Tuesday, April 28, 2015

L'oreal Paris Menghargai Wanita Melalui Lipstick!

Assalamualaikum semua 

Rata-rata wanita Malaysia memang suka produk-produk dari L'Oreal Paris. Baru-baru ni, L'oreal Paris meraikan dan menghargai wanita di Kempen Women of Worth bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place. 



Mengambil tiga nama besar dalam bidang tersendiri, Nana Mahazan (Selebriti & Pengacara), Nurita Harith (Pereka Fesyen) dan Tracy Cheong (Model & Jurucakap L'Oreal Paris), tiga nama besar ini berkongsi siapakah Woman of Worth dalam hidup mereka. Selain menguruskan keluarga dan kareer mereka, sememangnya wanita-wanita ini memerlukan seseorang untuk dijadikan tempat meluahkan segalanya juga menjadi inspirasi dalam hidup mereka. 

Photo 6


Ketika diberikan penghargaan untuk memperkenalkan Woman of Worth, Nana membawa Ira Mohd Amin (Hos & Selebriti), Nurita Harith pula membawa ibu saudaranya yang telah dianggap umpama ibunya sendiri manakala Tracy membawa Karena yang juga menjadi sahabat baiknya.


Nanie pernah bekerjasama dengan Nana & Ira sebelum ni, mujur kedua-duanya masih kenal dan ingat :) 

Apa yang Nanie lihat, mereka ini semua punya 'chemistry' yang baik antara satu sama lain. Mereka faham dan menghormati prioriti masing-masing dan paling utama, mereka boleh berkongsi apa sahaja dan menjadi pembakar semangat untuk sama-sama berjaya. Sememangnya sebagai wanita, kita perlukan pelbagai sokongan moral, inspirasi dan motivasi dalam meneruskan apa sahaja yang kita lakukan. Selari dengan peranan yang kita bawa setiap hari kan, sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai pekerja dan macam-macam lagi dalam pengurusan kehidupan.

Bukan itu sahaja, semasa majlis tersebut, L'Oreal Paris juga meraikan ulangtahun ke-30 Color Richie yang menjadi lipstick paling ikonik di dunia. Menampilkan kesemua 22 warna dalam range Color Richie, Nanie sendiri suka dengan semua koleksi warnanya. Ada merah, fushcia, merah jambu, beige dan banyak lagi yang memang sesuai dengan tona kulit setiap wanita.






Sebagai simbolik Nanie menyokong campaign Woman of Worth, Nanie telah memilih satu warna sebagai warna kesayangan Nanie. Warna yang menjadi kegemaran Nanie adalah Glamor Fuschia. Terus terang Nanie pada mulanya memang agak takut jugaklah nak guna. Sebab macam tak berapa in sangat dengan tona kulit Nanie kan. Tapi sekali dah cuba, ehhhh nampak cantik pulak. Terus suka dan selalu jugak Nanie guna. :) 



Pada Nanie, lipstick sememangnya satu ikon buat wanita. Ia merupakan lambang kepada keberanian, keyakinan dan elegant. Namun menerusi kempen ini, L'Oreal mengajak semua wanita untuk menghargai diri, menghargai orang disekeliling dan tetap mengejar impian dan kejayaan. 

Untuk Nanie, Woman of Worth Nanie semestinyalah emak Nanie sendiri. Insan yang paling banyak berjasa dalam hidup Nanie. Insan yang memanja dan menyayangi Nanie dengan sepenuhnya dan mendidik Nanie menjadi anak yang baik dan berjaya selamanya. Insya Allah.

Terima kasih L'Oreal Paris sebab beri Nanie lipstick banyak-banyak. Nanie memang suka lipstick! :)

Untuk info lebih lanjut boleh klik link-link dibawah :


Facebook :

Instagram : 




Friday, April 24, 2015

Skincare Untuk Masalah Kulit Kering

Assalamualaikum semua

Selalu jugak Nanie bagi tips dalam beberapa entry sebelum ni, untuk mendapatkan skincare regime yang sesuai dengan kulit kita, pertama sekali kita kena tahu jenis kulit kita dan apakah keperluan kulit kita. Keperluan kulit kita adakalanya berbeza. Mungkin ketika di awal usia 20-an, ia memerlukan penjagaan untuk bebas jerawat. Namun apabila menjejak akhir 20-an, keperluan kulit kita mula berubah kepada penjagaan yang berciri 'maintaining'. 

Sebagaimana orang lain, keperluan kulit Nanie juga berubah sekarang. Jika sebelum ni Nanie tidak mempunyai masalah kulit yang agak serius walaupun mempunyai combination skin, namun bila Nanie mula menghabiskan masa berada dalam air-cond, kulit Nanie mula agak kering. Oleh itu, Nanie perlu mencari skincare regime yang dapat mengembalikan kelembapan kulit wajah Nanie. 


Baru-baru ni Nanie diperkenalkan dengan regime skincare terbaru dari Korea iaitu Pure Beauty Geoaqua Ultra-Hydrating. Menurut Pure Beauty, regime skincare Geoaqua Ultra Hydrating ini diformulasi khusus buat wanita Asia dengan menggunakan teknologi Korea yang terkini.


Teknologi Geoaqua merupakan satu teknologi yang menggabungkan Onsen Water, Hydromanil Complex dengan tambahan beberapa mineral semulajadi dan ekstrak tumbuhan. Onsen Water merujuk kepada terma orang Jepun iaitu 'hot spring' yang biasanya terjadi di kawasan gunung berapi yang diketahui umum kaya dengan mineral semulajadi yang baik untuk kulit. 

salah satu sumber Onsen Water di Kepulauan Nakanoshima, Jepun.
Dengan kombinasi dua penjagaan iaitu Pure Beauty Geoaqua Ultra-Hydrating Aqua Gel dan Geoaqua Ultra-Hydrating Toner, ia membuatkan kulit kita menjadi 10 kali ganda lebih lembap dalam masa 4 minggu. Ia bukan sekadar melembapkan kulit, namun ia juga membantu meningkatkan pembaikan sel kulit baru dan menghalang penghasilan minyak pada kulit wajah. 


PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING AQUA GEL 
RM 45/50ml 




Daripada penggunaan Nanie, PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING AQUA GEL memberikan kesan yang bagus kepada penambahan lembapan pada kulit Nanie. Teksturnya yang lembut, ringan dan mudah menyerap membantu kulit Nanie untuk lebih elastik, lebih tegang dan lebih lembut. Tekstur gel yang tidak berminyak memberikan 'moisturising effect' yang lebih lama kepada kulit Nanie. Kelembapan yang berpanjangan sangat Nanie perlukan akibat durasi masa yang panjang berada dalam bilik berhawa dingin.



PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING TONER 
RM 31/145ml





Bagi yang mengalami masalah kulit wajah kering, toner sangat diperlukan dalam penjagaan kulit wajah harian. Walaupun ada sesetengah kita menganggap semua jenis toner adalah sama, namun jika ada fungsi-fungsi tambahan yang bagus sudah pasti ia tidak salah untuk dicuba kan?

Penggunaan toner sebenarnya dapat memberikan beberapa kebaikan :

1. Mengecutkan liang pori yang terbuka
2. Memberikan keseimbangan pH kepada kulit wajah 
3. Memberikan lapisan perlindungan tambahan pada kulit wajah
4. Melembap dan memberikan kesegaran pada sel kulit wajah
5. Mengawal pertumbuhan rerambut halus pada wajah

Toner PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING memberikan kesegaran yang berpanjangan pada kulit wajah. Walaupun selepas balik kerja namun dengan toner PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING ia betul-betul jadikan kulit Nanie lebih segar, seimbang dan selamat.



Secara keseluruhan, Nanie melihat regime skincare PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING ini sebagai satu inisiatif yang berbaloi buat mereka yang mengalami masalah kulit kering. Kelembapan pada wajah akan mendatangkan effect segar dan seterusnya membuatkan masalah-masalah kulit wajah yang lain seperti jerawat, pori terbuka dan sebagainya dijauhi.


Bagi mereka yang ingin mencuba skincare regime dari PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING ini, korang boleh klik link di bawah atau dapatkan saja di mana-mana pasaraya Watson seluruh Malaysia. Dengan harga yang berpatutan dan kesan positif yang diberikan iaitu 10X kelembapan dalam masa 4 minggu, personally Nanie rasa ia antara skincare regime yang boleh dipercayai dan memuaskan hati! :)


Facebook Pure Beauty Malaysia : 


Dijual di Watson : 


Tuesday, April 21, 2015

5 Sebab Kenapa Perempuan Malaysia Mahu Berkulit Cerah

Assalamualaikum semua

Nanie ada terbaca dalam satu tabloid membincangkan satu survey kenapa WANITA MALAYSIA MAHU BERKULIT CERAH? Jawapan dari survey tersebut ada betulnya pada Nanie... Nak tahu apa jawapan survey tu? 

1. Berkulit cerah itu mudah untuk match dengan apa sahaja warna pakaian
2. Wanita yang berkulit cerah kelihatan lebih comel dan lebih seksi 
3. Terpengaruh dengan gaya artis-artis Hollywood & Korea
4. Bila berkulit cerah, akan memperoleh anak-anak yang berkulit cerah juga
5. Lelaki lebih suka wanita berkulit cerah

See? Mesti ada yang membenarkan hasil survey tu kan? Secara personal, pandangan Nanie mengatakan bukan wanita Malaysia je mahu berkulit cerah malahan kebanyakan Orang Asia memang suka untuk nampak putih dan cerah. Bila putih dan cerah, senang nak bergaya katanya. Semua colour boleh masuk. Warna terang, warna pastel semua boleh in lah. Takde yang nampak too striking. 


Pasrah lah kita tak cerah! :) 
Tapi bagi yang kurang cerah, atau warna yang too-asian macam Nanie ni... jangan risau. Sebab ada juga alternatif untuk kasi korang terang atau cerah sikit. Heheheh :)


Mujur NIVEA keluarkan NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum. Ada peluang lah orang macam Nanie ni nak dapat kulit cerah sikit. Walaupun tahu ia tidaklah secerah kulit anak-anak mat salleh tu, tapi at least fair and bright lah kan. 


NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum ni merupakan serum badan yang pertama dengan formulasi "Broad Spectrum". Broad Spectrum ni merupakan satu perlindungan menyuluruh buat kulit kita yang mana ia membantu memperbaiki sel kulit dari dalam. Dengan SPF 33 PA+++, NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum memberikan perlindugan UVA & UVB kepada kulit. Mesti ada yang confuse, apa pulak UVA & UVB ni kan? 


APA ITU UVA & UVB ?

Sinar matahari yang datang kepada kita terbahagi kepada 2 iaitu UV A dan UV B. Secara amnya, UV A boleh menyebabkan kulit menjadi tua manakala UV B menyebabkan kulit kita terbakar. Ada satu lagi sinar iaitu UV C, namun Alhamdulillah ia tidak menembusi lapisan ozon. UV C ini adalah berkali ganda bahaya kepada kulit. 

UV A akan masuk sehingga ke lapisan dermis dan menyebabkan struktur kulit menjadi kedut, tua dan tidak bermaya. Malahan ia juga boleh mengganggu sistem imunisasi badan kita. Manakala UV B membakar lapisan kulit kita dan boleh menyebabkan 'sun burn'. Sun burn ini sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan lebih banyak UV A menyerap ke dalam lapisan kulit dan memusnahkan pigmen kulit kita. 


10x PERLINDUNGAN 
NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum


Disebabkan perkara inilah, NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum diperkaya dengan 95% sumber Vitamin C asli yang menjadi anti-oksida dan memberikan kuasa 10x pemutihan dan perlindungan. Rata-rata wanita di Asia ni memiliki struktur kulit yang rosak akibat daripada pendedahan cahaya matahari yang terlalu banyak. Apatah lagi Malaysia yang beriklim tropika dan hampir setiap hari menerima cahaya matahari. Dah sah-sah kulit kita semua terjejas kan? 



Sepanjang Nanie gunakan NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum ni, Nanie boleh rasakan yang kulit Nanie semakin lembut dan semakin lembap. Nanie cuba jadikan ia rutin harian. Dekat office pun Nanie letak satu supaya senang untuk Nanie gunakan. Ye lah duduk dalam air-cond lama-lama memang boleh jadikan kulit kering kan.

Kulit yang lembap amat penting terutama dalam musim panas ni. Kalau dulu maybe Nanie agak takut-takut jugak nak berpanas tapi bila ada NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum, tak payah lah risau lagi. Boleh redah je panas tu. Sebab Nanie yakin NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum boleh berikan perlindungan yang terbaik!

To be honest, memang dari dulu lagi NIVEA telah dipercayai ramai dalam memberikan perlindungan kepada kulit. Jangan tak tahu, kulit merupakan organ terbesar pada tubuh badan kita. Jadi, sama pentingnya seperti organ lain... kulit juga harus dijaga dan dilindungi. Siapa lagi nak lindungi kulit kita kalau bukan NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum.

Untuk maklumat lanjut boleh klik link-link di bawah :

Facebook :

Harga : 
RM19.90 untuk 180ml



Monday, April 20, 2015

Tips Mudah Hilangkan Lesu Pada Wajah

Assalamualaikum semua



Bila Nanie mula sibuk dengan kerjaya ni, tak dinafikan memang aturan penjagaan wajah kadang-kadang terganggu. Ada masa tu bila penat sangat, balik je rumah terus terlelap. Make up pun lambat cuci. Ada masa, kalau rajin mula lah buat home facial bagai. Tapi tu lah kekangan masa memang jadi faktor utama Nanie. Bukan Nanie sorang, tanya lah dengan mana-mana wanita bekerjaya memang sama. Walaupun sibuk, tapi kecantikan perlu dijaga. Sebab dah namanya perempuan. Sibuk mana pun, tetap suka untuk nampak cantik dan yakin. 

Disebabkan jadual Nanie sibuk dan macam tak tentu hala sikit nak uruskan diri sendiri, jadi Nanie mula cari pendekatan mudah untuk kekal segar, cantik dan bermaya. Nanie tahu, ramai antara kita memang suka dengan pemakaian mask kan. Nanie pun suka.



Jadi, Nanie sendiri cuba sedaya upaya untuk gunakan mask 2-3 kali seminggu. Biasanya Nanie letak kat muka bila Nanie dah nak tidur lah. Lebih mudah dan lebih menenangkan. Setiap kali pakai mask mesti kulit muka serta merta jadi sejuk. Memang best sangat feel dia time tu kan. Kadang tu bila ada lebihan essence dalam peket, Nanie terus sapu pada leher, pada tangan. 

Nanie nak share beberapa TIPS PENTING yang perlu korang ambil tahu sebelum menggunakan mask. Perkara ni boleh membantu korang untuk dapatkan hasil yang optimum. 

1. Pastikan Jenis Mask Yang Hendak Digunakan
- Di pasaran terdapat banyak jenis mask yang ditawarkan. Ada yang untuk whitening, untuk rejuvenating dan pelbagai lagi. Ia juga berperanan pada jenis kulit yang berbeza.  Bukan semua sama! 

2. Stimkan Muka Dahulu!
-  Ramai di antara kita yang memandang remeh langkah ni. Even Nanie sendiri pun jarang buat. Namun para beauty advisor selalu ingatkan kita untuk stimkan dahulu wajah sebelum memakai mask. Perkara ni dapat membantu untuk membuka liang pori kulit kita dan membantu memudahkan penyerapan essence mask. 

3. Jangan Lupakan Leher! 
- Bahagian leher ni memang selalu kita skip kan. Especially buat yang bertudung. Mesti rasa bahagian leher tak penting. Nanie pulak, kalau ada lebihan essence tu terus letak kan di bahagian leher. Sejuk kan sapa yang tak suka. 

4. Kulit Kita Berbeza
-  Kulit setiap manusia adalah berbeza, keperluan kulit kita juga berbeza. Jadi Nanie sarankan, sebelum menggunakan mask kita kena pastikan dulu kesesuaian mask dengan jenis kulit. Jangan tengok kawan sesuai pakai satu mask, terus kita pun pakai. 

5. Elakkan Lebihan Lembap/ Kering
-  Jangan terlalu lama memakai mask, cukup sekadar 15-20 minit sahaja. Ini kerana, jika terlebih lembap atau kering, pori muka akan tersumbat dan menyebabkan lebih banyak masalah kulit. 


DIMANA NAK BELI MASK YANG BAGUS? 

Baru-baru ni Nanie ada borong mask dari Maystar.com.my. Mask ni kan mudah. Koyak peket, terus tebar atas muka dan relaks! Ha kau, Nanie ni pulak, kalau beli suka terus banyak. Senang, kalau nak pakai terus ada. Dekat Maystar.com.my ada macam-macam jenis mask yang dijual. Maystar adalah Online Beauty Shop yang menjual pelbagai jenis produk kecantikan. Ada mask, ada makeup, skincare semua ada lah.
































Macam malam tadi Nanie pakai Pomegranate Mask. Wangi dan memang menyegarkan betul bau dia. Lepas mandi pakai mask... tuptup terlelap terus. Punyalah nyaman dan selesa kan bila pakai mask. Bangun pagi tu, cuci muka memang confirm rasa bersih dan lembut je kulit muka. Kalau di amalkan at least 2-3 kali seminggu, Insya Allah kulit lesu pada wajah dapat dihilangkan.

Selepas tanggalkan mask



































Nanie memang recommended sangat untuk korang beli produk kecantikan dari Maystar.com.my ni. Bukan sekadar banyak pilihan, servis mereka juga bagus. Nanie order hari ni, esok dah sampai. Memang pantas. Bukan tu je, Maystar pun ada buat banyak promotion : 

1. Setiap Rabu ada Ladies Nite Promo bermula 6pm sehingga 12am - diskaun sehingga 30%
2. Promo mingguan (bermula Bulan Mei)
3. Sekiranya buat pembelian melebihi RM 50, akan  menerima banyak FREE GIFT. 

Seronok kan??? Dahlah harga murah, ada promo price lagi. Mana tak gembira online shopping ni. Haih, dengan Nanie sekali terpengaruh. Tau-tau je barang sampai depan pintu. Jimat masa, jimat minyak kereta, jimat duit jugak! 


Eh, lupa nak bagitau ni... kalau sekarang ni korang tengah plan nak beli mask, Nanie ada promo code tau. Korang boleh gunakan code :

CODE : innanieariffin
Dapat 10% diskaun 

daripada pembelian. Untung jugak tu kan? 

Jadi sekarang ni, kekangan masa bukanlah alasan untuk tidak mencantik dan menjaga diri kita. Ada banyak je alternatif dan produk di luar sana yang boleh membantu kita untuk kekal segar, cantik dan paling penting nampak yakin. Alhamdulillah, hingga hari ni dah 3 kali Nanie gunakan mask dari Maystar.com.my ni memang puas hati dan segar je rasa bila ke office tu! Oh, selain tu kan, bila kita rajin pakai mask, make up pun tahan lebih lama. Tak caya, cubalah! :)


Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link-link berikut -

Website : 

Facebook :

Instagram : 




Thursday, April 9, 2015

Masalah Jatuh Cinta Dengan "Abang"

Assalamualaikum semua

Kadang-kadang tu Nanie ada lah jugak dapat email daripada para pembaca Blog Coklateyes mengenai permasalahan mereka. Nanie bukanlah kata Nanie suka nak ambil tahu masalah orang, tapi mana yang kenal Nanie, memang akan tahu Nanie jenis pendengar dan pemberi respon yang baik. Especially bila orang ada masalah. Sebab pada Nanie, dengar mendengar permasalahan orang, ia juga menjadi pengalaman beharga buat kita. 

Baru-baru ni *tak baru jugaklah* Nanie terima satu email dari pembaca untuk mintak bantuan berkaitan perasaan dan hati. 

Macam yang Nanie selalu ingatkan diri Nanie dan juga para pembaca Blog Coklateyes, perempuan itu penuh dengan perasaan dan kasih sayang. Kadang benda kecik, benda sikit yang nampak macam takde apa-apa pun, perempuan boleh jadikan ia sesuatu yang besar.  Macam tu jugak apa yang terjadi pada pembaca Nanie sorang ni. Nanie panggil dia as Y (bukan nama sebenar) ye. 

Sekarang ni Y dalam dilemma. Dalam usia yang muda, Nanie lihat Y tak sure apa perasaan sebenar dia pada lelaki tersebut. Walaupun Y cuba kawal perasaan dia sebelum ni, dan menganggap lelaki itu sebagai abang, namun akhirnya Y tewas dan jatuh cinta padanya. Cuma sekarang ni, Nanie tak pasti adakah Y dah luahkan perasaan Y atau belum pada lelaki tersebut. 

Pertama sekali, nasihat Nanie pada Y, Y kena yakinkan diri Y dulu untuk letakkan dia sebagai apa? Sekiranya Y nak terus anggap dia sebagai abang, Y kena buang jauh-jauh perasaan cinta tu dan Y juga tak boleh cemburu jika lelaki tersebut jatuh cinta pada orang lain. Sebab sebagai 'adik', Y kena jadi seorang yang supportive dan saling membantu. Y tak boleh masukkan perasaan peribadi Y pada dia untuk jadiakan dia milik Y seorang. Dia juga perlu ada kebebasan dan life di sendiri. 
Namun sekiranya, Y rasa dia yang terbaik untuk Y dan boleh menjadi pembimbing Y di masa hadapan, Y perlu berterus terang padanya. Y perlu tahu juga bagaimana perasaan dia pada Y. Sekiranya perasaan dia juga sekadar caring sebagai seorang abang, Y perlu tahu batasan agar tak dilihat sebagai perempuan yang terhegeh-hegeh padanya. Sekiranya dia juga berperasaan sama dengan Y atau ada hati dengan Y, itu adalah perkara yang baik. Dan mungkin Y boleh teruskan hubungan tersebut. 


Nanie tahu, sebagai perempuan bukan senang kita nak open-up perasaan kita pada orang lain kerana kita takut dengan rejection. Tapi ingatlah selagi kita tidak berterus terang, selagi tu lah kita makan hati dan sampai bila-bila ia boleh timbulkan isu kerana berkaitan soal hati. Nanie sendiri sentiasa ambil langkah berhati-hati bila melibatkan soal hati dan perasaan. 

Bohonglah kalau kita perempuan tak terasa sekiranya lelaki caring lebih pada kita kan? Mesti dalam kepala terfikir "Eh, dia suka aku ke?", "Eh kenapa dia layan aku macam ni? Special ke aku pada dia?". Benda-benda macam ni semua perempuan akan fikir woi. 

Dan sekali lagi, diingat. Memang ada manusia yang bijak memberi harapan. Harapan yang tanpa sedar menyakitkan. Macam yang Nanie pernah cerita dalam entry ni----- KLIK SINI----- jadi pada Y, ada baiknya kita ambil pre-caution untuk jaga hati kita terlebih dulu. 

Last but not least, perasaan cinta tu satu anugerah sebenarnya. Kalau semua urusan dipermudah, Insya Allah dialah jodoh yang terbaik. Namun jika sebaliknya yang berlaku, jangan risau. Allah akan memberikan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kamu minta sekarang. Insya Allah! :) 

Semoga Y mendapat jawapan dan menyelesaikan sebahagian kebuntuannya. 


*kalau sapa-sapa ada pengalaman macam ni, mungkin boleh share dengan Nanie dan dengan Y juga.*

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork