Wednesday, September 30, 2015

Inteemor by Ephyra : Jaga Alat Sulit & Peranakan Wanita!

Assalamualaikum semua

MASALAH WANITA 1 :
Pernah tak korang mengalami masalah period tak teratur? Kadang-kadang bulan ni datang, bulan depan tidak. Atau mungkin kalau dia datang pun, tak normal. Kuantitinya tak seperti period yang normal. Atau pun mungkin pernah haid tak datang berbulan-bulan! Haih... Nanie kena macam tu, Nanie boleh stress! Yelah, haid seorang wanita adalah penentu kepada kesuburannya. Dan itu adalah satu penunjuk kepada tahap kesihatan juga. 

MASALAH WANITA 2:
Yang kedua, masalah keputihan. Kajian menunjukkan 87% wanita mengalami masalah keputihan selepas berkahwin. Masalah keputihan ni lagi besar masalah dia! Aduhai, malu kan kalau ada masalah ni. Keputihan ni adalah berpunca daripada pembiakan bakteria pada alat sulit wanita. Sekiranya tidak dirawat atau lambat diberi penawar, boleh menyebabkan ia merebak dan menjadi faktor kepada kurang keyakinan diri akibat bau sehingga boleh akibatkan kanser faraj. 

Sebagai seorang perempuan, masalah sebegini memang merunsingkan kepala. Nak cerita dengan orang segan... jadi terpaksa cari solusi sendiri. 


Baru-baru ni Nanie ada gunakan Inteemor dari Ephyra untuk masalah period tak teratur ni. Kita kenalah cuba dan ikhtiarkan... mana tahu berkesan. Sebab setahu Nanie, kalau masalah wanita macam ni memang memerlukan herba-herba dan petua orang lama untuk selesaikannya. Nak bergantung pada ubat moden tidak digalakkan sebab ubat moden yang banyak kacau bilaukan hormon badan kita. 


Apa itu Inteemor dari Ephyra? 


Inteemor merupakan produk terbaru keluaran Ephyra yang diciptakan khas untuk wanita dan kewanitaannya. Ia melengkapkan kecantikan luaran dan dalaman wanita dengan memfokuskan bahagian intim dan peranakan wanita. Dirumuskan dengan 16 herba terpilih dan makanan Sunnah, Inteemor memberikan kesan yang menakjubkan kepada wanita dalam mengekalkan kesuburan, kecantikan dan kesihatan

Daripada pembacaan Nanie, 16 herba dan makanan Sunnah yang digunakan dalam Inteemor telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan wanita. Antaranya adalah Kacip Fatimah (herba terbaik Orang Melayu), Dong Qui (herba terbaik Orang Cina), Akar Serapat, Habbatussauda, Durian Belanda, Sireh, Madu dan banyak lagi. 



Kalau korang biasa dengan produk supplement sebegini, bahan-bahan dan herba yang digunakan Inteemor mempunyai sifat anti-bakteria, anti-kanser dan menstabilkan hormon badan kita. Agen-agen sebegini sangat diperlukan wanita dalam menangani masalah period tak teratur juga masalah keputihan. Tak kiralah masalah itu serius mahupun biasa-biasa. 


APA KHASIAT INTEEMOR? 



Actually Inteemor boleh digunakan oleh semua wanita tidak kira dah berkahwin, anak dara, wanita berpantang mahupun ibu menyusu badan. Seawal usia 18 tahun, Inteemor boleh diambil. Ianya merupakan supplemen yang boleh terus diminum dan sesuai diamalkan untuk pengambilan satu sudu untuk sehari. Tak kira sama ada sebelah pagi mahupun sebelum tidur. 




RAMAI DAH CUBA & PUAS HATI!

Bercakap pasal testimoni dan kepuasan hati pengguna, ramai dah gunakan Inteemor ni. Rata-rata memuji dan suka dengan kesan yang Inteemor berikan. Ada yang masalah period tak teratur hampir dua tahun pun dah kembali pulih. Tak caya boleh tanya Kak Moon. Antara mereka yang terawal katanya mencuba Inteemor (KLIK SINI UNTUK LINK BLOG KAK MOON). Bagi masalah keputihan pun sama, seawal 3 minggu dah nampak kesan yang positif selepas gunakan Inteemor. Tentu gembira kan, bila masalah yang merunsingkan kepala kita, yang menghurung diri kita selama bertahun-tahun dapat dipulihkan dan dirawat.



Bila dah tak ada masalah keputihan mahupun period tak teratur, secara tak langsung keyakinan kita bertambah. Tak segan lagi kalau duduk dekat-dekat dengan orang lain. Malahan buat yang dah berkahwin, tak segan lagi dengan suami. Makin duduk dekat adalah kot! Heheheh. :)

Ada juga testimoni yang beritahu, selain daripada masalah period tak teratur, senggugut sebelum dan semasa period juga berkurang. Ha yang tu pun sakit jugak tu. Kalau kena, boleh tumbang perempuan. Sakit kemain kan? Semua serba tak kena jadinya. Baring salah, duduk salah. Pinggang, perut semua sakit-sakit. Jadi Inteemor boleh atasi masalah PMS tu! 

Sebagai perempuan, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan kewanitaan kita secara menyeluruh. Bukan sahaja untuk pasangan tetapi untuk diri kita sendiri. Maklumlah sekarang ni banyak penyakit kronik yang menyerang kaum wanita. Harga Inteemor pun takdelah mahal sangat. Mampu milik kata orang tu. RM 49 sahaja untuk satu botol. Ok kan?


Sekarang ni Nanie baru minum Inteemor untuk seminggu. Nanti selepas 3 minggu Nanie akan review secara menyeluruh dan share sekali dengan korang apa perubahan yang Nanie rasakan. So far memang Nanie perasan ada perubahan positif yang besar berlaku pada diri Nanie. Nak tahu? Tunggu next entry ok. Nanie share! :) 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik dan hubungi link-link dibawah :

Website : 

Facebook : 

Instagram :

Hotline Ephyra : 
019.3999.238 / 03.4141.7889


* Pre-Caution : Ibu Mengandung DILARANG mengambil Inteemor
** Wanita bersalin selepas 5-7 hari BOLEH mengambil Inteemor



Tuesday, September 29, 2015

Breena Beauty Lancarkan Dua Eye Makeup Brushes Hari Ini!

Assalamualaikum semua



Breena Beauty

Breena Beauty Lancarkan Dua Eye Makeup Brushes Hari Ini! | Breena Beauty melangkah setapak lagi ke hadapan! Kalau korang suka makeup, kalau korang mencari-cari brushes terbaik dan berpatutan serta Halal dan meyakinkan, tak payah runsing-runsing nak cari sampai ke luar negara sana. Korang just pergi beli di Breena Beauty je! 


Kini Breena Beauty baru sahaja melancarkan dua jenis makeup brush iaitu Brow Definer Brush - untuk solekan eye brow dan Basic Eyeshadow Brush - untuk solekan mata yang cantik dan sekata. Kedua-duanya memberikan effect solekan yang kemas dan mudah untuk digunakan. 



KUALITI TERJAMIN!
First time bila Nanie tengok kedua-dua brushes ni pun Nanie dah jatuh hati. Especially dari aspek kelembutan berusnya. Sebagaimana yang korang tahu, pengasas kepada Breena Beauty iaitu Beauty Blogger Terkenal, Sabrina Tajudin sangat-sangat mementingkan kualiti bruseshnya. Jadi, tak dinafikan, memang kualiti berus dari Breena Beauty sangat-sangat bagus. Malahan, kalau dah lama digunakan pun, brushesnya masih dalam bentuk seperti asal dan masih kekal fluffy! 




HARGA BERPATUTAN
Seperkara lagi yang Nanie suka pasal Breena Beauty Brushes ni, of course lah dari aspek harga dan Muslim Friendly. Harga yang ditawarkan oleh Breena Beauty sangat berpatutan. Kesemua brushes keluaran Breena Beauty dijual sekitar harga RM 25.00 sehingga RM 45.00. Sangat berbaloi dan mampu milik kan? 


MUSLIM FRIENDLY 
Dah semestinya. Itu memang tujuan utama Sab masa mula-mula dia bercerita pada Nanie untuk tubuhkan Breena Beauty. Pasaran di luar sana semuanya dimonopoli Barat. Jadi, dengan kehadiran Breena Beauty yang mana pengasasnya adalah seorang Muslim, sudah semestinya aspek Halal dan ketulenan berus produk terjamin! 



PROMOSI TERHAD 
Jadi, Nanie rasa tak perlu tunggu lama-lama lagi. Sekarang, bermula 29 September 2015 sehingga 11 Oktober 2015, Breena Beauty ada buat promosi Free Shipping kepada pelanggan mereka yang berbelanja dengan minimum orders RM 50. So, apa tunggu lagi. Cepat-cepat shopping di Breena Beauty. Nanie pun dah beli satu set tadi... :) 

Untuk maklumat lanjut boleh klik link-link di bawah : 

Instagram : 

Website : 

Blog : 


Friday, September 25, 2015

Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah : Review & Testimoni

Assalamualaikum semua

Perempuan kan kalau tiba-tiba je bangun pagi muka dia ada jerawat, dia terus panik dan ia adalah tanda tak lama lagi mesti period! Well, bila jerawat... sapa yang suka? Panik tau, tiba-tiba ada seketul dua kat muka. Lagi pulak kalau time tu ada event ataupun meeting. Confirm terus keyakinan merudum. Ditambah ada yang tegur pasal jerawat...aduhai orang tahu kita tengah bendera merah! Malu!!!


Jangan risau-risau lagi, sekarang ni dah ada KRIM JERAWAT DATANG BULAN HAJAH RAMLAH! Haaa kau dengar nama pun dah power kan... memang power pun. Walaupun saiznya kecil, tapi memang hebat. Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah ni diformulasikan daripada kapur dan pati kayu willow putih. Kapur berfungsi sebagai anti-bakteria yang membunuh bakteria serta kuman pada jerawat manakala kayu willow putih adalah bagus untuk penyembuhan luka, kemerahan dan merawat sebarang parut. Gabungan dua bahan ini telah teruji secara klinikal boleh melawan jerawat especially jerawat yang baru nak tumbuh. 




Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah ni pantas untuk hilangkan jerawat ketika datang bulan terutama untuk jerawat yang tumbuh di dahi mahupun di dagu. Bukan tu je, kesan gelap akibat parut jerawat mahupun kemerahan pada jerawat dapat dihilangkan dalam masa yang cepat. 



Teksturnya sangat lembut dan berbau seperti mint yang ala-ala ubat gigi. Bila apply pada kulit, serta merta boleh rasa cooling effect dan rasa ia mengeras macam bedak sejuk. Yang paling Nanie suka, tepek pada jerawat je  sebelah malam... sebelah pagi dah nampak kesan menakjubkan! Mula-mula macam tak percaya... 

TESTIMONI KRIM JERAWAT DATANG BULAN HAJAH RAMLAH

Macam hari tu, Nanie balik sebelum Hari Raya Aidiladha tu tiba-tiba rasa ada jerawat kat bahagian tepi mulut. Dahlah nak raya, ada jerawat pulak. Boleh tahan geram jugak lah. Apa lagi, cepat-cepat Nanie sapukan Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah sebelum nak tidur.

 
Malam tu pada jerawat ada warna kemerah-merahan, agak bengkak dan sakit bila tersentuh. Nanie patchkan sedikit Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah. Rasa berdenyut sikit. Tapi tak sakit lah sebab dia bukan open acne. Masih baru. 

Esok paginya masa Nanie nak cuci muka, tiba-tiba Nanie perasan yang jerawat tu tak sakit lagi. Nanie pegang dah macam kecik sikit. Tengok kat cermin...fuhyoh... tak sangka betul...  jerawat tu mula kecik, mengecut, tak warna merah lagi dan hampir hilang. Yeay!!! 




MUST HAVE PRODUCT!

Dengan packaging yang comel, mudah di bawa dan berkesan macam ni, Nanie rasa produk Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah adalah MUST HAVE PRODUCT untuk semua perempuan. Keberkesanannya melawat jerawat especially dengan bahan 100% semulajadi membantu orang perempuan tampil yakin walaupun ketika datang bulan! 

Pada pembaca Blog Coklateyes, yang mana tiap-tiap bulan ada masalah jerawat Nanie memang sarankan untuk cuba gunakan Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah ni. Korang kena rasakan dan tengok sendiri hasilnya. Oh ye, ada yang bertanya boleh tak untuk parut jerawat? Nanie rasa takde masalah untuk parut jerawat sebab salah satu fungsi krim ni juga untuk pudarkan parutkan jerawat. 

































Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh klik link-link di bawah :

Facebook : 

Instagram : 

Website : 

Harga (RRP) :
RM 60
*Boleh tahan sehingga 2-3 bulan 
*sekarang ada harga promosi & pengenalan 




Monday, September 21, 2015

Pembukaan Outlet Ke-6 Butik D'yana @ Bangi Sentral : Your Muslimah Fashion Specialist

Assalamualaikum semua



Hari minggu yang lepas, Nanie terima jemputan daripada Fashion Blogger Terkenal, Sizzling Suzai untuk menghadiri Majlis Pembukaan Butik Ke-6 D'yana di Bangi Sentral. Butik D'yana yang telah mula beroperasi seawal tahun 2009 kini dengan bangganya mempunyai 6 outlet di seluruh Malaysia. Meletakkan fesyen jubah muslimah sebagai produk utama mereka. D'yana memberikan pelbagai pilihan gaya kepada wanita Muslimah untuk tampil esklusif, anggun dan bergaya sesuai dengan sebarang majlis formal mahupun santai. 








Tak hairanlah jika ada yang menunggu pembukaan butik seawal 6 pagi lagi. Selain dari rekaan yang cantik, material yang digunakan juga berkualiti tinggi. Sepadan dengan harganya, jubah dari D'yana amat diminati segenap lapisan umur tidak kira seawal kanak-kanak usia 4 tahun sehingga ke orang deawasa. Jubah D'yana sangat selesa dipakai dan yang paling penting mengikut keperluan Syariah yang mengutamakan pemakaian menutup aurat, longgar dan tidak jarang.

Pemilik D'yana Butik : Pn. Ira & suami

Nanie sempat berbual dengan Pemilik D'yana Boutique, Pn.Ira. Memang cantik dan lemah lembut orangnya. Beliau dan suami merancang untuk menambah lebih banyak lagi outlet di sekitar Malaysia. Yang terkini, selepas pembukaan di Bangi Sentral, mereka bercadang membuka dua buah butik lagi di Kota Bharu Kelantan dan Pasir Tumboh. Permintaan kepada jubah muslimah sangat menggalakan malahan apabila tiba musim perayaan, mereka sendiri tidak menang tangan. Ternyata jubah dari D'yana sangat mendapat tempat di hati para wanita.






Melangkah masuk ke butik D'yana, gantungan jubah-jubah pelbagai gaya disediakan kepada pelanggan. Nanie sempat belek satu per satu jubah mereka, semuanya memang cantik-cantik. Kekuatan jubah dari D'yana Butik adalah dari segi perincian yang diberikan. Mereka gemar mengetengahkan perincian lace, manik dan sulaman yang sangat cantik dipakai. Warna-warna lembut, pastel dan manis melengkapkan lagi gaya si pemakai dan pastinya nampak ayu. 





































Dari segi harga pulak, jubah-jubah D'yana memberikan harga yang reasonable untuk pelanggan. Daripada yang Nanie tengok hari tu, ada jubah berharga sekitar RM 149 sehingga RM 249. Bukan tu sahaja, D'yana Butik jugak turut menawarkan shawl lace mereka yang cantik-cantik belaka! 



Dengan pembukaan outlet D'yana di Bangi Sentral ini, Nanie doakan moga-moga D'yana Butik terus cemerlang dan berjaya dalam dunia perniagaan. Terus menginspirasikan dan menjadi pakar yang terbaik dalam perniagaan jubah muslimah.




Untuk korang yang nak beli jubah D'yana, boleh klik link-link berikut : 

Website (Pembelian Online) 

Facebook : 

Instagram : 

Butik & Outlet : 

Alamat Butik D'yana Bangi :

NO 5-19-01 JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8A,
BANGI SENTRAL, BANDAR BARU BANGI,
43650 BANGI,
SELANGOR

Operating Hour: 11 am – 8 pm (Monday-Sunday)
Contact number: 018-5878020



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork