Tuesday, May 26, 2015

Menang Iphone 6 : Ephyra Skin Bar Giveaway Bersama Blog Coklateyes

Assalamualaikum semua


Nanie tak sabar sangat nak share dengan korang pasal Ephyra Skin Bar Giveaway bersama Blog Coklateyes ni. Bukan apa, hadiah yang ditawarkan bukan main lumayan. Ada gadget, ada wang ringgit jugak! Nanie dengar pun Nanie jeles. Hehehe.  Kata orang rezeki Allah tu luas. Dan kita pun tak pernah tahu rezeki dan tuah kita di mana. Mana tahu, dengan join Ephyra Skin Bar Giveaway Bersama Blog Coklateyes ni korang antara pemenangnya kan. Tak ke beruntung tu? Raya dengan handphone baru tau!!! ;) Ok, sebelum Nanie cerita lebih lanjut pasal Ephhyra Skin Bar Giveaway Bersama Blog Coklateyes ni, mari Nanie terangkan serba sedikit mengenai Ephyra.



EPHYRA & NANIE 

Nanie percaya dan yakin, brand Ephyra dah tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan para bloggers. Nanie sendiri memang 100% percaya kehebatan brand Ephyra ni. Banyak betul kelebihan dan kebaikan yang Ephyra berikan dan Nanie rasai. Dah berkotak-kotak jugak Nanie minum. Even kalau Nanie tahu Nanie nak kena stay up malam atau long-distance drive... for sure Nanie akan minum Ephyra sepeket. Malahan, bukan Nanie sorang je minum Ephyra, kakak dan mak Nanie juga minum Ephyra sekali. Memang satu keluarga suka Ephyra! 


Antara review session Nanie dan Ephyra :


PRODUK BARU - EPHYRA SKIN BAR! 



Untuk pengetahuan korang, sekarang ni Ephyra dah keluarkan satu lagi produk baru untuk kecantikan kulit wanita tau. Namanya Ephyra Skin Bar. Nanie tengok dah ramai dah blogger yang guna Ephyra Skin Bar ni. Bersepah-sepah testimoni Ephyra Skin Bar kalau korang tengok di Instagram mereka @ephyraskin tu. Fuhhh bukan main semua testimoni tau. Power betul. Yang berjerawat, jerawatnya hilang. Yang berjeragat hitam, jeragatnya berkurang, Yang kulit berminyak semua masalah setel lah! 



Jadi, sekarang ni Nanie nak bagitau berita gembira yang mesti korang tunggu-tunggu! Ephyra akan berkolaborasi dengan Blog Coklateyes untuk satu giveaway! Yeaaay!!! Terima kasih pada Pn Amiza atas kepercayaan yang diberikan.

Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan dan syarat penyertaan pun senang aje! Tak susah mana. Malahan, dengan penyertaan Ephyra Skin Bar Giveaway Bersama Blog Coklateyes ni, korang berpeluang untuk menang Iphone 6!!!  Haaa sapa yang tak nak kan Iphone 6? Sapa??? Semua orang nak. Nanie pun kalau boleh, nak lagi sebijik. *hoiii tamak kau Nanie!*


So, kalau nak tahu macam mana nak menang Iphone 6 dan hadiah-hadiah lumayan dari Ephyra. Kat bawah ni adalah langkah penyertaan untuk join Ephyra Skin Bar Giveaway Bersama Blog Coklateyes.

LANGKAH PENYERTAAN EPHYRA SKIN BAR GIVEAWAY BERSAMA BLOG COKLATEYES 
* TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER LELAKI & PEREMPUAN* 

1. Follow Blog Coklateyes & Instagram @innanieariffin 

2. Follow Instagram @ephyra2u & @ephyraskin 

3. Like Facebook Page Ephyra Skin Bar

4. Isikan butir peribadi anda di sini ------------- http://goo.gl/forms/ZGgzTkcyxH

5. 50 Peserta  yang terpilih akan diberitahu melalui Blog Coklateyes pada Isnin 1 Jun 2015

6. Tarikh tamat penyertaan Ahad 31 Mei 2015 jam 10 malam

***Bagi yang pernah menyertai Review Ephyra Skin Bar sebelum-sebelum ni, anda masih lagi berpeluang menang Iphone 6. Namun tak perlu buat tugasan khas (review produk sekali lagi), cukup sekadar untuk Selfie Contest yang akan dilancarkan pada 1 Jun 2015 ni.

p/s: Step 1-4 adalah wajib. Yang tak memenuhi syarat wajib, akan hilang kelayakan ye! :) 


Mesti tertanya-tanya, tak kan semudah tu kot nak menang Iphone6.... No-no-no! Kata orang, hadiah lumayan kena ada effort sikit ye dak? Selepas korang isi form dalam link atas tu, pihak Ephyra akan memilih 50 Peserta Terbaik untuk join giveaway ni. Macam mana nak jadi 50 Peserta Terbaik & Menang Iphone 6?

Part soalan ni... dalam borang atas tu, korang kena jawab dengan kreatif dan menarik. Haaaa barulah pihak Ephyra boleh pilih korang sebagai 50 peserta terbaik! 


Selepas 50 Peserta Terbaik tu diumumkan, mereka akan diberikan tugas kedua pula. Tugas yang kena disettelkan dengan cepat-pantas & secara kreatif! Mereka dikehendaki untuk Review Ephyra Skin Bar ni! Tak susah pun kan review produk? Walau apa pun, yang paling penting korang kena jadi 50 Peserta Terbaik tu dulu.... 

So???? Perlu ke Nanie tunggu lama-lama lagi? Cepat-cepat lah rebut peluang ni.... rebut peluang menang Iphone 6 dan pelbagai hadiah menarik! Ajak sekali kawan-kawan blogger korang untuk join Ephyra Skin Bar Giveaway bersama Blog Coklateyes ni.

Makin ramai kan makin seronok!!! Cepat ye.... masa tak banyak ni! :)


Nanie tunggu korang ni....................


Salam Sayang!





Wednesday, May 20, 2015

Dior Beauty Boutique @ Mid Valley Kini Dibuka!

Assalamualaikum semua 

Seingat Nanie, seawal pertengahan April lagi Nanie dah perasan yang butik kecantikan jenama terkenal Dior telah mula beroperasi di Mid Valley. Waktu Nanie lalu tu, Nanie pandang je. Tak berani lagi nak masuk. Dalam hati penuh berharap, moga-moga ada rezeki nak dapatkan koleksi make up Dior.

Alhamdulillah, dengan gembiranya minggu lepas Nanie berkesempatan dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Butik Dior di Mid Valley. Butik yang penuh dengan suasana elegan, kemasan yang cantik dan dah semestinyalah koleksi Dior yang menggiurkan!

First time Nanie buat Kurung Moden. ehhh tapi Nanie selamba je pakai baju kurung pergi event kan.
Tak salah kan? Ok kan. hehehehe. 



Majlis yang meriah dan eksklusif ni turut dihadiri selebriti terkenal seperti Dynas Moktar, Anzalna Nasir, Ning Baizura dan Carey Ng serta beberapa make up artist terkenal seperti Tiar Zainal, Najeeb Azami dan ramai lagi.

IMG_9731
Sumber gambar :Glam.my


Semasa perasmian, Pengarah Urusan Serantau Christian Dior Parfums, Oliver Dubos turut hadir dan merasmikan pembukaan butik Dior ni.





Bila masuk Butik Dior tu, Nanie sendiri rambang mata. Aduh, memang banyak betul koleksi makeup dan beauty care Dior ni. Dari lipstick, blusher, foundation, brushes, lip gloss semuanya adalah. Dan dalam banyak-banyak yang sangat-sangat mencuri perhatian Nanie dah semestinya perfume!!!












Dalam banyak-banyak perfume, Nanie memang dah lama sangat target nak dapatkan perfume J'adore dari Dior ni. Memang Nanie tahu, perfume ni bau sangat wangi, sangat lembut dan match my personality! Gitu... heheheh.


Dekat Sephora pun Nanie tengok perfume ni menduduki tempat pertama untuk Top Selling Perfume tahun 2014-2015. Huiiish, kalau dah di Sephora pun menang carta memang sah lah perfume J'adore ni sedap baunya kan. Jadi bila Nanie di Butik Dior ni, Nanie tak lepaskan peluang nak cuba satu-satu perfume J'adore ni!

How I wish, kat rumah ada perfume banyak macam ni! Heaven!!!

Koleksi yang menjadikan Nanie tak keruan sekejap! :)



Miss Dior ni pun sedap baunya! Lembut & Floral

Bagi penggemar skincare pula, di Boutique Dior ni turut menawarkan servis perkhidmatan Beauty Expert yang mana di sana anda boleh berjumpa dengan Beauty Expert mereka dan menyesuaikan skincare yang bertepatan dengan jenis kulit anda. 



AMBIL PELUANG


Sebagai blogger, Nanie rasa ini satu peluang yang sangat bermakna buat Nanie. Bukan mudah untuk dijemput bekerjasama dengan jenama-jenama terkenal antarabangsa ni. Pada Nanie yang memang mula dari bawah, I am really happy for this. Bila dah dapat peluang macam ni, seharusnyalah Nanie cuba semua produk mereka. Nanie cuba perfume, skincare, lipstick... rasa nak beli je satu-satu! Heheheh!


MEET THE GIRLS 

Bila pergi event, benda paling seronok of course lah jumpa kawan-kawan kan. Lagi-lagi jumpa my beloved kakak ni. Aduhaaaiiiii "makin berseri" kan kak Sabby sekarang. Nanie tak nak pecah rahsia, tunggu Kak Sabby bagitau sendiri. Tapi Nanie happy tengok 'perkembangan' Kak Sabby sekarang. Comel. Hehehehe.




Dan Akhirnyaa..... Yeaaaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyy!!!! 



Melonjak gembira lah Nanie bila impian menjadi kenyataan. Thank you so much Dior for this gift. I am super duper happy! Balik tu, dua tiga kali belek. Punyalah sayang nak pakai. Dua-dua colour memang cun. Nanie memang tunggu masa sesuai je ni bila nak guna. Nanie sambar Diorific - Diorama 001 dan Rouge Dior 775. Nanti Nanie dah guna Nanie reveal and review ye. Boleh? Mesti korang tak sabar kan. Muahahahah....

So, buat korang yang nak tengok-tengok atau maybe nak beli sendiri koleksi makeup, perfume mahupun skincare Dior, boleh terus ke boutique mereka : 


Dior Beauty Boutique @ Mid Valley 

G-007, Mid Valley Megamall
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur 
(berhadapan Superdry & Kiehl's) 



Tuesday, May 12, 2015

Mother's Day Miracle Night : Tak Sabar Nak Dengar Nyanyian Live Dato' Siti Nurhaliza!

Assalamualaikum semua

Salah satu impian Nanie lah kalau boleh seumur hidup tu sekali nak tengok konsert Live dari artis-artis terkenal macam Jamal Abdillah, Celine Dion & Siti Nurhaliza. Mereka-mereka ni bukan sekadar punya suara yang bagus tapi bila buat konsert selalu ketengahkan kelainan dan boleh bawak macam-macam lagu.


Alhamdulillah, baru-baru ni Nanie telah terpilih antara 10 blogger yang akan menyertai Persembahan Mother's Day Miracle Night with Dato' Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung 15 Mei ni di Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM Bangsar. 



Aduhai memang rasa bertuah sangat sebab diberi peluang macam ni. Ye lah kalau nak pergi konsert atau persembahan Datuk Siti ni, tiketnya mesti mahal. Persembahan Mother's Day Miracle Night ni adalah anjuran OMGFest Ventures dan mendapat tajaan dari syarikat kosmetik Nouvelles Visages.

Dengarnya, dalam persembahan tersebut Dato' Siti juga akan berkongsi kepakaran memasak beliau bersama dengan peminat bertuah. Kalau nak tahu, Datuk Siti memang suka masak & makan. Heheheh. Dan Nanie sendiri pernah tengok video Dato K mengakuinya sempena birthday Dato' Siti Januari lepas. Hehehe.



Bila ke persembahan Dato' Siti nanti, Nanie harap beliau menyanyikan lagu-lagu forever favourite beliau. Kalau yang sekarang ni, Nanie paling suka lagu dute Datuk Siti bersama Cakra Khan - Seluruh Cinta dan lagu Terbaik Bagimu. Nanie juga tak dapat bayangkan macam mana lah lunak suara Datuk Siti secara live nanti. Dalam radio dengar pun dah naik bulu roma apatah lagi kalau dengar live kan. Mesti lunak - lemak habis! 

Serious, memang Nanie tak sabar nak tunggu persembahan malam tu. Selain Dato' Siti, antara yang buat persembahan adalah Nabil & Angah Raja Lawak. Lagi pecah perut tu! Hehehee. Ohh, sebelum terlupa ni ada sedikit update mengenai table yang dijual malam tu. Mana tahu korang nak raikan Hari Ibu bersama mak korang kan.



Charity Dinner Mother's Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza

Date : Friday, 15th May 2015
Venue : Kristal Hall TM Convention
             Centre,Menara TM Bangsar
Time : 8PM - 10PM

SPECIAL PRICE ONLY NOW!!
Tier 1: RM8990/table or RM899/person
           (Normal price : RM 9990/table)
ONLY LEFT 2 TABLES
Tier 2 : RM7200/table or RM720/person
           (Normal price : RM 7990/table)
ONLY LEFT 3 TABLES
Tier 3 : RM5400/table or RM540/person
            (Normal price RM 5990/table)
ONLY LEFT 8 TABLES

**FULL TAX DEDUCTION FOR PERSONAL/COMPANY TAX)**


Kalau ada yang berminat nak beli tiket boleh hubungi :



Telefon : 
01126261656 / 0192796275
Email :
booking@omgfest.my

Tempahan onlline :
www.redtix.airasia.com

Instagram:
 @omgfest2014



Nanti Nanie update lepas event tu ye. Mesti ramai peminat Dato' Siti kan? Hehehe  :)


Monday, May 11, 2015

TIPS ELAK TERTIPU JUAL BELI ONLINE

Assalamualaikum semua

Allahuakbar. Memang kesian habis bila Nanie baca berita ni. Bayangkanlah duit yang dikumpul, senang-senang je orang bawak lari macam tu. Kalau Nanie pun Nanie menangis air mata darah. Tapi tu lah benda dah jadi kan... tak boleh buat apa pun.



Itulah yang Nanie paling takut dalam berurusan secara online ni. Macam-macam jenis manusia di luar sana. Macam-macam kepala dan tipu muslihat. Ada je yang nak dibuatnya untuk dapat duit cara mudah. 


PENGALAMAN DEPAN MATA

Pengalaman Nanie sendiri, kawan Nanie pernah kena tipu beli online. Masa tu tengah sibuk dengan Blackberry. Dia pun beli lah satu, guna Mudah.my. Si penjual beritahu dirinya seorang cikgu di sebuah sekolah di Kuantan. Siap offer lagi, kalau nak COD pun boleh.  Time tu harga yang ditawarkan agak murah berbanding harga pasaran. Ada diskaun lagi. Pada mulanya kawan Nanie ragu-ragu jugak, tapi bila si "Cikgu" ni kata, kalau tak percaya boleh jumpa dia di sekolahnya. Memandangkan KL-Kuantan makan 2 jam jugak,  kawan Nanie yang excited dan tak sabar ni, terus menerus bank-in pada dia petang tu. Time tu tak rasa lagi kena tipu ke apa. Sebab hari minggu kan. Dia janji akan post pada Isnin pagi. Sabar kawan Nanie tunggu. Lepas dicongak, kalau pos Isnin... paling-paling Rabu atau Khamis mesti dah sampai. 

Tup-tup.... sampai Jumaat tak dapat lagi. Hati kawan Nanie mula rasa tak sedap. Dia mesej cikgu tu mulalah sesi alasan-alasan bodoh. Battery kong lah... Handphone masuk air lah... macam-macam. 

Last-last sampai 2 minggu tak sampai. Cuba call, dah tak berjawab. Mesej tak balas. Last-last teringat yang dia cakap, dia cikgu di sebuah sekolah. Google nombor telefon sekolah dan call untuk tanya kebenaran. Sebagaimana yang dijangka.... sahlah CIKGU tu menipu!!! Takde pun cikgu nama sekian di sekolah itu! Auccch menangislah kawan Nanie di bucu katil mengenang duitnya RM 800 melayang! 

FOBIA 

Sejak dari tu lah Nanie sendiri fobia berurusan secara online. Risiko tinggi. Kadang, orang tak tipu... pihak pengeposan pulak bermasalah. Kadang semua ok, barang tak ok, rosak, barang tiruan dan macam-macam lagi. Semua serba serbi tak betul dan tak seperti dalam gambar. 

Gambar tu kan orang boleh google. Entah gambar sapa je yang diambilnya dan cakap, barang yang dijual seperti ini. Tipu! 

Antara beberapa tips yang Nanie boleh kongsi kalau nak berurusniaga secara online : 

1. Jangan mudah terpedaya dengan HARGA MURAH/DISKAUN/OFFER yang ditawarkan. Apatah lagi jika beza harga dengan harga pasaran sangat tinggi. Its like, crazy lah jual harga murah macam ni. Makin crazy murah harga yang ditawarkan, makin tinggi risikonya ye! 

2. Sekiranya melibatkan barangan gadjet, ada baiknya COD. Sebab dengan gunakan MATA KEPALA sendiri, SENTUH, PEGANG, LIHAT, BELEK dapat tentukan keaslian sesuatu gadjet dan sejauh mana condition gadget tersebut. Jangan mudah tertipu dengan "TIP TOP CONDITION", "CONDITION COMEL MACAM EMMA MAEMBONG". Ahhhh tipu!

3. JANGAN CEPAT SANGAT NAK BANK-IN. Perhatikan sikap dan gaya penjual. Cuba main tarik tali dulu. Contoh, "Sis saya bank-in pukul 2 ni ye!" Tapi korang jangan bank-in pukul 2 tu. Korang tengok, adakah selepas pukul 2 tu dia terus push korang... "Dik dah bank-in?" "Awak janji pukul 2, bila nak bank-in ye? Kalau tak saya jual pada orang lain. Ramai yang nak ni!". Berwaspada. Dari situ kita tahu yang dia sangat memerlukan duit sampai push orang dan cuba buat ugutan. Potensi penipuan besar! 

4. CUBA SELIDIK LATAR BELAKANG. Dapatkan seberapa banyak maklumat diri @ perniagaan penjual. Google, facebook, dan cuba call atau email ke. Tengok bagaimana ia beraksi. Sebab orang menipu ni mesti ada benda yang dia kantoi!

5. CARI @ TANYA DIRECT TESTIMONI. Kalau online shop yang tulen, dia akan post customer-customer yang happy dengan servisnya. Mesti ada yang dia tag kan. So cuba korang DM sendiri customer dia yang dahulu dan tanya macam mana servis & produk yang dibeli. Feedback previous customer sangat penting. Rajin sikit buat research ye! 

6. Sekiranya COD, sila pergi dengan kawan atau yang expert. Kadang dah COD pun masih nak menipu. Takut kena pukau ke apa ke... Jangan pergi sorang. Jangan jumpa di tempat sunyi. Dan jangan bawak duit lebih dari harga. Bawak cukup-cukup. Elak jumpa waktu malam. 

7. Kalau gadjet, Nanie cadangkan korang beli melalui Official Retailer brand tu. Contoh nak beli iphone, beli di Mac Store. Kadang sebab nak murah sikit, kita rugi banyak. Lebih baik berurusan dengan yang legal dan dilindungi! Lebih selamat.


Nanie harap tips ni dapat bantu. Nanie takde lah selalu beli online tapi setiap lali Nanie beli, memang Nanie cukup hati-hati. Sakit woh hati kalau duit kita kena tipu hidup-hidup! 



Friday, May 8, 2015

Review 3CE Lip Pigment Yang Unik & Cantik

Assalamualaikum semua

Lipstick berevolusi dengan sangat cepat. Kalau dulu, kita hanya tahu lipstick dan lipgloss sahaja kan... tapi hari ni ada macam-macam produk untuk kecantikan dan penjagaan bibir. Malahan warna lipstick juga tidak lagi terhad kepada warna merah semata-mata, malahan ada banyak lagi shades warna yang sesuai dengan tona kulit orang Asia atau orang Malaysia.

Nanie antara orang yang paling suka dengan lipstick. Kadang tu beli lipstick sebab saja-saja suka and collection lipstick memang banyak. I am a lipstick lover! Heheheh. Sepatah kata Wiida Ribbon,  "lipstick is a girl bestfriend".


Nanie diberi kesempatan untuk review 3 Concept Eyes Lip Pigment dari Maystar.my baru-baru ni. Brand 3CE ni berasal dari Korea dan baru-baru ni memasuki pasaran Malaysia. Dengan berkonsepkan solekan ala Korea, brand ini antara yang famous dan sangat mendapat sambutan.




Dari segi packagingnya memang sangat comel. Dalam bentuk tube 11g, dan kelihatan seperti saiz mini ia sebenarnya mudah di bawa kemana-mana. Mempunyai 7 warna yang semua cantik-cantik belaka, tekstur 3CE Lip Pigment agak lembut dan mudah di apply pada bibir. Warnanya memang vibrant dan pekat. Gunakan sikit sahaja dan jadi cantik dan terang. Tanpa sebarang bau, matte finishing dan tidak terlalu berminyak ia menjadikan warna-warna Lip Pigment cantik pada bibir.




Disebabkan ia datang dalam bentuk tube, maka untuk apply kena guna jari atau brush. Agak leceh jugak lah sebab bila dah guna jari sah-sahlah jari akan kotor kan. Tapi Nanie guna je apa yang ada. Nanie gunakan permukaan licin tube tersebut untuk ratakan secara kasar pada bibir. Lepas tu, Nanie just ketap-ketap je bibir and ratakan. Mudah.


Namun, ada sesuatu yang membezakan 3CE Lip Pigment dengan lipstick dari jenama lain. Nak tahu apa? Part ni paling Nanie suka sebenarnya... 3CE Lip Pigment ni boleh dicampurkan warnanya. Bila dua warna dicampur, ia akan menghasilkan satu lagi shades yang sangat cantik. Sebagai contoh, warna yang Nanie ada ni Mellow Pink + Mink Beige, akan menghasilkan warna Pink Coral. Cantik sangat! :)





Rata-rata review yang Nanie baca semua menyatakan yang 3CE Lip Pigment ni sebagai suatu produk kosmetik yang unik. Ye lah dengan beli 2 shades, boleh dapat 3 shades sebenarnya. Mudahlah untuk perempuan mix and match dengan outfit pada hari tu. Bukan tu je, ada juga review yang cuba jadikan Lip Pigment sebagai blusher. Dan katanya, ia juga sesuai sebagai blusher sebab teksturnya yang ringan dan mudah diapply. Wah!!! Kena cuba ni...



Secara keseluruhan, Nanie suka produk 3CE Lip Pigment ni. Versatility dan unik. Boleh diguna dengan pelbagai cara. Dan paling penting adalah teksturnya yang bagus menjadikan ia antara yang terbaik dalam range kosmetik negara Korea. Harga untuk 3CE Lip Pigment adalah RM 75 dan mungkin boleh bertahan 2-3 bulan *bergantung pada penggunaan*.


Korang boleh BELI 3CE Lip Pigment ni pada link - link di bawah :


Website : 

Facebook :

Instagram : 



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork