Friday, July 31, 2015

Kecoh Lelaki Bercawat Di Sekitar Kuala Lumpur. Siapa Dia?

Assalamualaikum semua

Panik jugak Nanie bila tiba-tiba timeline Nanie penuh dengan gambar lelaki ala-ala Superman yang bercawat oren ni. Dah kenapa kau tiba-tiba pakai macam tu tengah bandar KL ni. Betul ke tidak budak ni. Apa kena lah pakai macam ni? Malu aihhh! Hehehe.


Laaaa.... lepas Nanie baca betul-betul rupanya ni lah si Effortless Man, ikon Superhero untuk kempen beli belah bersama Lazada yang tengah berlangsung sekarang. Hahahaha. Mati-mati ingat ada costume party sesat ke apa tadi. Mr.Effortless Man ni sebenarnya sedang mempromosikan The Big Effortless Shopping Sale daripada Lazada di http://www.lazada.com.my/effortless-shopping/.



APA ITU THE BIG EFFORTLESS SHOPPING SALE? 
The Big Effortless Shopping Sale ni merupakan satu jualan besar-besaran dari Lazada yang mana ia menawarkan potongan sehingga 90% kepada pelanggan. Bukan satu dua barang je yang ditawarkan potongan harga. Banyak!!! Dari gadget, kitchen appliances, fesyen dan banyak lagi. Geram-geram jugak Nanie tengok satu-satu. Bukan tu je, siap ada Flash Sale lagi ni ha... harga memang murah lah! 


NAK SHOPPING FREE TAK? 
Lazada ni tak sah lah kalau tak berikan kegembiraan pada pelanggan mereka kan? Jadi bersempena dengan The Big Effortless Shopping Sale ni, ada beberapa contest yang dijalankan bersama Superhero Effortless Man. Apa contestnya? Yesss korang pun boleh menang sama tau. 

1. Menang Hadiah Tunai RM 100  untuk 2 pemenang setiap hari

Cara-caranya: 
-  Selfie bersama EffortlessMan dan upload di FB korang sendiri
- Gunakan #EffortlessManHunt & #LazadaMalaysia

**hint: 
Untuk update lokasi Effortless Man, ada di Facebook Page Lazada 


2. Menang Hadiah RM100 shopping voucher untuk 3 pemenang setiap hari

Cara-caranya: 
- Tinggalkan komen di page ini : http://www.lazada.com.my/effortless­-manhunt/ 
- Teka dimana tempat seterusnya EffortlessMan akan pergi. 
- Siapa dapat teka betul or paling hampir dengan lokasi sebenar berpeluang untuk menang. 




Alahai, mudah dan senang sangatlah nak menang voucher. Pejam mata, komen & selfie dengan kreatif je pun tau-tau dah dapat RM 100. Boleh shopping tu yang paling best! Jadi jangan lupa ye.. Hari ni hari last tau nak menang hadiah shopping voucher. Baik join sekarang. Kalau tak sempat rugi je!!!


Untuk maklumat lanjut : 



Tuesday, July 28, 2015

"Anak Ketiga" Dr.Fatin Liyana & Dr.Anwar Fazal

Assalamualaikum semua

Nanie suka baca dan beli buku. Semalam perasan yang Fatin Liyana update blog dia pasal 365. Nanie yang pembaca setia ni terus je bergegas *punyalah laju* ke blog Honeykoyuki tu (KLIK SINI). Ewah-ewah makin cemburu kita tengok pasangan Dr.AFL ni. Ye lah, dah lah sama cantik sama padan dua-dua doktor ni kan, part paling best dua-dua berkongsi minat yang sama iaitu menulis & membaca. So sweet ah awak Aten!


Disebabkan dua-dua suka menulis, maka pasangan doktor ni menghasilkan "anak" ketiga mereka iaitu 365 selepas kejayaan Diagnosis & Diagnosis2. Buku-buku tulisan para doktor ni lain macam syok dia. Korang kalau baca macam boleh makin dekat dengan Sang Pencipta. Sebab apa? Sebab tugas mereka sebenarnya lebih banyak deal dengan kerohanian dan kebesaran tuhan.


Kalau di Indonesia, Diana Rikasari famous dengan buku pink #88 Love& Life, kini giliran anak Malaysia pula untuk terbit dengan 365 by Dr.Anwar Fazal. Yang 365 ini Nanie yakin dan Nanie percaya lebih membawa kita kepada pengisian yang lebih berharga dalam menghargai setiap saat dan detik kehidupan untuk mencari redha Allah.


Lepas je baca entry kat blog FL, Nanie terus beli buku 365 ni. Nanie memang suka dengan setiap sentuhan dan buah fikiran Dr.Anwar Fazal. Since dari tumblr lagi Nanie memang respect beliau untuk setiap ingatan, pesanan dan nasihat beliau. Apatah lagi bila menghadiri Majlis Resepsi mereka sebulan dua yang lepas (KLIK SINI) lagilah Nanie tambah-tambah salute pasangan ni. 


Nanie yakin penulisan yang menyentuh hati sebegini sebenarnya menjadi "dakwah halus" untuk anak muda zaman sekarang. Berkonsepkan tarbiah dan masih lagi kekal *hipster*, sedikit sebanyak dapat menarik minat muda mudi untuk membaca, beringat dan menjadi lebih baik hari demi hari. Sebab tu dinamakan tajuknya 365 supaya saban hari kita mampu berubah untuk menjadi insan terbaik. 

Nanie memang tak sabar nak tunggu buku 365 ni. So far, buku ni tak lagi dijual di mana-mana kedai buku. Hanya dijual melalui website. Kalau korang nak beli, boleh dapatkan di sini : 

Get your 365 now at www.whitecoat.com.my
(Only available online at the moment)
Price : rm30

Insya Allah, tak pernah rugi kalau membeli sebuah buku. Ilmu dalamnya tu... priceless! 

Last but not least, Tahniah Dr. Anwar Fazal atas kelahiran buku 365 ini. Moga setiap satu huruf itu punya dakwahnya yang tersendiri.



Monday, July 27, 2015

Viral: Kisah Cinta Student & Lecturer Sampai Kahwin!

Assalamualaikum semua

Kecoh dekat twitter bila ada student berjaya tackle dan menjadi isteri seorang lecturer hensem. Maka berduyun-duyunlah student yang angau akan lecturer masing-masing. 



Memang nampak sweet dan sepadan sangat pasangan ni. Macam pinang dibelah dua. Tulah orang kata kalau dah jodoh memang tak kemana. Tak disangka -sangka dari lecturer kemudian bercinta. 






Roomate Nanie masa kat UM nama Anne selalu pesan, kita kena sentiasa nampak cantik. Bukan sebab nak tackle lelaki, taoi sebab jodoh tu dimana-mana! Mana tahu, budak lelaki yang tunggu bas sama-sama dengan kau tu yang jadi suami kau. Sapa tahu kan? 

Bercakap soal jodoh, depan mata Nanie sendiri terjadi perkara ni. Kenal, kawan dan tak sampai berapa bulan terus menikah dan jadi suami isteri yang sah. Itulah rahsia jodoh kan. 

Tapi Nanie selalu pesan pada diri Nanie. Kalau kita berimpikan seorang suami yang baik,yang boleh bimbing kita ke jalan yang betul... Tak susah... Kita sendiri kena jadi baik. Sebab itu janji Allah. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Kadang dia tak indah pada rupa. Tapi indah pada adab dan akhlaknya. Tak ke itu juga sebahagian makna sempurna? 

Moga Allah temukan kita semua dengan jodoh yang baik-baik. 

Amin. 




Merancang Beli Rumah Sendiri

Assalamualaikum semua

Bila bersembang ramai-ramai dengan sepupu sepapat yang muda-muda mahupun kawan-kawan masa beraya, salah satu hot topic yang menjadi bualan adalah berkaitan "RUMAH". Ye lah zaman sekarang ni, payah betul budak muda nak beli rumah dan kumpul harta. Nak beli kereta sebijik pun terpisat-pisat membayar bulanannya. Dengan nak menyimpan untuk masa depan lagi, nak senangkan mak ayah lagi. Pucuk pangkalnya, kalau gaji tak cecah enam tujuh ribu, agak perit lah kau nak survive seorang diri di Kuala Lumpur tu kan. 

TARGET LANDED HOUSE
Target Nanie nak yang landed house and kalau boleh biarlah dekat dan mudah nak jenguk mak ayah. Jadi waktu raya hari tu Nanie saje jalan-jalan dengan Akim sekitar bandar Kluang dan kawasan yang berhampiran dengan rumah Nanie. Nak tengok-tengok taman-taman baru dan design rumah-rumah yang ada. 

Antara rumah yang menarik minat Nanie & Akim. Single storey, landed house, design cantik, security pun ada! 

Mana yang pernah sampai Kluang, kalau tahu area kawasan hospital Kluang tu ada satu kawasan perumahan baru. Kawasan tu sebelum ni memang tanah kelapa sawit, tapi sejak 5 tahun kebelakangan ni dah dibangunkan jadi kawasan perumahan. 

Salah sorang cousin Nanie ada beli rumah kat area situ. Not bad jugak harganya sekitar RM 420k. Murah bila dibandingkan dengan dapat tanah, dapat kawasan yang luas dan design rumah yang cantik. Cousin Nanie kerja kat KL, tapi beli rumah kat Kluang. Supaya senang dia balik sini jenguk keluarga. 

Ni kalau kat KL ni, takde nak dapat harga segitu dengan landed housenya lagi. Sepupu Akim ada beli rumah kat area Nilai pun dah jejak RM 600-700k. Bayangkan kalau area KL. Memang menangis tepi bucu katil je lah pecah tabung ayam. Cemburu jugak dengan kawan-kawan yang kerja di Kluang dan dah beli rumah di umur muda. Kita ni kerja di KL, duit habis macam tu je. 

Nanie ada baca tips dari beberapa sifu hartanah berkaitan pembelian rumah di usia muda ni. Katanya, first property kita biarlah rumah second hand dan berada di kawasan hot spot. Jadikan ia modal untuk pelaburan akan datang. Sewakan pada orang. Selepas 5 tahun, harga dah tinggi baru let go dan boleh beli rumah yang baru. Time tu pun mesti gaji kita dah naik dan stabil. Tu serba sedikit yang Nanie ingat lah. 

Gaji graduan hari ni. Tak seberapa kan? 
PERANCANGAN KEWANGAN & FAKTOR USIA
Sebenarnya perancangan usia dan kewangan kita kena bijak. Nanie cemburu dengan zaman mak-mak ayah kita dulu. Umur 20-an, boleh kahwin, boleh beli rumah, boleh beli kereta, boleh sara anak-anak. Zaman sekarang, macam kena fikir mana satu lebih penting. Tak boleh nak buat semua serentak. Mungkin zaman tu, mata wang tengah stabil kan. Lepas fikir-fikir, Nanie & Akim rasa the best decision is, kerja di KL tapi beli rumah di Kluang. Menepati matlamat untuk dapat landed house dan mudah nak balik kampung.

Nanie pulak jenis rajin bertanya dan berbual. Selalu jugak Nanie tanya pada ayah dan orang-orang yang dah ada pengalaman beli aset atau rumah ni. Pengalaman mereka yang banyak memberi manfaat dan tunjuk ajar pada Nanie in terms of procedure, savings, monthly payment, loan dan banyak lagi.

RUMAH LELONG
Bila Nanie share di FB berkaitan beli rumah ni, ada sorang kawan Nanie masa di Law Fac dulu cadangkan kalau nak beli rumah di KL dan dengan harga yang reasonable adalah dengan membeli rumah lelong. Nanie pun tak terfikir sebelum ni... ye lah mesti banyak rumah yang bank lelong sekitar KL ni. Namun, risikonya tetap ada. Menurut Ello, yang juga seorang peguam... kalau nak beli rumah lelong ni kena banyak buat research agar tak mudah tertipu. Apatah lagi dalam urusan tukar milik nama, kaveat, pembayaran dan urusan perbankan. Semua tu nak kena tahu. Jangan beli buta-buta je. Insya Allah nanti Nanie buat research on this matter. Tanya mereka yang lebih arif dalam soal hartanah ni. 


NIAT ADA RUMAH SENDIRI 
Takpe, sepatah pesanan ayah Nanie...mulakan tanam niat nak beli rumah dari sekarang. Nampak rumah orang cantik-cantik, takpe niat dalam hati nak dapat rumah sebijik. Nak beli rumah cantik. Allah tu kan Maha Mendengar. Yakin pada law of attraction. Kita niat hari ni, tak semestinya hari ni dapat. Esok, lusa kalau ditambah dengan usaha mesti apa yang kita impikan kita akan dapatkan! Insya Allah!

Pada anak muda yang lebih kurang usia Nanie, kita sama-sama buktikan yang kita juga bijak dalam kewangan. Walaupun zaman ekonomi meruncing sekarang, jangan bimbang. Perancangan kewangan yang bijak dan semangat serta usaha yang berterusan pasti akan memberikan kejayaan! :) 

Moga-moga urusan dipermudahkan! 



Sunday, July 19, 2015

Adab-Adab Beraya Di Rumah Orang

Assalamualaikum semua 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin! 



Ikhlas, 
Innanie Ariffin 
Blog Coklateyes 

•••••••••••••

Disebalik gembira sambut Syawal ni, of courselah memang rumah Nanie antara yang berduyun-duyun orang datang. Dari raya pertama bermula jam 10 pagi sampaikan hari ni raya ketiga, paling last tetamu pulang jam 1 pagi. Dan memang non-stop datang group by group sekali datang sampai 5-7 buah kereta. 

Alhamdulillah, syukur sangat dengan kehadiran semua tetamu yang datang menziarah ayah dan keluarga Nanie. Secara tak langsung dapat mengeratkan sillaturahmi kan? 

Namun, ada beberapa penekanan yang Nanie yakin bukan Nanie sorang je yang nak luahkan, tapi ada ramai yang nak bercerita perihal adab-adab beraya. Ini bukan bercerita yang tak elok, tapi sekadar ingatan dan pesanan sesama kita agar Aidilfitri ni takde yang sakit hati mahupun terasa hati. 

ADAB-ADAB BERAYA 

1. Bila datang rumah orang, dalam group yang ramai, jangan terus menyerang kuih raya orang. Sabar. Duduk dulu, bertanya khabar dulu, bagi tuan rumah jemput makan kuih muih barulah mula makan. 

2. Sekiranya kita ada anak kecil, yang masih tak tahu makan sendiri, emak-emak tu janganlah asyik syok tengok tv sahaja. Dijaga anak tu. Orang dah hias rumah cantik-cantik. Memang adat budak kecik tak reti diam, tapi anak-anak perlu dikawal. Janganlah biarkan anak melonjak-lonjak atas sofa orang. Kan tak molek gitu. Biarpun budak kecik. 

3. Inikan beraya, agak-agak dah nampak ada tetamu lain yang sampai, awak yang dah sudah tu paham-paham bahasalah gerak. Makan dah sudah, minum dah sudah, bagilah ruang orang lain pulak nak beraya. Serba salah tuan rumah. Nak suruh gerak macam mana, nak dihalau rasa biadap pulak. Agak-agak dah 1-2 jam beransur lah gerak. 

4. Macam adat keluarga Nanie, kalau orang beraya memang kita sediakan makanan. Tak banyak sikit, memang ada. Kadang goreng mee, kadang makan nasi putih, ikutlah rezeki hari tu. Tuan rumah dah sedia makanan, sekali lagi yang anak kecik, disuap anak tu. Jangan dibiar anak makan berterabur macam kat rumah sendiri. Inikan raya, kesian tuan rumah nak menyental dan mengemas nanti. Peranan mak ayah kena dilakukan. 

5. Dah makan kan tadi? Apalah salah bawak pinggan masing-masing ke sinki. Ringankan tangan sikit cuci pinggan. Bukan suruh cuci periuk dan kuali pun. At least, tuan rumah rasa senang sikit hati bila sinki tak menimbun dengan pinggan kotor. 

6. Beraya ni mulut pun kena dijaga. Gurau-gurau juga tapi ada patut-patutnya. Jangan pukul rata semua sama. Lagi-lagi kalau anak muda dengan orang tua.

7. Kalau ada orang tua, orang sakit mahupun anak yatim, janganlah lokek. Cuba jadikan Syawal ini bulan memberi. Jadikan hari raya bulan untuk kita bersedekah. Campak-campaklah barang 5-10 ringgit pada mereka. Bukan apa, kita mahukan doa dan restu mereka. Doa kita belum tentu makbul. Doa orang - oramg ini yang kita perlukan. Jangan balik tu terima kasih ajeeeee.... 

8. Sebelum pergi beraya tu, apalah salah korang pergi sarapan dulu ke, makan tengahari dulu ke, jangan mengharapkan tuan rumah sediakan makanan. Jangan masuk-masuk je rumah anak-anak merengek kelaparan. Orang tua boleh lah tahan, budak? Bukannya orang lain juga yang makan, kaum keluarga kau jugak. Tu yang jadi kes, bila sediakan makanan macam orang kebuluran. Sebab apa? Sebab memang pergi beraya dan harap ada rumah yang sediakan makanan. 

9. Jangan pulak time kita pergi beraya tu kita jadikan peluang untuk jual produk, MLM mahupun sebarang tok-nenek skim. Sakitnya hati kena "paksa-dengar" penerangan. Nak beraya-raya jelah. Jangan sibuk-sibuk nak jual MLM. Orang tak suka lah! 

10. Haaa kalau raya pertama tu dah mula beraya rumah orang, bawak-bawaklah buah tangan. Tak kan raya satu hari tak masak? Tak kan raya satu hari tak buat apa-apa juadah? Tak perlu banyak, tapi sebagai ingatan, apalah salah kan... Tak mintak, tapi bahasa tu cantiknya bila Syawal ni kita tahu memberi dan bersedekah. 

11. Yang makan kuih pulak, beragaklah. Balang tu bukan awak punya sorang. Ye tahu kuih sedap, makan sebiji dua cukuplah. Haihh mentang-mentang sedap, dia pulun sorang! Abis orang belakang nak makan apa? Tuan rumah pun kuih  bukan banyak sangat! Beringat... 

12. Sekali lagi yang ada anak kecik, jangan dibiar makan kuih sedirian. Habis kuih dihancur-hancurkan, tak dimakan tapi penuh hancur satu karpet. Tak ke menyirap tuan rumah nak vacuumkan semua. Lagi kalau coklat ke apa ke.. Menangis kau! 

13. Yang pakai handphone mahal pulak, janganlah asyik mintak password orang. Maaflah, rumah orang bukan mcdonald mahupun perpustakaan awam. Harap pahamlah, orang tak suka share wifi! 


Pesanan ni takde tuju pada siapa. Sekadar ingat mengingatkan. Bukan apa, kadang disebabkan tiada adab ni yang buatkan oran terasa hati. Syawal memang bulan untuk kemaafan. Moga-moga kita jadi lebih baik dari hari ni, dan mudah-mudahan ingatan ini untuk diri Nanie sendiri. 






Tuesday, July 14, 2015

Dah Ready Ke Nak Raya?

Assalamualaikum semua


PERSIAPAN RAYA 
Raya tahun ni, Nani buat persiapan dah dekat hujung - hujung jugaklah. Macam baju raya semua, Nanie prepare yang praktikal boleh bawak ke event dan ke opis. Senang dan jimat kan? Tak payah nak buat dua tiga kali. Kasut raya pulak, Alhamdulillah sangat-sangat... hari minggu yang lepas Nanie ke Sunway Pyramid, masuk Parkson jumpa yang ngam-ngam sizenya. Selalunya, kaki Nanie ni susah gila nak dapat size. Yang ni, brand Santa Barbara & Polo je terus muat. Apa lagi, Nanie sauk 3 pasang terus. Tamak kan? Muahahah! Yelah bukan senang nak dapat size kasut wei! Lepas tu tak beli apa dah. Cukup dah semua. Handbag, tudung semua pakai yang ada je. Nak kena jimat sikit. Barang pun dah makin mahal kan?

TIPS JIMAT 
Oh, Nanie adalah sikit tips kalau nak buat persiapan raya ni. Kalau nak jimat better kita beli dari awal actually. Dan janganlah beli selepuk semua. Beli sikit-sikit. Contoh macam hari tu bulan Februari pergi Terengganu, ayah Nanie dah beli songket 2 helai untuk guna masa raya. Than bulan satu lagi beli lagi barang lain. Jadi tak lah terasa sangat kan keluar duit sekali banyak.

Songket ayah tenunan tangan dari Terengganu! Geram wei tengok warna-warna dia.

JUADAH HARI RAYA 
Untuk persiapan juadah  raya pulak, memang ni tugas Nanie dan mak. Insya Allah kali ni Nanie balik ke Johor pada hari Rabu malam. Lepas balik kerja tu, terus gerak. Berbuka puasa kat tengah jalan lah jawabnya. Sebab kalau balik hari Khamis, tak sempat pulak nak bawak mak ke pasar beli barang masak. Sebelum Subuh lagi, mak dah ajak ke pasar. Dulu masa ayah sihat, pukul 4 pagi ayah dan mak dah ke pasar beli barang basah! Sekarang giliran Nanie pulak. Bahagian kemas mengemas pulak diserahkan pada kakak Nanie, dan bahagian gosok baju raya everything semua, adik Nanie.

Tahun lepas punya gambar. Macam biasa, bab masak Mak & Nanie akan uruskan
Macam biasa, Nanie akan masak rendang & sambal kacang. Mak pulak expert dalam buat lodeh. Along & mama (makcik Nanie yang tinggal dengan Nanie dari Nanie kecik) akan buat bergedil. See. Seronok dan meriah kan kalau ramai adik beradik perempuan. Adik pulak akan jaga ayah. Gilir-gilir lah layan ayah. Hehehe.

Feeling kan raya di perantauan

RAYA DI PERANTAUAN
Ohhh ye, tahun lepas kalau korang ingatlah... Nanie beraya kat Beijing. Sebab masa tu Nanie terpilih sebagai salah seorang peserta Asean Student Environment Platform 2015. Memang sedih jugak lah sebab raya ke-4 dah kena fly ke Beijing dan stay kat sana untuk 10 hari. Rasa macam tak puas sangat beraya tahun lepas. Baju raya pun beli satu je.

Ayah with my sepupu, Abang Amat. Ayah ni anak bongsu sebab tu pangkat anak sedara pun sebaya je.
Yang belakang-belakang tu semua anak-anak sedara Nanie. 

Bila kat perantauan, suasana hari raya tu memang lain sikit lah. Walaupun ada kawan-kawan Muslim dari Beijing yang menyambut Aidilfitri jugak, tapi suasananya lain. Kami yang geng-geng Malaysia je lah yang excited fefeling raya di oversea. Siap ada yang bawak samping & baju melayu bagai! 

Selamat hari raya Kirin!  Bertabahlah ye :) 

KAWAN BAIK JAUH DI MATA
Tahun ni pulak, kawan baik Nanie si Kirin tu merasa raya di perantauan. Terasa jugaklah Nanie. Sebab selalu malam atau pagi raya dia mesti call Nanie dan ucap selamat semua. Tahun ni tak tahulah macam mana.  Malam raya tu flight dia ke Bombay, India. Huh...jauh kan? Semalam dia call Nanie katanya mak ayah dia pun terasa bila anak sorang tak balik. Tak complete rasanya. Dia siap pesan dengan mak dia lagi bawakkan kuih raya dan serunding daging. Supaya kat India sana, dia boleh fefeling raya dalam bilik hotel. Aloh! Sayu woh dengar gitu.

SERVIS KERETA
Dua minggu lepas Nanie dah siap-siap servis kereta. Walaupun kereta baru, tapi kena jugak diservis supaya lancar perjalanan. Ni tahun pertama lah balik kampung naik kereta. Selalu berebut-rebut kau beli tiket bas. Bersesak-sesak kat TBS beratur bawak barang semua. Kenangan tu, kenangan manis!


Walau apa pun, raya tetap raya. Raya ni kan fungsinya untuk mengeratkan silaturahim antara kita semua dan paling penting mensyukuri segala nikmat yang Allah kurnia. Hari raya ni perlu disambut secara sederhana. Yang nak balik kampung tu hati-hati ye memandu. Dua tiga hari ni, kalau korang ada baca kat paper... kawasan Kluang, Pagoh which is laluan Nanie nak balik ni kerap sangat kemalangan hingga meragut nyawa. Moga Allah melindungi dan merahmati perjalanan kita semua.


Selamat Hari Raya! :)




Monday, July 13, 2015

Review Dior Diorific #001 Diorama Lipstick

Assalamualaikum semua

Lama betul tak buat review produk. Kali ni Nanie nak review dua lipstick yang sememangnya mengigau-ngigau Nanie bila dapat. Korang tahu kan Nanie memang suka lipstick. Kadang tu dalam seminggu ke ofis, macam-macam lipstick Nanie pakai. Memang ikut mood. Sekejap pink, sekejap coklat, sekejap merah mak ngah. Hehehe. Memang Nanie suka!

Kalau korang ada baca entry Nanie yang lepas-lepas, semasa Nanie menghadiri Majlis Pembukaan Butik Dior di Mid Valley (KLIK SINI), Nanie diberikan sedikit voucher appreciation untuk redeem apa-apa kosmetik yang Nanie suka. So dah semestinyalah Nanie ambil lipstick, walaupun niat di hati pada awalnya nak J'Adore kan. 

Puas pusing-pusing satu butik akhirnya Nanie berkenan dengan : 

1. Rouge Dior Couture Color
2. Diorific Long Wearing True Color Lipstick


Untuk entry kali ni, Nanie review Diorific Long Wearing True Colour Lipstick ye. Nanti next time baru Nanie review yang Rouge Dior tu. Dua-dua pun Nanie suka. Sebab lawa! 





Kalau korang nak tahu, lipstick Diorific Long Wearing True Colour ni dah lama sangat berada di pasaran. Tak silap Nanie, masa Nanie kecik lagi mak Nanie dah pakai lipstick ni. Sebab Nanie ingat packagingnya yang lain dari yang lain tu. Tak macam lipstick biasa kan? Tapi mungkin sekarang dengan new formula ataupun pertambahan seleksi warna yang lebih sesuai dengan tona kulit orang Asia.



Paling Nanie suka untuk lipstick ni adalah dari packagingnya. Berbentuk bulat di bahagian hujung sekali pandang macam miniature perfume pun ada. Nanie memilih warna Diorama 001 sebab dalam koleksi lipstick Nanie belum ada lagi warna seakan-akan Dark Rose Maroon ni. 



Dari segi warnanya, Diorific Diorama memang cantik. Very pigmented and vibrant. The color is just perfect untuk menaikkan kecerahan tona wajah kita dan memberikan satu pantulan eksklusif bila dipakai. 






Yang paling Nanie suka lagi sebab dia Matte Finisihing. Takde glossy dan shimmering. Jadi tak keterlaluan kalau dipakai untuk day-usage kan. Untuk ketahanan pula, boleh dipakai sehingga lebih 4- 5 jam. Patutnya kalau dah nama Long Wearing, mesti lebih lama tahan kan? Hehehe. 

Seperkara lagi, disebabkan ia matte-finishing, biasanya bibir akan rasa sedikit kering. Jadi Nanie sarankan, before pakai... boleh apply lip balm atau lip moisturizer. Tak berapa sesuai kalau nak apply lip gloss sebab nanti warnanya akan totally different. 

Yes, dari segi harga of course Nanie sendiri kena fikir banyak kali kalau nak beli. Heheh. Nasib baiklah ni dapat free kan. Tu yang suka tu. Cumanya, Christian Dior woi... high-end brand kan. Of courselah mahal. Tapi...kalau dah suka, apa salahnya! :) 


Info Produk : 

Diorific Long Wearing True Colour Lipstick - Diorama 001
Harga : RM 116.98
Berat Bersih : 3.5g


Dior Beauty Boutique @ Mid Valley 

G-007, Mid Valley Megamall
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur 
(berhadapan Superdry & Kiehl's) 


Nanie plan 1 Syawal nanti nak makeup & guna Diorific Diorama ni. Bagi mysterious makeup look sikit ke. Sebab warna baju raya pun ala-ala dark maroon macam ni jugak. Eh! Terlepas pulak bagitau warna baju raya. Heheheh :) 



Sunday, July 12, 2015

Kareena Kapoor Di Majlis Perasmian Malabar Gold & Diamonds Malaysia

Assalamualaikum semua

Bila nak raya ni, selain daripada kelengkapan rumah dan kelengkapan diri... orang perempuan pun suka "kelengkapan" yang begemerlapan di sarungkan pada badannya. Apa lagi kalau bukan barangan kemas kan? Ye lah, barang kemas ni kalau sekali sekala pakai... memang boleh menaikkan keanggunan si pemakai. Bukan setakat mak-mak kita je yang suka pakai emas tau, sekarang ni Nanie tengok budak-budak baya Nanie pun dah ada yang suka beli barang kemas. 


Beberapa bulan lepas Nanie dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian sebuah kedai emas terkemuka dari India iaitu Malabar Gold & Diamonds di Jalan Masjid India. Untuk pengetahuan korang, semasa majlis perasmian yang paling menarik adalah apabila pelakon terkenal Bollywood iaitu Kareena Kapoor turut sama hadir. Fuh... tak sangka pulak Nanie dapat jumpa depan-depan dengan Kareena Kapoor. Bukan senang tau!

Lokasi outlet Malabar Gold & Diamonds sangatlah strategik. Kalau korang biasa kat Jalan Masjid India tu, memang ada satu kawasan yang berderet dengan kedai emas. Malabar Gold & Diamonds berada di bahagian belakang Jakel Mall. Ini merupakan outlet pertama mereka di Malaysia dan merupakan outlet ke 133 seluruh dunia. Malabar Gold & Diamonds telah bermula di India sejak tahun 1993 dan telah menembusi lebih 8 buah negara di seluruh dunia seperti Kuwait, Dubai, Oman dan Arab Saudi. 


Dengan menampilkan Kareena Kapoor sebagai simbolik kepada keanggunan dan kemahkotaan wanita melalui emas, Malabar Gold & Diamonds turut menampilkan pelbagai rekaan eksklusif untuk setiap barangan kemas mereka. 

Pengarah Urusan sedang memberi penerangan mengenai Malabar Gold & Diamonds Group

Bila Nanie masuk ke Malabar Gold & Diamonds, first time Nanie teruja tengok barang kemas. Ya Allah memang banyak sangat-sangat. Bayangkan setiap tingkat untuk barangan kemas yang berlainan. Contohnya tingkat 1 untuk cincin, tingkat 2 untuk rantai... berderet dan begemerlapan!

Tak ke bercahaya mata tengok berderet deret cincin ni











Bila Nanie perhatikan setiap barangan kemas dari Malabar Gold & Diamonds ni, buatan dan design mereka cukup kemas, padu dan cantik. Walaupun origin country mereka dari India tapi emas mereka cukup berkualiti tinggi dan design yang diberikan pula bersesuaian dengan semua. Tidak terlalu sarat dan tidak terlalu ringan.

Berbalik pasal Kareena Kapoor tu... agak lama jugak kami tunggu dia. Kawalan ketat dilakukan seawal pagi lagi dan jalan dihadapan kedai ditutup. Nak masuk ke kedai pun kena scan dengan para pengawal mereka. Dan akhirnya, Kareena sampai depan kami. Fuh...memang cantik! Macam anak patung. Kurus tinggi dan memang putih melepak macam kapur.






macam nak je suruh dia menari lagu "Bole Chudiyan"

Ditanya mengenai perasaan beliau atas pemilihan sebagai duta Malabar Gold & Diamonds, Kareena sememangnya merasa cukup bertuah. Jenama dan brand Malabar Gold & Diamonds cukup terkenal dan diyakini di India sebagai salah satu pengeluar emas terbaik. Malahan, beliau juga menyatakan layanan "princess" yang diberikan Malabar Gold & Diamonds menyebabkan dia rasa cukup dihargai. 


Sepanjang sesi soal jawab bersama pihak media, Kareena sangat humble dan peramah. Tak lah macam sesetengah artis Bollywood yang dikatakan agak kekwat dan sombong jika datang Malaysia. Cumanya akibat kawalan ketat, masa Kareena bersama media tak terlalu lama. Kareena kena berjumpa dengan peminatnya di pentas utama. Memang ramai gila orang! Dia bukak pulak lagu hindustan, adalah sekali dua terangkat jugak bahu Nanie ikut irama! hehehe. Hindustan kot... my favourite! 


Sempena Hari Raya ni, kalau korang mencari barangan kemas yang cantik buatannya, kualiti yang tinggi dan murah upah buatannnya boleh klik link-link di bawah :

Facebook :

Website :


Thursday, July 2, 2015

Jenis Kawan Macam Ni Jangan Dilepaskan!

Assalamualaikum semua

Semalam lepas balik kerja, Nanie sempatkan ke Mid Valley untuk berbuka puasa dengan kawan-kawan baik Nanie. Kebetulan semalam semua free. Jadi kami plan berbuka sama-sama. Dulu masa universiti, senang sangat nak jumpa semua orang. Cukup korum! Tapi bila masing-masing dah ada kerja, aduhai... seminggu sekali nak jumpa pun payah. Mujur ada whatsapp. Selalu lah update kan. 

Kawan baik Nanie yang nama Shakirin pulak sekarang ni dah jadi Flight Steward. Lagi lah sibuk ke sana sini kan. Dan semalam, hari terakhir dia stay di TTDI. Lepas ni dia duduk jauh sikit dari Nanie. Dia akan pindah ke Sepang. Terasa jugaklah Nanie! Sedih...

This is my beloved friends. Depan Kirin, Ara & Arif. Nanie dan yang comel depan ni Oche.
Atas saranan Arif, kami semua berbuka di Amarin Heavenly Thai Mid Valley. Terletak sederet dengan Sony Centre dan Samsung. Atas Kamdar. Sekali tengok macam ala-ala Absolute Thai, tapi semalam lepas try makan kat Amarin, I can conclude Amarin lagi sedap sikit dari Absolute Thai. 

Decoration Amarin cantik jugak


Nanie sampai kat situ paling awal dan terus order makanan. Kang takut lambat tak sempat. Nama makanan kat situ semua nama Thailand. Pang-pung krap, pap-pap entah apa entah! Hahaha. Tak dan nak sebut satu-satu. Tapi yang Nanie order kerapu 3 rasa, tomyam goong untuk 4 orang, sayur campur. Air pulak order masing-masing tekak selera apa. 

Ikan Kerapu 3 rasa ni sedap. Tapi ikan keciklah. Berebut sikit kami makan.

Tom Yang Goong. Yang ni untuk 2 orang. Kami beli dua set. 
Sayur campur. 
Disebabkan lama sangat tak jumpa, lebih kurang almost a month jugaklah kan tak lepak jadinya macam-macamlah cerita kiteorang semua. Dengar cerita Kirin lah paling syok. Kalau korang nak tahu, Kirin ni jenis suka becerita. Dari A-Z dia akan cerita. Memang dah jadi kebiasaan, kami ni semua akan dengar cerita dia sampaikan kawan-kawan dia yang baru tu pun kami dah kenal. Sambil- sambil tu selfie, wefie bagai lah sementara nunggu waktu buka kan. 
Gambar noise sikit. Sebab guna fisy eye dan front camera. 




Boys Talk. Entah apa je Kirin tak puas hati tu. 
Macam tadi Nanie cakap, Amarin Heavenly Thai ni memang sedap lah! Sesuai dengan tekak kami semua. Ara, Oche dengan Arief baru balik Krabi & Phuket... so dorang pun cakap Amarin punya makanan lebih pure dari Absolute Thai. Tapi still tak boleh lawan pure Thai lah kan! Dah berbuka masing-masing senyap!

Time buka semua senyap kan. Sumbat makanan.



Dah kenyang masing-masing pergi solat. Lepas tu sambung balik lepak situ. Entah macam mana secara kebetulan, Oche, Kirin & Ara rupanya bawak souvenir untuk setiap sorang. Kirin bagi keychain Sarawak & make up bag dari Manila. Ara bagi kad ucapan comel. Oche pulak bagi cute pail. Alah sweet!!! Nanie je tak bawak apa-apa. Segan gak... tapi Nanie bagi kasih sayanglah kat semua! :)

Cehhhh muka happy dapat souvenir! 
Borak punya borak, gelak punya gelak. Tiba-tiba ada lagu "Happy Birthday". Galak jugak lah Nanie, Kirin dan Oche nyanyi sambil cari meja mana lah yang sambut birthday tu kan... Syok-syok nyanyi tanpa sapa pun sedar, ada kek datang dan diletakkan depan Nanie. Ya Allah!!! Terharunyaaaaa lahai. Kejutan dari Ara & Arief untuk sambut birthday Kirin, Nanie dan Oche serentak. Sumpah tak sangka!

Kek kami yang comel. 

Kirin sampai gigil-gigil tangan terkejut. Sweet gila lah Ara & Arief ni. Haihhh terharu kejap Nanie. Menitik air mata sat. Tu lah kan kalau dah nama kawan. Cepat atau lambat celebration tu dah tak kisah dah. Yang penting kesetiaan dan sokongan kawan-kawan.

To be honest, Nanie paling selesa dengan mereka-mereka ni. Saling menyokong, mendoakan dan sentiasa ada untuk satu sama lain. Alhamdulillah, Nanie syukur sangat Nanie kenal orang-orang ini. Terima kasih banyak-banyak pada Ara, Arief, Kirin dan Oche sebab sudi terima Nanie jadi kawan baik korang. :)

So, disebabkan Nanie takde hadiah untuk semua.... ni Nanie nak bagi ucapan sikit lah... hahahaha. Nanie bagi kat sorang-sorang : 

1. Ara : Ara, macam yang Ara cakap, walaupun kita baru kenal... tapi Alhamdulillah kita serasi. Kita suka gila tengok Ara sekarang. You turn to a better person and I need to learn from you as well. Insya Allah, moga-moga hubungan kita ni kekal sampai bila-bila and kita paling suka dengar Ara ketawa! 

2. Oche : Haaa ni mek kelate ni... kadang blur, kadang advanced kemain! Hehehe. Oche, you are such a sweet girl. Suka kacau-kacau Oche...tapi Oche rileks je... Ingat tak masa Oche mintak kita teman Oche belajar drive mula-mula kereta sampai. Hahahaha. Kita beranikan diri je duduk sebelah Oche. And yes... you made it girl! Balik kelate drive dah sekarang! Pawer! 

3. Arief : Yes. My sayang-sayang. Thank you so much Arief for everything. Serius dalam ramai-ramai kawan, kau antara yang aku paling suka "pillow talk". Pengalaman, motivasi dan cerita-cerita yang kau pernah lalui, selalu aku ambil jadikan ingatan. Thank you so much for being my best friend Arief. Insya Allah susah senang kita sama-sama. Kau susah aku tolong, time aku susah...aku yakin kau ada dengan aku kan. Thanks BARIP! 

4. Kirin : So much sweets words to describe you my dear friends. Yang penting, you are a dream achiever! Apa kau nak, susah senang memang kau dapat. Kau banyak gila tolong aku. Tak kira lah dari zaman study sampai sekarang ni. Sampai mati aku ingat semua jasa baik kau Kirin. Aku sentiasa doakan kebaikan dan kejayaan kau. Alhamdulillah, dah bertahun kita kawan and Insya Allah sampai bila-bila kita kawan!!!! 


Huhuhu.... nangis sat. Lap air mata kat lengan baju. Tu lah kan, kawan ni... gelak sama-sama... nangis sama-sama. Allah syukur sangat ada kawan macam ni lah... kawan yang Insya Allah masa susah senang ada bersama. Tak kira jauh beribu batu, celah mana kau duduk, tapi kalau ada kawan yang jenis macam ni... kau jangan sekali lepaskan ok!


K lah... bye. Heheheh


 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork