pastilah ada alasan tertentu kenapa mereka mencadangkan begitu, bagi Nanie pula...Nanie melihat dari segi produktiviti dan keberkesanan cara kerja penjawat awam berusia. Ayah Nanie bekas penjawat awam, pakcik dan makcik, sepupu sepapat Nanie juga ramai yang penjawat awam. Makanya, lumrah kerja dan cerita-cerita kerja kakitangan awam ni dah biasa Nanie tahu dan dengar. Bukanlah Nanie kata mereka tidak boleh perform dengan baik, tetapi relevannya rakyat Malaysia di usia sebegitu masing-masing dah mula kurang produktif. 

Jangan compare kan negara-negara maju seperti Jepun semua tu. Mereka memang dari dulu dah amalkan gaya hidup sihat. Di Malaysia, seawal usia 40 tahun lagi rakyat kita dah mula mengeluh pelbagai kelesuan hidup. Sakit sana-sini. Makanya, bagaimana mereka mahu bekerja dengan baik jika faktor kesihatan menghalang. Kesihatan mereka juga terganggu adalah atas sebab tekanan kerja dan hidup yang serba serbi menginginkan kepantasan.

Seperkara lagi, maaf cakaplah... sesetengah penjawat awam ada satu perasaan secure dalam diri mereka. Pengalaman Nanie sendiri sahaja,  bila ke pejabat-pejabat kerajaan. Mana yang staffnya sudah jejak 4 series, masing-masing kelihatan sudah mula 'besar kepala'. Padahal tugasnya adalah melayan customer tu. Belum lagi campur perangai-perangai lain yang kadang buat sakit hati. Disebabkan mereka rasa 'secure', jadi mereka tidak bimbang kiranya dibuang kerja. Mereka tidak risau lah sebab memang jawatan tu dia yang punya. Tak kan lah kerajaan nak buang dia. Maaf, Nanie terpaksa cerita hakikat sebenarnya. Penjawat awam yang baca blog Nanie...Nanie harap anda bukan orang sebegitu ye! ;)




Perkara seterusnya, Nanie nak bawak pembaca Blog Coklateyes membayangkan, ibu bapa kita seusia itu masih lagi menyusun fail, masih lagi menaip keyboard mengisi borang, masih lagi memandu kereta rasmi di tengah jalan raya. Sebagai anak, tak ke kita kasihan? Bukan ke di usia emas itu mereka sewajarnya berehat di rumah. Mengisi masa terluang untuk diri mereka sendiri. Memanjakan diri mereka dengan hobi dan kegemaran sendiri. Dan yang penting beribadah untuk bekalan seterusnya. Sekiranya di usia emas itu masih lagi terus ke pejabat, bila masanya mereka luangkan masa untuk diri dan keluarga mereka? Adakah sampai ke akhir hayat sibuk mengurus urusan dunia? 

Bersara pada usia 62 tahun juga secara tidak langsung menutup peluang kerjaya buat orang muda. Nanie tidak merasakan orang muda terlalu cerewet dalam memilih kerjaya, kerana ramai saja orang muda yang sanggup keluar bidang belajar mereka semata-mata 'asalkan ada kerja'. Nanie melihat peluang yang ditutup ini menyebabkan ramai orang muda mengganggur. Bagaimana mereka boleh menimba pengalaman sedangkan peluangnya tiada? Bagaimana mereka boleh mencurah kepakaran, jika orang muda tidak turut serta?

Selain tu, orang muda juga sering dipersalahkan jika tiada kerja dengan alasan tiada pengalaman dan tiada kepakaran. Alah... orang-orang kerajaan dulu pun masuk kerja semua zero. Mana ada orang yang terus pandai? Mana ada orang yang masuk kerja hari ni terus boleh buat semua? Tapi kenapa hari ni mereka jadi pakar, mereka jadi tahu serba serbi? Sebab di beri peluang. Diberi ruang untuk belajar dan diasah kepakaran mereka. Perkara sebegini semua memerlukan masa, ruang dan peluang. Tanpa tiga elemen tersebut, takde satu pun manusia yang terus jadi cekap. Jadi, berilah kami peluang, ruang dan masa untuk jadi hebat seperti para senior semua! 

Melihat kepada prospek ini, Nanie memang tak setuju sama sekali sekiranya penjawat awam bersara di usia 62 tahun. Melainkan.... mereka itu diperlukan bagi kepakaran tertentu dan kebijaksanaan yang khusus diperlukan oleh negara. Jadi, warga sebegitu mungkin boleh dipanjangkan usia persaraan mereka. Tapi tetap memerlukan warga muda untuk sama membantu supaya orang muda tahu bagaimana pengalaman orang tua memacu kehidupan.

Hakikatnya, dua-dua golongan ini sama penting dalam pembangunan negara dan pembangunan kerjaya diri. Dua-dua perlu diseimbangkan agar tidak ada keciciran dan berat sebelah. Apalah guna ilmu di dada jika tidak diguna? Apalah guna pengalaman menggunung jika tidak dikongsi sama. ;)






 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork